#TIPS ;Cara Buat Duit Hoby Photography Via Internet


Ilustrasi fotografer. ©shutterstock

Editor by Wilhelmina

Khamis 13 Rabiulawal 1435 / 16 Januari 2014

 

Variety Explorer.com | #TIPS;Cara Buat Duit Hoby Photography Via Internet.

 Industri Photography  kini semakin meningkat naik dan mendapat  permintaan daripada pelbagai individu dan organisasi. Harga aksesori Photography  yang berada dalam lingkungan RM1,000 hingga RM5,000, iaitu harga mampu milik juga  mendorong kepada perkembangan industri ini.

Antara faktor yang menyebabkan kegagalan jurufoto-jurufoto yang baru memasuki industri ini adalah kerana kurangnya ilmu, mengenai carian lubuk-lubuk duit yang dapat memberikan pendapatan lumayan kepada mereka. Menurut Peter Sawyer, terdapat 5 lubuk mewah yang boleh digunakan oleh jurufoto baru dan berpengalaman, untuk menjadikan internet sebagai sumber buat duit dengan photography
# MENJADI JURUFOTO FREELANCE

Alternatif pertama untuk menjana pendapatan lumayan dengan fotografi
adalah menerusi bayaran untuk melakukan kerja-kerja freelance. Jurufoto menubuhkan blog atau laman web, untuk menawarkan perkhidmatan menangkap dan mengedit gambar, bagi memenuhi keperluan individu atau organisasi.
Antara tugas-tugas freelance yang mempunyai permintaan di pasaran Malaysia adalah seperti gambar perkahwinan mahupun gambar acara rasmi daripada badan-badan kerajaan atau swasta. Apa yang perlu kita lakukan adalah mempunyai laman web tempahan, untuk memudahkan pelanggan mencari kita menerusi enjin carian dan melakukan tempahan pada bila-bila masa.

MENJUAL PERKAKAS DAN AKSESORI PHOTOGRAPHY

Sekiranya kita mempunyai kenalan yang mempunyai kedai yang menjual aksesori fotografi, kita boleh berurusan dengan mereka untuk menjual produk secara dropship.
Sebagai contoh, kita mengambil 10% hingga 25% keuntungan daripada harga produk yang dijual oleh pemilik kedai. Namun harus diingatkan, kita perlu berurusan dengan baik agar kita tidak perlu menyimpan stok. Ini bermakna,apabila jualan berjaya dihasilkan, kita akan bayar kepada pemilik kedai, dan tugas mereka adalah untuk menghantar produk itu kepada pelanggan.

Konsep ini juga dinamakan untung atas angin. Untuk melakukan promosi,kita boleh gunakan 4 medium percuma seperti di laman
web Mudah.my, laman web Ebay, laman web Lelong, laman web Facebook dan laman blog.


# MENGADAKAN BENGKEL DAN SEMINAR

Bagi jurufoto yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam industri ini, kita boleh mengadakan bengkel atau seminar fotografi, bagi membantu jurofoto-jurufoto baru untuk menajamkan skil tangkapan mereka. Caj seminar dan bengkel biasanya sekitar RM200 hingga RM1,500 untuk seorang peserta.

Bagi jurufoto baru yang mempunyai skil menggunakan perisian untuk edit gambar seperti Photoshop dan sebagainya, kita juga boleh membangunkan modul-modul seminar dan bengkel, bagi mendidik peserta untuk belajar mengedit gambar agar ia kelihatan lebih kemas, dan profesional.


# JUAL GAMBAR DI LAMAN LELONGAN ONLINE


Bagi individu yang berkemahiran untuk memotret gambar yang unik, serta memenuhi keperluan industri, kita boleh menjual gambar-gambar yang dipotret  menerusi laman lelongan online khas untuk penjualan foto. Antara senarai laman lelongan yang boleh kita gunakan, bagi menjana pendapatan dengan fotografi adalah seperti Fotolia, iStockPhoto serta GettyImage.

Meskipun laman lelongan ini mempunyai jutaan pelawat setiapbulan, gaya fikir luar kotak dapat membuatkan diri kita berbezadengan penjual-penjual lain.
Sentiasa fikirkan bagaimana untuk mencipta keunikan, agar kita tidak ditenggelamkan oleh pesaing.


# MENULIS BUKU MENGENAI TIP BIOGRAFI

Peningkatan jumlah jurufoto baru di Malaysia secara tidak langsung mencipta permintaan buku-buku baru, yang berkaitan dengan industri ini.
Kita boleh menulis buku dan menjana pendapatan lumayan menerusi royalti daripada syarikat penerbitan seperti PTS, Truewealth dan banyak lagi.
Selain daripada buku, kita juga boleh menulis ebook. Dimana ia memberikan margin keuntungan yang lebih tinggi kepada penulis.

Pustaka :
majalahniaga.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s