Harga Barang Naik: Pengalihan ISU&Cari Mangsa,Dimana Penyelesaiannya,!


Image by Google

Editor by Wilhelmina

Ahad 16 Rabiulawal 1435 / 19 Januari 2014

Harga Barang Naik: Pengalihan ISU & Cari Mangsa,Dimana Penyelesaiannya,!

Variety Explorer.Com | Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau. Jelas Perdana Menteri, tindakan tegas itu perlu diambil segera bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab para peniaga yang hanya tahu mengambil kesempatan di sebalik kenaikan beberapa harga barang.


 

ATURCARA PERJALANAN TPM-18/1/14
8.30am: Pasaraya NSK Selayang Batu Caves, Selangor
9.10am: Tapak Pasar Harian, Pasar Borong Selayang
9.50am: Pasar Mini Snofa, Taman Greenwood
10.30am Restoran Sri Ayu Tomyam Batu Caves, selangor.



WAYANG:Nak pi turun cek harga pun rombongan ratusan pegawai;Dedikasi Foto by blogger amrayy-lensa-assault.


Nak pi cek harga pun rombongan kena makan dulu?!;Dedikasi Foto by blogger amrayy-lensa-assault.

 

“Saya telah arahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggunakan apa sahaja akta yang ada kerana kita tidak mahu rakyat berasa tidak selesa. Kalau ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan secara tidak bertanggungjawab, keluarkan surat (saman) dengan segera” katanya  semasa berucap dalam majlis Makan Malam Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Kuala Lumpur  (16/01/2014).

Setelah kerajaan Umno/BN bertindak zalim menaikkan harga minyak, gula dan juga menaikkan tarif elektrik, kini kerajaan Umno/BN mencari mangsa pula untuk dipersalahkan. Umum mengetahui bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berkesudahan dengan kenaikan kos sara hidup kebelakangan ini antara lain adalah berpunca dari kenaikan harga petrol dan juga tarif elektrik yang dikuatkuasakan oleh kerajaan baru-baru ini.

 

Dengan naiknya kedua-dua perkara tersebut, sudah tentu para pengeluar, pengilang, peniaga dan lain-lain terpaksa menaikkan harga barangan masing-masing bagi menyerap kos atau dengan kata lain mengalihkan kos kepada pengguna. Akhirnya, rakyat marhean yang merupakan pengguna terpaksa menanggung beban atas semua itu.

Walaupun seluruh rakyat Malaysia  marahkan kerajaan Umno/BN  di atas kenaikan ini, Najib bukan sekadar tidak merasa bersalah dengan kenaikan yang dilakukannya, malah kini para peniaga pula bakal menjadi mangsanya.

Nampaknya kesalahan dan kezaliman kerajaan Umno/BN menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, kini cuba ditutup dengan “mengalihkan” kesalahan kepada para peniaga.

Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat Malaysia, sebaliknya beliau  yang menimbulkan masalah kepada rakyat Malaysia dan menyalahkan orang lain pula di atas penderitaan yang dialami rakyat marhen Malaysia yang terjadi hasil dari kerja buah tangannya.

Petrol dan elektrik adalah hak awam-umum (al-milkiyyah al-ammah) yang sepatutnya dikelola oleh pemerintah untuk kepentingan rakyat. Inilah hukum Islam yang wajib diterapkan oleh pemerintah. Sebaliknya pemerintah Kapitalis-UMNO/BN  menjadikan kedua-dua perkara tersebut sebagai bahan jualan kepada rakyat untuk mencari untung yang maksimum. Hasilnya pemerintah/pemimpin-pemimpin UMNO/BN  menikmati kemewahan melampau-lampau  melalui keuntungan tersebut manakala rakyat marhen Malaysia terus ditindas dan menderita. Inilah salah satu bentuk kezaliman sistem kapitalisme UMNO/BN yang diamalkan oleh pemerintah UMNO/BN  pada hari ini.

Justeru, rakyat marhen Malaysia seharusnya menolak segala kezaliman UMNO/BN ini dengan menolak sistem kapitalisme Umno/BN secara keseluruhannya dan menolak orang-orang/pemimpin UMNO/BN  yang menerapkannya dan seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam. Tidak ada cara lain di dalam melakukan perkara ini kecuali berusaha menegakkan sistem Islam melalui bingkai sebuah Negara Islam Baldatun Wa Rabulghafuur


Harga naik ke?,,peduli apa?,,makan dulu ahh,!Dedikasi Foto by blogger amrayy-lensa-assault.

Rombongan cek harga kangkung-bergelak riang ria;Dedikasi Foto by blogger amrayy-lensa-assault

Pustaka :
Adaptasi dari naskah :myht.com/

Dedikasi foto oleh http://amrayy-lensa-assault.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s