Surat Terbuka-MEMO- Kepada Pihak Berkuasa JPJ-SPAD-PDRM-Imigresyen di Malaysia,!

Warga Rohingya Muslim dari Myanmar yang terbanyak kini pengguna kenderaan motor roda-tiga

 

Editor by Wilhelmina | Freelance Writer-Malaysia

Rabu-13 Safar 1435 / 18 Disember 2013


Artikel ini berupa Memo-Persoalan / Kemusykilan Terbuka yang ditujukan kepada pihak berkuasa JPJ-SPAD-PDRM-Imigresyen di Malaysia,!

Nur Islam, 68, berasal dari Rakhine, Myanmar dan telah menjadi pengungsi di Malaysia selama 30 tahun terakhir. Ia bekerja sebagai pengumpul besi bekas dengan menggunakan becak motornya. Foto: Rohmatin Bonasir

Mohon pihak Tuan tolong jelaskan segera prihal kemusykilan “KAMI” tentang prihal kenderaan motor roda-tiga(seperti gambar diatas)

Biismillahirrahmanirrahim.

Dulu sejak era Malaysia lepas Merdeka hingga tahun1990an ..KAMI Warganegara Malaysia dan Warga Pemastautin Tetap.di Malaysia jika memiliki/menggunakan kenderaan motor roda-tiga sama ada untuk keperluan persendirian atau pembawa barang-barang peniagaan,

Pihak Tuan akan mengenakan pelbagai syarat dan Undang-undang terhadap KAMI (Warganegara Malaysia dan Warga Pemastautin Tetap)di Malaysia sebagai pengguna kenderaan motor roda-tiga tersbut ,jika KAMI melanggar peraturan2/Undang2 pihak Tuan,maka KAMI akan dikenakan denda SAMAN atau Diseret ke Mahkamah.

Syarat2 dari pihak Tuan yang mesti KAMI patuhui dulu diantaranya:

1) Kami WAJIB memiliki Lesen Memandu Motor (L-atau- Full)

2) Kami WAJIB memiliki Lesen PSV-sejenis (mirip) untuk Lesen PSV-pemandu Bas/Teksi/Lori dan lain2 seperti Lesen PSV-Kenderaan Perniagaan.

3) Kami WAJIB setiap 6 (enam) bulan sekali ,perlu membawa kenderaan motor roda-tiga ke Puspakom/JPJ (waktu itu SPAD belum wujud) untuk di periksa/Inspeksyen  seperti Kenderaan Perniagaan/Bas/TEKSIdan lainnya.

    Disini kenderaan motor roda-tiga akan di TEST segala fungsinya;Tayar-Brek/Lampu/Signal..Terkadang KAMI mengalami kepayahan nak LULUS dalam ujian Inspeksyen tsb..

Justru sebagian KAMI kerana hendak jimat masa menunggu atau ada sebab2 tertentu.Maka KAMI hanya akan mengantarkan kenderaan motor roda-tiga tersebut ke Agen Besar Kenderaan motor roda-tiga “KOK MOTOR” di jalan PEEL berdekatan Pasar Pudu K.Lumpur.

Maka diantar pagi2-petang dalam pkul 5.00 KAMI sudah boleh ambil kendaraan tsb- “KOK MOTOR” mengenakan cas yang sewajarnya ,sebab KAMI tak perlu susah-susah nak tukar/ganti  “spare-part” kenderaan motor roda-tiga yang rosak seperti tayar botak.brek tak berfungsi dsbnya.

Dan bagaimana pihak  “KOK MOTOR” boleh senang Lulus/pas diketika periksa/inspeksyen di Puspakom/JPJ itu KAMI dulu tak ambil pusing!
Itu hal antara pihak tuan dengan “KOK MOTOR”.

Ok,Tuan yang menjadi persoalan KAMI kini,sejak tahun 90an dimana kebanjiran pendatang asing ke Malaysia ,dan sebagian mereka bukan hanya bekerja malah berniaga dan mencari/mengumpul barang lusuh ‘recycle’- Mereka pendatang asing itu menggunakan kenderaan motor roda-tiga(gambar diatas) untuk aktiviti kehidupan mereka,

Dan mereka menggunakan kenderaan motor roda-tiga TANPA  Lesen memandu ,Apatah lagi hendak pergi inspeksyen ke Puspakom /JPJ- Mereka menggunakan kemudahan tersebut tanpa ada /pernah mendapat tindakan dari  pihak Tuan ..

Mereka riang-ria /Bebas bagai burung bebas mengguna kenderaan motor roda-tiga itu.sementara KAMI dahulu mengalami tindakan yang keras,jika melanggar Undang-undang yang berlaku,

Jadi dimana Keadilan yang berlaku bagi pihak KAMI.Ibarat KAMI dianak-tirikan ,Sementara pendatang asing khusus Rohingya/Burma/Bangladesh/India yang kini majority pengguna  kenderaan motor roda-tiga BEBAS dari tindakan pelanggaran Undang-undang,
Apakah ini jika dibiarkan berleluasa tidak merugikan negara dari income tax/Fiskal untuk negara Malaysia?

Demikianlah KAMI tulis Memo ini,dengan penuh rasa tanggung jawab sebagai warganegara Malaysia untuk Kemajuan/Kemakmuran anak-bangsa Malaysia dikemudian hari.InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s