#TIPS: 9 Sumber Idea Untuk Blog Anda,!

Image by majalahniaga.com

Written by gucciano thunder
Sabtu 09
Rabiulawal 1435 / 11 January 2014

Variety Explorer.com–Salam,sahabat blogger dan pengunjung blog ini.Lama juga saya tidak posting artikel tag; Tutorial dan SEO disini.

Disebabkan sebelum PRU-13 dan beberapa bulan berikutnya lebih fokus kepada isu-isu politik tanah air dan antarabangsa-ditambah pula dengan memanasnya isu Syi’ah dikepulauan Nusantara ini,saya rasa terpanggil untuk membahasnya serta menulis beberapa artikel tentang ajaran sesat Syi’ah yang memudharatkan agama-bangsa-negara tercinta ini, Malaysia”.

Ok,sahabat kali ini saya coba share dengan Anda beberapa kaedah atau tips untuk Anda menulis-mungkin Anda lagi sindrom ‘mental block’ atau ketiadaan idea untuk menulis

Penulisan blog kini menjadi medium baru kepada para penulis blog-blog persendirian-pribadi atau penulis blog yang terlibat dengan penulisan kesusateraan,politik atau seorang usahawan atau mungkin Anda hanya suka-suka ikut meramaikan ranah blog didunia maya ini

Namun Anda jangan lupa dalam aspek promosi blog Anda -mungkin blog Anda ada sedia ruang iklan- Promosikan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram sebagai saluran memperkenal blog masing-masing.

Penulis atau pemilik blog kontens apa saja  sedar akan kepentingan membina hubungan baik dengan pembaca menerusi maklumat dan penyampaian berkesan mengenai contens- artikel Anda.
Kini, aspek penulisan dalam memikat hati pengunjung-pembaca blog Anda sudah seperti menjadi satu kemestian.

Oleh sebab sebilangan besar para penggiat blog bukanlah terdiri daripada penulis sejati, maka sindrom ‘mental block’ atau ketiadaan idea untuk menulis bukanlah sesuatu yang memalukan atau menghairankan[1].


Perlu diingat secara etika, blogging ditujukan untuk menyampaikan kreativiti menulis. Saya sangat memerangi copas-copypast- tanpa link sumber kerana dapat mematikan kreativiti, baik bagi si pemilik sah artikel maupun bagi individu tukang copas. Kematian kreativiti menulis bukanlah hal yg kita harapkan bersama dan kita (saya secara pribadi) tidak ingin Blogger Malaysia  tercoreng dan lebih terkenal dengan “kemahiran” copas artikel dibanding terkenal dengan kemahiran menulis dan menguraikan fikiran dalam bentuk tulisan. Blogging adalah menulis. If a blogger doesn’t like writing, it is better not to BLOG at all! [2]

Kenapa penulisan yang segar dan menarik penting untuk blog  anda? Ada banyak sebab namun antara yang penting adalah untuk tujuan SEO (pencarian Google), meluaskan jemaah pembaca/pengikut blog anda, memberi pendedahan kepada jenama produk/perniagaan anda serta untuk mengekalkan pertumbuhan pembaca blog yang konsisten.

Ayuh terokai 9 sumber Idea penulisan segar untuk blog  Anda!

                                          Image by majalahniaga.com

1. Semak Soalan Pembaca Anda di Ruangan Soalan dan Jawapan (Q&A)

Masih ingat formula merangka karangan yang diajar oleh guru ketika di sekolah? Formula bertanya soalan-soalan seperti kenapa, mengapa, bila, apa dan di mana? Idea ini boleh diaplikasi oleh penulis blog individu/bisnes.

Sumber untuk mencetuskan idea menulis anda boleh diperolehi di ruangan Soalan dan Jawapan laman web atau blog anda sendiri juga di laman web dan blog-blog milik individu lain. Pasti ada di antara deretan soalan daripda pembaca yang bakal menjadi pencetus idea untuk menulis di blog  anda.

Anda bukan sahaja bakal mendapat idea menulis hasil daripada soalan-soalan kreatif pembaca, malah kemungkinan besar idea baru untuk penghasilan produk perniagaan anda!

Untuk mencari soalan pembaca dalam ruangan forum dalam niche anda melalui Google, hanya masukkan ‘niche + forum’ ke atas bar carian Google. Sebagai contoh, serum + forum. Laman web seperti Yahoo Answers dan Quora juga popular sebagai carian forum mahupun ruangan pembaca bertanya soalan.

2. Soalan- soalan Lazim

Lumrah pembeli/pembaca  sentiasa mempunyai soalan sama ada berkaitan produk, harga, kesan, faedah dan sebagainya. Sekiranya diteliti, ada di antara soalan-soalan tersebut yang membantu anda menambahbaik penulisan atau promosi produk, sekaligus mengilhamkan anda untuk menulis secara terperinci mengenai perkara tersebut.

Apakah ada sumber yang lebih baik untuk mengetahui mutu perkhidmatan atau produk anda melainkan daripada pelanggan anda sendiri? Idea penulisan yang boleh dicetuskan daripada ruangan soalan ialah menulis mengenai tip-tip atau cara mengatasi masalah yang diutarakan pembaca.

Sebagai contoh, jika anda menjual gril BBQ elektrik, anda boleh memberikan tip bagaimana untuk memanggang daging agar daging cepat empuk dan sebagainya. Selain itu, sediakan tip mengenai apa yang perlu dicari apabila pembaca berhasrat mebeli barangan elektrik menerusi internet.

