Kenapa Bangsa Melayu Mahu diGenjerkan UMNO


Tanaman Genjer-Image by wikimedia.org

Written  by Wilhelmina

Rabu 18 Rabiulawal 1435 / 22 Januari 2014

Variety Explorer.Com | Genjer-Genjer? Di tahun 1965,

Lagu ini pada tahunnya dianggap di Indonesia sebagai lagu icon ajaran komunis (PKI) yang dilarang negara itu, sehingga pada zaman nya masyarakat dilarang memutar dan melantunkan lagu ini, kerana akan dianggap sebagai komunis

Lirik lagu Genjer Genjer Ciptaan M. Arif dan dipopulerkan oleh Bing Slamet( Penyanyi & Pelawak) dan beberapa penyanyi terkenal lainnya diera 60an.[1]

Bing Slamet – Genjer-genjer_x264.mp4

Ini Lirik Terjemahan Bahasa Indonesianya;

Genjer-genjer di petak sawah berhamparan
Genjer-genjer di petak sawah berhamparan

Ibu si bocah datang-datang, langsung memunguti genjer
Ibu si bocah datang-datang, langsung memunguti genjer

Dapat sebakul dia pulang begitu saja tanpa melihat kanan kiri
Genjer-genjer sekarang sudah dibawa pulang

Genjer- Genjer pagi-pagi dibawa ke pasar
 
Genjer- Genjer pagi-pagi dibawa ke pasar

Dijejer dan diguntingi pada di lantai
Dijejer dan diguntingi pada di lantai

Si Ibu beli genjer ditaruh di tas
Genjer-Genjer  sekarang akan diolah
 
Genjer-genjer-genjer..
_______________

Saya sangat suka  lagu ini  yang dilantunkan dalam bahasa jawa .. tapi disayangkan sekali kebanyakan masyarakat/politikus  Indonesia waktu itu begitu men-tabookan  karya seni lagu genjer genjer ini. betapa hebatnya pemerintah yg berkuasa waktu itu hingga mempolitisir-mengorbankan sebuah karya seni yg sesungguhnya jika dianalisa syairnya tak ada hubungan dengan  gerakan politik masa itu.

Kenapa saya menulis tentang Genjer kali ini.! Apa hubungannya dengan politik Malaysia.?

 Di zaman Presiden Suharto berkuasa lagu Genjer dianggap Icon Parti Komunis Indonesia-Dan di Malaysia pula kini kangkung dianggap Icon penentangan rakyat terhadap para pemimpin Umno-BN terkadang dah jadi jenaka politik semasa.

 

Beberapa blogger politik seperti sakmongkol AK47 dalam blognya berkata :Kenapa kita harus berhenti dari mengangkungkan Najib?
Saya bertanya padanya ; Apakah bro mau Icon penentangan ini guna ‘Kangkung’ sebagaimana diIndonesia dengan Genjer-Genjernya?

Beliau menulis lagi….[2]
Saya baru balik dari kawasan saya, Raub. Rata2 nya rakyat menyatakan bahawa kerajaan menganiayai orang Melayu. Mereka(rakyat ) tidak salah.


Peraih dan pembeli berlesen membeli getah pada harga RM2.80 sekilo. Sipenoreh berkongsi dua dengan pemilik ladang getah iaitu mendapat RM1.40 sekilo. Maka jika Najib mahu tahu, sekilo getah tidak dapat membeli sekilo gula. Penoreh getah merungut dan mereka ada asas untuk mengharamjadahkan Najib.

Getah di Thailand RM3.40sekilo dan di Indonesia RM3.70 sekilo. Maka biarlah rakyat mengharamjadahkan Najib.

Pertama nya orang Melayu mesti sedar bahawa Melayu itu lebih besar dari UMNO. Melayu itu suatu bangsa. UMNO itu parti dan wadah perjuangan. UMNO tidak mungkin lebih besar dari bangsa Melayu. UMNO itu lahir dari bangsa Melayu.

Maka menyamakan UMNO dengan bangsa Melayu mengundang malapetaka. Dan ia suatu kerja yang membodohkan kita. Kekurangan dan kebejatan yang ada pada UMNO ditanggung dan dipikul oleh bangsa Melayu. Tiada beban, batu digalas. Kenapa harus bangsa Melayu dibebani dengan perkara2 yang menyerabuti UMNO? Rasuah, kerajaan yang incompetent, pimpinan yang lemah dan dangkal, ketidak adilan, pemimpin hipokrit yang boros, pencabulan dan salah guna kuasa.

Kenapa mesti bangsa Melayu dbebani dengan penyakit yang menimpa UMNO? Biarkan UMNO mati. Melayu tetap terus hidup.

Baiklah bangsa Melayu bersikap adil kepada diri sendiri.

