# Sri Munawwarah ; Pencetus Fesyen Gaya Hidup Islamik

Image by munawwarahdesign

Editor by Wilhelmina

Khamis 13 Rabiulawal 1435 / 16 Januari 2014

Variety Explorer.com–Menampilkan wanita perintis fesyen Islamik terulung Malaysia. Sosok  pemilik nama Dato’ Tuan Hasnah Tuan Yusoff seorang yang cukup rendah diri dan sangat ramah.

Image by munawwarahdesign

Idea beliau untuk menubuhkan label pakaian Islam dengan nama Sri Munawwarah tercetus ketika beliau menunaikan haji pertama pada tahun 1990.

 

Kesukaran mendapatkan pakaian wanita Islam bersesuaian dan patuh syariah ketika menunaikan haji menjadi pemangkin kepada idea menghasilkan desain pakaian Islam yang akhirnya menjadi fenomena sekitar tahun 1998.

Bermula dari rumah, kini Munawwarah sudah  berpusat di 6 buah rumah kedai di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur,  menjadi pusat sehenti untuk pakaian Haji dan Umrah, Jubah, Tudung dan Hijab, dan juga pakaian kanak-kanak.

 

Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pernah mendapat khidmat Munawwarah bermula tahun 2002 dengan mereka bentuk tudung dan menyediakan perkhidmatanpakaian raja permaisuri untuk acara Diraja dan kebangsaan.

 

 

Apa yang menarik tentang ikon kali ini ialah, beliau tidak terlatih mahupun memiliki kelulusan sebagai pereka pakaian profesional.

 

Namun, kerana kesungguhan membantu menyediakan pakaian wanita Islam serta dengan niat kerana jihad, Dato’ Tuan Hasnah mengaplikasikan ilmu ketika menuntut dalam bidang Design and Factory Outlet dari New Zealand.

 

Bersandarkan pengalaman tersebut, beliau mencipta sendiri kaedah pemotongan , jahitan dan gaya pakaian yang ingin dihasilkan untuk mula membina jenama Sri Munawwarah.

Pustaka :
Adaptasi dari naskah asal oleh majalahniaga.com

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s