Exclusive!1Malaysia Spiritual Tourism – Projek Keagamaan TERBESAR DiDunia

Bentuk2 Patung dan Bangunan projek Enchant1MST

Malaysia‘s success in uniting the people of various races and religions make the country a model for other countries of the world….1Malaysia concept in existence for a long time ….this success is a FACT and a REALITY! “PRIME MINISTER OF MALAYSIA

YAB DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK

3rd. June 2012


Promosi & Kenyataan Akhbar

Written by Wilhelmina
| Freelance Writer-Malaysia

Rabu-7 Safar 1435 / 11 Disember 2013

Variety Explorer.com–Isu 1Malaysia Spiritual City kembali menghangat ,ibarat kata bijak-pandai “Tak ada angin -tak akan bergoyang dahan” .Cuma disini yang membuat gagaran itu dengan mengaitkan bencana banjir di Kuantan adalah disebabkan  sebuah “bala-malapetaka” kerana di Pahang ,tepatnya didaerah Gambang akan diwujudkan sebuah kompleks ‘durjana”1Malaysia Spiritual City yang serba gagah-hebat.

Sebenarnya isu bermula muncul dimedia maya apabila dilontarkan oleh Kenyataan Akhramsyah Sanusi, Calon Ketua Pemuda UMNO,

Blogger dan Pemuda UMNO ini ingin menggesa kerajaan Malaysia untuk menyiasat dengan seberapa segera pelan membina pusat 1Malaysia Spiritual Tourism di Negeri Pahang oleh kumpulan Enchant (Enchant1MST). Ini kerana usaha tersebut pasti akan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak, terutama sekali dengan pengakuan pemaju yang projek tersebut telah menerima kelulusan bantuan peruntukan kerajaan Malaysia!

Sewaktu artikel ini akan ditulis ,penulis cari info yang akurat dari media internet memang projek ini akan dilaksanakan dan kertas-kerja projek pun sudah tersedia

Projek misteri ini menimbulkan keresahan kita.oleh kerana sikap pemimpin  BN ini yang suka berdolak-dalik dalam sesuatu isu apapun-hari ini kata NO’,esok kata YES’ -Hari ini kata ‘tak akan dilaksanakan-tiba-tiba projek tu dah siap’

Anda lihatlah projek Lynas Corporation Ltd Malaysia / Lynas Advanced Materials Plant (Lamps)  kilang pengeluaran nadir bumi terletak di Gebeng, Kuantan, Pahang. Loji ini telah beroperasi pada September 2011 Walau  dibantah oleh penduduk tempatan diketuai oleh Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh bahkan dari seluruh rakyat Malaysia,projek tersebut tetap berjalan.kerajaan BN buat tidak peduli saja bantahan dari pelbagai pihak,

Sejatinya projek  1Malaysia Spiritual Tourism di Negeri Pahang ini yang digagaskan oleh kumpulan Enchant ,sangat membimbangkan kita.
Sudahlah dengan adanya “puncak maksiat judi Genting” juga bertapak  di Pahang

Dalam sejarah Islam, perlumbaan penarikan pelawat ke pusat-pusat keagamaan semata-mata demi menjana ekonomi sesuatu tempat telah terbukti mencetuskan rasa tidak puas hati sehinggalah berlaku peperangan. Menerusi Surah Al-Fil, Allah Ta’ala telah berfirman .bagaimana Abrahah, seorang pemimpin Habsyah telah menempa kemusnahan apabila beliau menyerang Makkah kerana pusat keagamaan yang dibangunkannya gagal menyaingi Ka’abah di Makkah sebagai daya tarikan para saudagar pada zaman itu.

 

Penulis   bukan sahaja terpanggil untuk mengkritik projek Enchant1MST ini kerana ia tidak sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia , juga  kerana niat pembinaannya yang melencong jauh dari nilai keagamaan.

Bantahan dari pendekar-pendekar Umno,

Yang hebat dan anehnya adalah bantahan ‘instant’ dari wakil rakyat ini tanpa siasatan menyeluruh lalu berkata; “Bahkan kelulusan tanah kepada syarikat Melayu yang berunding dengan syarikat-syarikat lain itu juga telah dibatalkan,” kata Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin di dalam laman facebooknya.

Menurut ADUN Kuala Sentul itu lagi, “Saya minta hentikan sebar fitnah ini, sebelum Allah hantar bala yang lagi dahsyat kerana fitnah yang berleluasa,” katanya.

 

Begitu juga bantahan dari Pendekar Melayu Umno aka Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf berkata, penyebaran isu tersebut merupakan satu contoh bagaimana satu berita yang tidak benar begitu mudah untuk disebarkan hingga menjadi satu fitnah besar.

“Hati-hatilah dalam berkongsi maklumat di FB agar tidak terjebak dalam dosa besar,” katanya.

Sedikit Info untuk pembaca yang saya perolehi dari website utama-1Malaysia Spiritual City”


Bahwasanya Proiek ini telah dikonsep oleh sekelompok pengusaha  dan profesional . Projek ini akan dikembangkan menjadi 2 zon utama terdiri sebagai berikut :

ZONE  1 :  ENVIRONMENT AGAMA DAN BUDAYA Malaysia

ZONE  2 :  RESORT REKREASI DAN KOMERSIL

ZONE 1 :

Lingkungan agama dan budaya Malaysia ( diberi nama sebagai Ao Mi Shan – The Enchanting Retreat ) akan dibangun di zona ini .

Resor ini akan terdiri dari lingkungan berikut :

• Kuan Yin  ENVIRONMENT

• Buddhisme ENVIRONMENT

• Hindu, Sikh dan Sai Baba ENVIRONMENT

• Taoisme ENVIRONMENT

• I- Kuan Tao ENVIRONMENT

• Konfusianisme ENVIRONMENT

• Kristian ENVIRONMENT

ZONE 2 :

Rekreasi dan Komersil telah direncanakan untuk projek  ini

Bagian dari projek ini akan memberikan fasilitas komersil dan rekreasi yang diperlukan untuk memenuhi pelancongan  yang berkunjung ke lingkungan. Fasilitas akan mencakup akomodasi , outlet rekreasi , makanan dan minuman dan kegiatan rekreasi lainnya .

Pengembangan akan meliputi :

• 2nd Home Resorts
• Hotel dan resort
• outlet makanan dan minuman
• Pusat Bisnis
• fasilitas rekreasi seperti Klab dan pusat hiburan
• Muzeum
• Perguruan Tinggi -University
• Sekolah Internasional
• Pusat Belajar  ( Learning centres)

Projek   di zone  ini akan dibagi-bagi kepada berbagai pengembang untuk mengembangkan setiap komponen individu di bawah pengawasan dan bimbingan dari team manajemen projek langsung .

Referensi Info;

1] http://enchant1mst.com/Projects.html
2] pelbagai sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s