Menerusi soalan, anda dapat menulis artikel baru di blog personal/bisnes anda. Inilah sisi positif yang banyak manfaatnya sekiranya anda seorang usahawan dan penulis yang prihatin dan kerap menyemak dan respon kepada soalan-soalan pembaca.

3. Kajian Kes dan Infografik

Pembaca kanak-kanak bukan satu-satunya golongan pembaca yang mudah tertarik dengan bahan bacaan yang disertai unsur grafik dan warna menarik. Pembaca dewasa tidak terkecuali. Grafik, foto dan warna yang menarik sebagai ‘hiburan’ kepada mata pembaca.

Kandungan fakta grafik berwarna-warni adalah pendekatan yang tepat untuk menarik perhatian pembaca. Infografik mungkin akan meningkatkan jumlah pengunjung laman sosial anda dan membawa sejumlah besar trafik pembaca ke blog anda.

Walaupun ia mengambil masa dalam usaha mengumpul maklumat namun ia amat berbaloi. Mulakan dengan menyiarkan perkara-perkara menarik atau disebut sebagai ‘trivia’ berkenaan dunia blogging dan bisnes.

Selain itu, lakukan sedikit soal selidik atau kajian kes dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai produk dan perusahaan anda. Jika anda menjalankan perniagaan secara dalam talian, anda boleh menjalankan kaji selidik melalui Google Analytics anda.

4. Blogger Jemputan

Penulisan ‘monotonous’ atau mendatar merupakan satu sindrom yang ada kalanya akan terjadi dikalangan penulis. Ia terjadi kerana terlalu fokus untuk menghasilkan artikel sehingga mengabaikan faktor-faktor yang menarik pembaca untuk membaca artikel anda.

Adakalanya gaya penulisan blog anda mungkin membosankan. Ambil inisiatif menjemput penulis blog lain menulis di blog anda. Penulis jemputan tersebut mungkin mempunyai kalangan pembaca yang pelbagai.

Namun sebelum membuat jemputan, pastikan anda telah membaca blog penulis blog yang ingin dijemput, bagi memastikan blogger tersebut mempunyai idea penulisan yang berkualiti serta relevan untuk pembaca anda dan perniagaan anda.

Selain dapat menyuntik idea segar dan pembaharuan di blog bisnes anda,  anda turut dapat meraih manfaat SEO daripada blogger jemputan anda.

5. Langgan/Ikut Blog Lain

Anda boleh melanggan ke blog RSS kegemaran anda atau blog-blog lain seperti Networked Blog, untuk memberikan sumber maklumat tetap blog popular dikalangan pembaca anda.

Ia merupakan sumber utama untuk mengetahui topik yang terkini dan sedang hangat diperkatakan. Gunakan sumber ini unutk idea-idea penulisan blog anda sendiri tetapi pastikan kandungan artikel atau penulisan anda tulen iaitu menulis daripada sudut yang lain dan gaya olahan yang berbeza walaupun isi kandungannya adalah sama.

6. Carian Laman ‘Social Bookmarking’

‘Social bookmarking’ merangkumi topik-topik blog dari seluruh dunia. Ia amat membantu sekiranya anda sering berhadapan situasi ‘mental-block’ ketika mahu menulis di blog bisnes anda.

Tajuk-tajuk topik blog lain boleh memberi anda ilham untuk menulis sesuatu yang terkini dan segar serta paling banyak carian di enjin carian internet.

7. Blog Komen

Blog komen, sama ada di blog anda sendiri atau di blog lain, boleh menjadi sumber utama idea untuk kandungan penulisan yang segar dan menarik. Komen-komen ini boleh membentuk idea-idea yang baik untuk kandungan baru dalam niche anda.

Tambahan pula ia terdiri daripada kandungan yang didorong oleh pembaca untuk para pembaca yang lain. Pembaca akan merasa dihargai apabila komennya diberi perhatian oleh blogger dan digunakan pula sebagai topik artikel di blog bisnes.

8. Sertai Google+, Facebook dan Grup LinkedIn di niche Anda

Sertai kumpulan yang menarik dan relevan di laman-laman web atau wujudkan group anda sendiri dan buat promosi mengenainya di laman sosial dan blog individu dan bisnes anda. Ini bertujuan untuk kekal berhubung dengan pakar-pakar blogging SEO-Tutorial blogging atau pakar projek  industri dan berkongsi pandangan dan idea anda dengan mereka.

Sebagai balasan, anda pasti mendapat idea-idea baru untuk menulis di laman blog bisnes anda. Kumpulan-kumpulan ini juga sering mempunyai topik perbincangan terbaru dan terkini serta idea-idea yang segar.

9.  Wujudkan Cabang Topik atau Peta Minda daripada Topik-topik Popular Blog Anda

 

Poin ini antara yang perlu diberi perhatian apabila anada hendak mula menulis selepas ini. Apabila penulis memecahkan topik-topik blog kepada pecahan-pecahan tajuk yang lebih kecil dan spesifik, ia akan menarik trafik pembaca kerana tarikan persembahan topik itu sendiri.

 

Cara ini bukan sahaja memberi anda idea-idea baru untuk mencipta isi kandungan artikel dan penulisan di blog, tetapi akan meluaskan variasi pembaca dan pengikut blog anda kerana peta minda yang anda reka boleh dipautkan ke laman-laman web lain yang popular tetapi berkaitan dan relevan dengan blog anda.

Jangan lupa kongsi dan sebarkan idea ini! Salam kejayaan daripada Admin Variety Explorer.com

Pustaka :

[1] http://www.majalahniaga.com
[2] http://www.tugasku4u.com/
Image by majalahniaga.com

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s