Maka dengan itu, kita naik hairan, para penyokong UMNO melakukan demonstrasi ganas didepan pusat khidmat seorang Adun di Pulau Pinang. Bahkan ada sepanduk atau poster yang berbunyi- mulut celupar DAP menyebabkan 13 mei, mau lagi kah? Polis sepatutnya menyiasat perkara yang seditious ini dan memenjarakan  petualang yang menyebut dan mengungkit perkara inim kembali.

Malang sungguh bangsa Melayu diperkudakan oleh segelintir pemimpin UMNO yang terdesak yang mendalangi tunjuk perasan bersifat ganas tersebut. Dan pihak berkuasa tidak membenteras perbuatan tersebut hanya menimbulkan kesangsian mengenai professionalism pihak polis dan penjaga keamanan.

Mengenai bisu dari parti kerajaan, perkara itu tidak menghairankan. Mungkin sekarang rakyat sudah faham sikap hipokrit pemimpin Umno/BN yang bercakap mengenai konsep 1Malaysia tapi membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak berkata apabila sesuatu untuk menguntungkan dan menyelamatkan nya dilakukan. lets face it, I know Najib is the biggest hypocrite.

Mengenai kapasiti pengurusan ekonomi nya dan pentabiran negara, apa yang berlaku sekarang mengesahkan apa yang selama ini saya khabarkan kepada sesiapa yang mahu mendengar- If Najib can become PM, anyone can.

Kenapa ya, manusia seperti reezal merican naina merican, musa sheikh fazir membela Najib beria ria? Rupa paras mereka tidak sedikit pun menggambarkan mereka itu Melayu. Kenapa reezal merican , sheikh fazir, sheikh alif ba ta yang lain tidak mahu berjuang atas panji2 KIMMA? Atau parti mamak padukong yang lain? Kenapa harus bangsa Melayu merelakan mereka dikudakan oleh beberapa mamak yang menyibuk mengenai soal bangsa Melayu?

Siapa kata UMNO itu sinonim dengan bangsa Melayu? Bangsa Melayu itu lebih besar dari UMNO. UMNO merupakan salah satu dari wadah politik yang boleh dipilih oleh bangsa Melayu.

Hujjah bahawa UMNO telah menawan kembali undian bangsa Melayu tidak meyakinkan. Dalam PRU13 seperti yang saya sering sebut, calun2 UMNO yang semestinya Melayu itu, hanya mendapat 3.25 juta. 90% dari mereka yang mengundi calun UMNO ialah orang Melayu. Ertinya, calun2 UMNO mendapat 2.93 juta undi Melayu. Jumlah undi yang dimenangi BN ialah 5.24 juta. 2.93 juta daripada 5.24 juta ialah 56%. Jadi kita ada andaian yang kuat bahawa jumlah pengundi Melayu keseluruhan nya ialah 56%. Dan 56% dari jumlah semua pengundi iaitu seramai 11.23 juta ialah 6.29 juta. Maka jika jumlah Melayu yang mengundi BN adalah 2.93 juta, ini bererti jumlah Melayu yang tidak mengundi BN ialah 6.29 juta-2.93juta= 3.36juta.

Apa ertinya? Ertinya 3.36 juta Melayu telah tidak menyokong BN. lebih ramai Melayu tidak sokong BN dari sokong!. Kemana pergi nya mereka? Melayu lain menyokong PAS, PKR dan sedikit menyokong DAP.

Jadi bagaimana puak UMNO tanpa rasa malu dan segan, mengaku bahawa mereka mendapat sokongan Melayu melebihi parti Pakatan? Pakatan yang dapat menguasai pengundi Melayu sebetulnya, bukan UMNO.
Jika 2.93 juta Melayu undi BN, apa jadi kepada 3.4 juta ahli UMNO? Jumlah Melayu yang undi BN lebih kecil dari jumlah ahli UMNO yang membuktkan bahawa ahli UMNO pun turut menolak calun2 UMNO dan BN.

Jadi apa pasal bangsa Melayu hendak paranoid sangat bila Najib dipersendakan? Najib dan UMNO bukan sama dengan bangsa Melayu. Najib dan UMNO hanyalah salah satu pilihan wadah untuk bangsa Melayu. Mari kita jangan main game yang UMNO mainkan. Biarkan mereka tenggelam dengan labu labu mereka.

Walaupun UMNO dinyahkan dan dibenamkan, bangsa Melayu yang lebih besar dari UMNO boleh survive. Tidak ada orang yang mati jika UMNO dikeluarkan dan orang Pekan dan Malaysia tidak mati jika Najib bukan PM.
UMNO Bangsa Melayu.

Pustaka;
[1] http://goyangdomret.blogspot
[2] sakmongkol@blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s