TS Datuk Harussani Zakaria” Tokoh Mufti Kontroversi”

76d3e-harussanibughah

Editor by Wilhelmina

Juma’at 30 Safar 1435 / 03 January 2014


Variety Explorer.com–Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi  Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai “bughah” dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak.


Hari ini,  khatib solat Jumaat Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri menghentam dan mempertikaikan “fatwa” beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal.

Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.

Sang Mufti Tokoh Kontroversi

Tan Sri Datuk Harussani Zakaria .Mufti Negeri Perak sejak 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat dinegara ini.dan juga satu-satunya Mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas .yaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda

Beliau adalah Mufti yang  dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional-BN.Dan kerap mengeluarkan kenyataan dan fatwa yang mengelirukan hingga terjadi kontroversi pemahaman tentang Islam di Malaysia

Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar Perak kini berusia sekitar 74 tahun. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, beliau berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris “Malay Banjarese”. Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama’.

Harussani sebagai mufti dilihat agak kuat berpolitik,hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan.

Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 dimana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan Diploma.

Meskipun Harussani banya menulis artikel di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah),ia masih jauh meletakkan beliau sebagai Ulama yang sebenarnya.

Namun kini beliau harus menyedari disaat penghujung usia senja ini,untuk menyedari diri sendiri yang mungkin sudah tidak layak pada era ini lagi,dek kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusannya dari beliau.

Justru ramai yang mengetahui taraf pendidikan beliau sebenarnya.Cuma masyarakat masih mahu menghormati beliau,Tetapi kali ini beliau terlalu melampau dan hipokrit dalam kenyataannya terbaru itu.

Dan demi menjaga nama baik Institusi Agama Islam dan Institusi DiRaja Perak sudah tiba masanya pihak berkuasa Istana melantik Mufti baru yang lebih berwibawa untuk mengelakkan nama baik pihak Istana Perak dicemari oleh tokoh yang selalu membuat tingkah kontroversi ini.

Meskipun  beliau dilantik menjadi penasehat Syariah dimana-mana Bank mahupun syarikat berkaitan kerajaan.Orang ramai ternyata yakin lantikan itu bersifat politik dan membayar diatas perjuangan politiknya untuk pihak Umno ,Wallahu a’lam

Pustaka ;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Harussani_Zakaria
http://www.ohdunia.my/2014/01
http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s