# TIPS:RAHASIA KEJAYAAN DAVID KARP CEO TUMBLR

Editor by Wilhelmina

Jum’at 14 Rabiulawal 1435 / 17 Januari 2014

 

Variety Explorer.Com | Wall Street Journal melaporkan  bahawa pihak lembaga pengarah Yahoo! Inc. telah meluluskan peruntukan USD$1.1 bilion untuk mengambil alih sebuah syarikat micro-blogging, Tumblr beberapa bulan lalu.

Setelah spekulasi berkenaan tersebar luas dimedia akhbar dan internet ,akhirnya pihak Yahoo! Inc. telah membuat pengumuman rasmi berkenaan dengan pengambil alihan tersebut.

Tumblr yang diasaskan pada Februari 2007 oleh CEO syarikatnya David Karp, merupakan sebuah platform micro-blogging yang terbesar di internet.
Menggunakan tagline “Blogging made easy” pada awal kemunculannya, kini Tumblr menerima lebih 300 jutapelawat unik dan mempunyai lebih 108 juta blog di bawahnya. Statistik terkin Tumblr ialah menerima lebih 120,000 pendaftaran baru setiap hari, lebih 900 updated dibaca dalam
setiap saat serta Lebih 24 bilion minit dihabiskan di Tumblr setiap bulan.

Ia merupakan antara pengambil alihan yang terbesar selepas Facebook mengambil alih Instagram pada tahun lepas.

Jika Facebook merupakan rangkaian sosial untuk menghubungkan manusia dan Twitter pula digunakan untuk berkomunikasi secara mudah, Tumblr pula berbeza kerana ia mengetengahkan self-expression. Tumblr merupakan platform untuk blogging dengan cara yang paling mudah tanpa terikat dengan penulisan panjang.

5 Kunci kejayaan Tumblr yang menjadikannya  sangat diminati dan bernilai tinggi:


1.MEMBERIKAN SOLUSI PANTAS

Tahukah anda idea micro-blogging Tumblr sebenarnya diinspirasikan daripada masalah pengasasnya sendiri yang mahu berkongsi sesuatu di internet dengan lebih mudah tanpa perlu menaip artikel yang panjang seperti di blog wordpress atau blogger? Tidak semua pengguna internet
berminat untuk menulis artikel dan tidak semua pengguna internet dapat berkongsi serta menunjukkan apa jua yang mahu diluahkan di Twitter mahupun Facebook. Mereka memerlukan sebuah platform yang mudah untuk berkongsi apa yang mahukan di internet tanpa memeningkan kepala.

Maka dengan itu Tumblr dibangunkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna internet kerana ia telah berjaya menyelesaikan masalah mereka yang mahu sebuah platform micro- blogging untuk meluahkan idea serta berkongsi perasaan dengan pengguna lain dengan lebih mudah.


2. MEMUDAHKAN PENGGUNA

Selain daripada memberikan penyelesaian pantas kepada pengguna, ciri penting seperti simplicity dan mesra pengguna juga turut memainkan peranan penting untuk menarik pengguna internet. Ciri ini merupakan perkara yang diberikan perhatian oleh Tumblr.

Kebiasaannya untuk menulis blog, kita perlu mengisi tajuk dan ruangan content artikel, memasukkan gambar, video dan sebagainya. Di Tumblr, anda cuma perlu lakukan beberapa langkah mudah sahaja tanpa perlu menulis artikel panjang yang kadangkala membantutkan niat seseorang untuk berkongsi di blog.

Anda juga tidak perlu pening kepala mengetahui fungsi-fungsi dalaman dashboard blog anda seperti anda menggunakan wordpress. Tumblr sangat mudah digunakan oleh semua golongan. Cuma beberapa klik, anda sudah mampu berkongsi sesuatu kepada pengguna internet yang lain.
Tumblr juga memudahkan pengguna membuat duit dengan menjual theme premium kepada pengguna Tumblr yang lain.

3. MEMPELBAGAIKAN PENGGUNAAN

 

Mungkin pada hari ini kita semua menggunakan Twitter untuk berkomunikasi pantas, Youtube untuk berkongsi video serta Flickr dan Instagram untuk berkongsi gambar. Pengguna internet mempunyai keinginan untuk memiliki satu tapak atau tempat untuk berkongsi segalanya kepada umum melalui blog.
Ya, Facebook mungkin antara platform yang mungkin terlintas di fikiran anda untuk berkongsi segalanya di internet tetapi untuk pengguna internet yang lain, mereka memerlukan ruang yang lebih khusus untuk serlahkan diri serta minat mereka dan berkongsi kepada pengguna internet yang lain tanpa had.

Tumblr membolehkan anda berkongsi apa juga medium dalam satu platform dengan lebih mudah tanpa memeningkan kepala.
Tumblr membenarkan anda memuat naik serta berkongsi text, gambar, quotes, link, dialog, audio serta video dengan mudah hanya dengan satu butang sahaja di dashboard anda dan ia akan dipaparkan kepada pengguna internet yang lain dengan mudah.


4. MEMPUNYAI DAYA TARIKAN SELEBRITI

 

Para selebriti dan golongan berpengaruh memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai pengguna internet menggunakan sesuatu platform tersebut. Ini kerana manusia akan mencontohi apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang mereka kagumi.

Ramai selebriti serta orang-orang berpengaruh menggunakan Tumblr untuk berkongsi perasaan, pengalaman, projek terkini dan banyak lagi kepada pengguna internet yang lain dengan lebih pantas dan berkesan. Perkongsian sebegini bukan sekadar berkongsi cerita, ia juga dapat memotivasikan orang lain.

Antara orang berpengaruh yang turut menggunakan Tumblr untuk berkomunikasi ialah Presiden Amerika, Barrack Obama yang menggunakan platform ini untuk berkempen serta berhubung dengan rakyatnya. Selain itu selebriti seperti John Mayer, Josh Groban, Anthony Bourdain dan ramai lagi turut menggunakan Tumblr.

5. MEMBENTUK KOMUNITI SOSIAL

 

Selain daripada golongan selebriti dan orang berpengaruh,
ramai juga golongan kreatif turut menggunakan Tumblr untuk berkongsi gambar atau design terkini mereka kepada para peminat mereka.
Antara yang menggunakan Tumblr termasuklah para pereka fesyen antarabangsa yang terkenal.
Para peminat serta pengguna sesuatu jenama seperti baju dan beg tangan boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan fesyen baju terkini serta keluaran beg tangan terkini yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Tumblr mampu merapatkan lagi komuniti berasaskan minat pengguna Tumblr yang lain.
Tumblr juga turut mempunyai fungsi mudah butang “Reblog” di mana pengguna Tumblr boleh berkongsi artikel yang mereka minati terus ke blog mereka hanya dengan satu klik sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai pemasaran viral paling mudah walaupun anda bukanlah seorang bintang di Youtube.


Pustaka :
Adaptasi dari Teks asal Nazri Kadir-MajalahNiaga.com
Di forward  ke helmysyamza.tumblr.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s