The Godfather[05]Juak-Juak Umno Sibuk Dalam Keresahan


(The Godfather Malaysia series 05)


The Godfather Gangs  nak tumbangkan PM Najib

Jumat 29 Rabiulawal 1435 / 31 Januari 2014
Editor by Wilhelmina

FortunaMedia.com | The Godfather[05]PRK DUN Kajang-JuakJuak Umno Sibuk Dalam Keresahan

Beberapa Menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.

 

Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar), berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.

 

“Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.

 

“Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam. [1]

 Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad nampak sibuk dalam cemas-resah-gelisah 

Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diisytiharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi Muhyuddin tidak mahu mengalah muncul satu pertanyaan?

Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.

Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965.

Saranan Mahathir itu dipandang sekilas seakan  menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan seperti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?[2]

Muslihat  Muhyidin dan Mahathir dalam percaturan ini sebenarnya mahu diletakkan calon yang gerenti boleh kalah.Mengapa?

Kumpulan The Godfather pada tahap kelima (5) ini berharap akan kekalahan calon di PRK Kajang tsb.Kerana mereka sudah tidak sabar-sabar hendak menurunkan PM Najib dari kerusi Perdana Mentri yang akan berakhir tahun 2016.

Jika kebetulan calon BN kalah di PRK Kajang ini.maka inilah ‘senjata perang’ yang akan digunakan para gang The Godfather untuk menyalahkan PMNajib. Tujuan Mahathir mahu imej Najib tercemar dengan pilihan raya itu. Sekiranya BN kalah sudah tentu Najib perlu bertanggungjawab.Para Lasykar-lasykar Cybertrooper kumpulan The Godfather yang telah menerima upah kerja untuk merosakkan imej pemerintahan PMNajib akan  ‘menabuh  gendang perang’ terhadap kekalahan calon BN tersebut

Jadi Najib kena berhati-hati dengan jerat dipasang Mahathir itu jangan terkecoh dengan strategy para gang The Godfather ,jangan  jatuh bak tapai dah tak boleh dikutip untuk dimakanlagi,! Segalanya ada ditangan Najib bagi berdagang untung nasib dalam pilihan raya kecil Dun Kajang itu.

Pustaka :
[1] SelangorKini
[2] Blogger MSO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s