Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Sport Jalan ke Neraka.!

HRC Port maksiat baru di Putra Jaya

Editor by Wilhelmina

 

Ahad 03 Rabiulawal 1435 / 05 January 2014

Variety Explorer.com–Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.


Membaca kenyataan diatas membuat kita resah dan renyah atas keputusan pihak penguasa Putra Jaya secara khususnya kerajaan Barisan Nasional,menambah premis berbau maksiat itu.

Sementara sebagian penyokong Umno dalam retorik mempertahankan “kalimah Allah” telah membuat demo provokasi ‘meniup api permusuhan’ terhadap penganut/paderi Kristian yang sangat membimbangkan kita.

Tidak cukup dengan isu kalimah Allah- Mufti Perak pula secara keras telah ‘melabel’ para demonstran malam pergantian tahun ke-2014 yang menuntut kerajaan Barisan Nasional agar memberi perhatian atas kenaikan harga-barang keperluan,tol lebuh raya,tarif elektrik-dengan gelaran ‘Bughah’ yang bermakna ‘pemberontak’ yang wajib diperangi (halal darahnya)


Dimana mahu diletakkan maruah Islam

Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?



Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia bukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras. Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh Che Mat yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.

Mereka penguasa/pemimpin di Putra Jaya adalah orang-orang yang tidak sedar bahawa kekuasaan itu merupakan amanah yang telah Allah letakkan ke atas mereka dan mereka WAJIB menunaikan amanah itu dengan penuh ketakwaan kepada Pemberinya.

Nabi SAW bersabda,

 

“Sesungguhnya kekuasaan itu adalah amanah. Pada hari Kiamat nanti ia akan berubah menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haq dan menunaikan apa yang diamanahkan di dalamnya” [HR Muslim].

 

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

 

“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya: “Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”.

Di dalam kedua-dua hadis di atas, Rasulullah SAW mengingatkan kepada umat Islam secara umum dan kepada para penguasa secara khusus, bahawa kekuasaan itu tidak lain kecuali suatu amanah yang berat yang wajib dipikul oleh mereka. Jika mereka tidak menunaikannya, maka kita semua akan ditimpa kehancuran.

Selain peringatan tegas kepada penguasa, Rasulullah SAW mengingatkan dan mengajar kepadakita peri pentingnya menyerahkan kekuasaan kepada ahlinya (yang berhak) yang dapat menunaikan amanah yang berat ini.

Justeru, sesiapa sahaja yang telah menyerahkan urusan kekuasaan kepada bukan ahlinya (yang tidak berhak) yang tidak amanah, maka kita semua akan ditimpa bencana dan orang itu akan diminta pertanggungjawaban (disoal) oleh Allah SWT di akhirat kelak. Justeru, kita hendaklah mengenali dan berhati-hati di dalam memilih pemimpin, agar kita terselamat di dunia dan akhirat.

Manakala bagi para penguasa yang tidak menunaikan amanah kekuasaan yang telah Allah letakkan di bahu mereka, tidak menerapkan hukum Allah, maka sesungguhnya secara sedar atau tidak, mereka sedang berjalan menuju neraka Allah, malah mereka sedang berlumba untuk masuk ke dalamnya.
Na’uzubillah min zalik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s