THE GODFATHER [1] ‘Bughah – Kristianisasi’ Berjaya Alih Isu Kenaikan Harga Barang

Written by Wilhelmina
Khamis 07
Rabiulawal 1435 / 09 January 2014

 

Variety Explorer.com–Kini sudah lebih seminggu isu kos sara hidup tenggelam oleh kerana isu ‘bughah’ mengambil tempat perbincangan Masyarakat Melayu Islam di luar bandar khasnya, berjaya juga isu bebanan rakyat dialihkan tetapi harga barang naik tanpa disedari dan dibantah.


“Adakah isu ‘bughah’ akan menangguhkan kenaikan harga tol lebuhraya dan kenaikan tarif elektrik dalam negara kita?” tanya Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan.[1]

Katanya, ada seketika isu ais menjadi topik tetapi turut tenggelam dengan isu hangat iaitu ‘bughah’ yang begitu mendalam perhatian masyarakat Melayu Islam yang mengikutinya sepanjang masa tanpa memikirkan isu lain yang sedia ada.


  Illustrasi;  Banner pengalihan isu hangat di Indonesia

Pengalihan isu. kes yang membelit penguasa-pemimpin


Kalau kita perhatikan dari tahun-tahun lepas lagi sebelum dan selepas PRU-13 ada saja isu yang ditimbulkan untuk pengalihan perhatian rakyat Malaysia atas isu yang membelit pemimpin Barisan Nasional-Umno[2]

Apabila Laporan 2012 Ketua Audit Negara yang melaporkan pelbagai penyelewengan – ketirisan pengurusan kerajaan BN- hingga melibatkan PDRM -maka muncul dipermukaan dengan hebatnya isu pemberantasan kumpulan-kumpulan gangterism-walau perang habis2an pihak Polis terhadap kes gengterism itu banyak kebaikannya untuk pengurangan kes jenayah-jenayah berat di Malaysia.

Cuma rakyat marhen hanya memandang kehairanan – seperti sebuah pengalihan isu yang membelit pemimpin-pemimpin yang sedang diperhatikan rakyat.

Begitulah seterusnya..berterusan ada saja isu ditayangkan media untuk mengalihkan perhatian rakyat kecil.

Ditengah gelombamg panasnya isu kenaikan harga-harga barang bermula hujung tahun 2013-maka digoyangkan isu Syi’ah,akhirnya isu itu tenggelam begitu saja-Tak berkesan isu Syi’ah digembor-gemborkan pula isu Wahabi..nampak tak mendapat respon..tenggelam begitu saja..

Justru disaat rakyat kecil-marhaen tunjuk perasaan menjelang masuk tahun 2014-Gelombang rakyat itu segera dipadamkan dengan semboyan ‘Bughah’ oleh tokoh Mufti Perak yang sememangnya cenderung berpolitik membela Parti Umno

(Baca; https://helmysyamza.wordpress.com/2014/01/03/ts-datuk-harussani-zakaria-tokoh-mufti-kontroversi/)

Adakah isu ‘bughah’ akan menangguhkan kenaikan harga tol lebuhraya dan kenaikan tarif elektrik dalam negara kita?

Ada seketika isu ais menjadi topik tetapi turut tenggelam dengan isu hangat iaitu ‘bughah’ yang begitu mendalam perhatian masyarakat Melayu Islam yang mengikutinya sepanjang masa tanpa memikirkan isu lain yang sedia ada.

Penat rasanya otak kita memikirkannya ,dari satu isu bercambah ke isu lain ,Dan kini yang lebih merumitkan keadaan dan keharmonian kaum dan agama ditebar pula kembali isu ‘kalimah Allah’ dan rampasan Injil-sesungguhnya jika isu berkaitan agama ini ‘jika ada muslihat kepentingan politik’ -dan tidak ditangani secara bijaksana-maka  tunggulah implikasi buruk akan menimpa kita bersama.


Jika memang benar kecurigaan tersebut. Lalu apa alasan pemerintah melakukannya? Jika alasannya adalah mengalihkan perhatian publik dari isu kenaikan harga barang-tol dan lainnya  yang dikhawatirkan akan menimbulkan chaos, dan untuk itu “mereka” perlu menciptakan musuh bersama dan musuh bersama itu adalah ‘bughah’- ‘kristianisasi’.

Tahniah pemerintahan Barisan Nasional dan penyokong-penyokong tegar mereka kerana berjaya ‘melembutkan’ hati rakyat yang marah oleh kerana tekanan sara hidup yang semakin hari semangkin meningkat.

Marah rakyat berjaya dilembutkan kerana rakyat tidak tertumpu dengan membincangkan masalah di depan mata mereka, tetapi membincangkan perasaan mereka yang sayangkan kepada bangsa dan agama mereka.

Senjata ampuh ini begitu berkesan tanpa disedari dan ianya meninggalkan kesan mendalam serta tidak menjejaskan kenaikan yang tidak ditentang oleh rakyat yang sebahagian terkesan olehnya.

Pustaka ;
[1] harakahdaily.net/index.php/headline/24802-
[2] ibid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s