Kontroversi Penyanyi Wanita Berhijab Dihalau Turun Pentas.


Marinatasha Isnariah Mustapar

Editor  by Wilhelmina

Selasa 17 Rabiulawal 1435 / 21 Januari 2014

Kontroversi  Penyanyi Wanita Berhijab Dihalau Turun Pentas.

Variety Explorer.Com | Isu Marinatasha Isnariah Mustapar penyanyi bertudung dihalau turun pentas.telah mendapat perhatian dilaman sosial. Menurut Marinatasha, dia yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.Kuala Lumpur.

Insiden dipercayai berlaku pada sekitar jam 8.00 malam Ahad setelah menerima arahan berbaur diskriminasi oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong.

Gambar Shannon Yong (Baju Biru), Pengarah Kewangan CASTMET

Penjelasan Marinatasha Isnariah Mustapar Isu Penyanyi Bertudung Dihalau

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu.

Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung meminta dicari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan namun itu mustahil dilakukan pada saat akhir persembahan sudah hendak bermula.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah (bangkitkan) isu mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut (malam Ahad), Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Beliau menyifatkan tindakan pegawai syarikat berkenaan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim. Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul dalam persembahan selepas itu bersimpati dengan Marina lalu mengundang beliau naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina.

Namun Marina mendakwa beliau selepas itu dipanggil keluar dewan oleh Shannon dan dimarahi kerana menerima pelawaan Farina untuk menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkan Marina bersama Penolong Pengurus Pembangunan CATMET, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Biodata Marinatasha Isnariah Mustapar

  • Nama Penuh: Marinatasha Isnariah Mustapar
  • Umur: 33 Tahun
  • Pekerjaan: Menyanyi
  • Pengalaman: 12 Tahun
  • Pendidikan: Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan

Sumber;

http://www.melvister.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s