The Godfather [03];Akta Zalim ISA HARAM Disisi ISLAM

Editor by Wilhelmina

Ahad 16 Rabiulawal 1435 / 19 Januari 2014


Variety Explorer.Com |The Godfather [03];Akta Zalim ISA HARAM Disisi ISLAM |
 
Isu I.S.A kembali menjadi perhatian semenjak timbul cadangan untuk mewujudkannya semula oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu ditemu ramah di Angkasapuri selepas muncul dalam rancangan pagi “Hello on Two”.

Tun Mahathir menyatakan bahawa akta tersebut perlu dikembalikan untuk menangani sekumpulan pelampau yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif sehingga boleh menggugat kestabilan negara. 

Mantan PM- orang nombor satu negara itu berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Turut menyokong cadangan itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan ia perlu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara dapat dikekalkan.


Cadangan tersebut kemudian direspons oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula ISA. Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menolak cadangan tersebut yang dianggap ‘tidak konsisten dengan hak asasi dan sivil yang diamalkan ketika ini’.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail pula menyatakan bahawa keputusan sama ada untuk melaksanakan semula ISA terletak di tangan kerajaan. Manakala Datuk Saifuddin Abdullah, mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengembalikan ISA. Bahkan beliau menyatakan bahawa dengan mengembalikannya bererti kerajaan telah memungkiri janji.

Begitulah perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan manusia-manusia  Umno/BN dan pemimpin tertinggi diMalaysia di dalam sistem politik /pemerintahan  yang serba rosak ini. Oleh sebab mereka sudah terbiasa membuat dan menghapuskan undang-undang sesuka hati mereka tanpa menghiraukan halal dan haram, maka sekali lagi kita melihat bagaimana mereka menggunakan akal masing-masing untuk menjustifikasi persoalan baik dan buruk mengikut tafsiran akal masing-masing. Manakala dalam masa yang sama mereka tidak pernah berbincang untuk menerapkan Islam bagi menggantikan undang-undang kufur yang ada.

Sepatutnya segala perbalahan dan perbezaan pendapat yang berlaku dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunah, bukannya kepada akal dan Hak Asasi manusia. Firman Allah SWT,


“…sekiranya kamu berbantah-bantah di antara satu sama lain, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul..” [Terj; AlQuran surah an-Nisa’ (4):59].

Umum mengetahui tentang kezaliman Akta ISA dan di masa Mahathir ia digunakan sepenuhnya oleh mantan Perdana Menteri itu untuk menahan mana-mana orang yang difikirkannya boleh mengancam keselamatan negara, tanpa melalui perbicaraan mahkamah. Akta lapuk dan haram yang asalnya digubal untuk menangani perkembangan komunis itu akhirnya diguna untuk menyekat apa jua aktiviti politik dan termasuk aktiviti keagamaan seperti usaha-usaha menerapkan hukum Allah, yang boleh dianggap mengancam pemerintahan yang ada.

Setelah menerima kritikan dan tekanan yang kuat dan mungkin dalam usaha meraih populariti, ISA akhirnya dibatalkan oleh kerajaan pimpinan Najib. Pertimbangan membatalkan mahupun mewujudkan semula ISA, kesemuanya menggunakan akal, bukannya menggunakan nash!

Inilah kerosakan berfikir manusia penganut Demokrasi Sesat ala Barisan nasional /UMNO . Walau apa pun hujah dan alasan yang diguna untuk mengembalikan ISA, ia tetap haram. Menahan seseorang tanpa dibicarakan adalah menyalahi hukum syarak

Justeru, bukan hanya cadangan mengembalikan Akta zalim ISA sahaja yang mesti ditolak, bahkan kita perlu meruntuhkan sistem demokrasi sekuler sesat ala Umno/BN  yang telah melahirkan segala keharaman yang ada dan menggantikannya dengan sistem Syariah Islamiyah  yang memerintah dengan al-Quran dan as-Sunah.

Pustaka ;
Adaptasi dari naskah asal ;myht.com/berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s