PRK DUN N25 KAJANG;Opini Profesor Umno,!

https://helmysyamza.files.wordpress.com/2014/01/9fd13-1476247_10152211099008277_34567595_n.jpg


Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod

Jumat 29 Rabiulawal 1435 / 31 Januari 2014

FortunaMedia.com | PRK DUN N25 KAJANG;Opini Profesor Umno,!

Akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk berita “DUN boleh dibubar jika MB letak jawatan” melaporkan:

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian. – Utusan.


Selanjutnya akhbar Utusan Malaysia melaporkan ulasan Ketua Kluster Govermans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) yang menafsirkan ikut selera cenderung menyokong bagi kepentingan bosnya Umno/BN berkata;

keadaan-keadaan tu termasuk bila menteri besar letak jawatan Sultan boleh bubarkan Dun.

Justru Undang-undang Tubuh tu sendiri tidak menyatakant “keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian” tiba-tiba Prof bijak-bestari ni boleh kata keadaan-keadaan tu termasuk bila Menteri Besar letak jawatan Sultan boleh bubarkan Dun

Selanjutnya Utusan melaporkan ulasan Prof tsb:

“Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.

“Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – Ibid.

So,begitulah wacana politik yang ditebarkan para ilmuwan Malaysia  yang sepatutnya menggunakan anugerah Allah Ta’ala itu untuk kemashalatan dan kecemerlangan ummah .namun dipergunakan untuk menyokong politiking pemerintah thogut serta diperkuda oleh para politikus borjouis tamak kuasa dan harta dunia.


“Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya” [Terj; AlQuran surah al-An’am(6):124]

Apabila habuan demokrasi itu tak menyebelahi mereka ,maka bertempiklah juak-juak umno itu kehulu-kehilir-malah jika boleh mereka akan membuat DSAnwar Ibrahim tidak boleh bertanding di PRK DUN Kajang ini.


Yang anehnya lagi sewaktu mantan MB Selangor Muhamad Taib yang kini bergabung dengan Parti PAS meletakkan jawatan .tidak timbul langsung ulasan mereka

“Sultan ada kuasa untuk bubarkan Dun masa tu”.

Begitu juga ketika berlaku  krisis kuasa politik  di Perak dulu,.Mereka tafsirkan   Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan kuasa Sultan Perak  supaya selari dengan kehendak mereka yang berkehendak agar DUN tidak dibubarkan.. Wallahua’alam

Written and Editor by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s