WBP1M2014@Bila Guru Besar Kemaruk Berpolitik


Red Granite Riza Aziz(Son’ of Rosmah Mansor), has purchased a secret Hollywood mansion in the most expensive part of Beverly Hills overlooking LA.Image by sarawakreport.org

Written  by Wilhelmina

 

Rabu 18 Rabiulawal 1435 / 22 Januari 2014

Wang Bantuan Persekolahan 1Malaysia2014@Bila Guru Besar Kemaruk Berpolitik

Variety Explorer.Com | PAGI tadi jam 11.00 pagi pergi ke sekolah anak (sekolah menengah) kerana ada pengagihan bantuan persekolahan  awal tahun2014-sebanyak RM.100 sahaja. Alhamdulillah rezeki dari Allah Ta’ala.


Seperti tahun-tahun lepas pihak sekolah akan jemput wakil dari Umno -soal syarahan politik dari wakil rakyat  Umno itu memang satu kemestian  nampaknya.Tapi yang saya hairan pihak Guru Besar yang kemaruk sangat berpolitik ala umno.

Dalam satu ucapan beliau yang sangat meng-genjerkan (khabarnya beliau orang jawa selangor) para ibubapa yang hadir adalah; “Kita sebenarnya dah banyak dapat bantuan free dari kerajaan dari dulu lagi (beliau tak sebut BN) misalnya anak kita dilahirkan di Hospital Kerajaan dengan tanpa bayaran” beliau bersyarah….

Betapa kerdilnya minda seorang Guru Besar yang kemaruk berpolitik hingga tidak dapat bezakan harta properti milik Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Harta Parti Umno/BN..Apakah sebuah negeri di Malaysia ini jika diperintah oleh bukan parti umno ,semua Hospital Kerajaan,Balai Polis,Balai Bomba,Lebuhraya .Sekolah Kebangsaan Rendah/Menengah dan yang setaraf dengannya akan/atau ditutup samasekali sebab parti bukan Umno memerintah?

Kenapa syarahan politik ala umno ini yang ditanamkan keminda anak-anak kita yang duduk dibangku persekolahan?
Bantulah anak-anak kami dengan ilmu berpolitik yang sehat bukan menggondolkan minda -akal fikiran mereka.!!!

Syarahan politik wakil umno berbau rasis.

Wakil  Umno yang bukan wakil rakyat kawasan tersebut.Cuma beliau bernasib baik telah dilantik jadi Senator pasca PRU-13.Kerana balas budi baiknya  tak bertanding PRU-13 sebab memberi laluan ‘orang lama’ untuk bertanding ,akhirnya  pimpinan Umno Pusat melantik beliau jadi Senator

Dan beliau bersyarah panjang dan berkata ;“Malaysia adalah negara maju dulu orang luar tak pandangpun Malaysia kini dihormati dunia.dan beliau menambah
“Kita bertuah ada berbagai etnik dan suku hidup rukun damai ada cina.melayu.iban kadazan dan lainnya.bebas hidup tanpa tekanan dan gangguan.Jika anda pergi ke Amerika ada kulit putih dan hitam macam saya katanya .namun sekarang disana ada restoran yang tertulis “White Only”….

Apa makna beliau membangkitkan soal warna kulit.Saya memahami contoh beliau itu  berbau rasis-perkauman dan tidak kena -mengena dengan aura politik/multi-etnik  di Malaysia.
Apakah beliau meyakini  Umno itu sebuah parti rasis.!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s