#Bajet 2014:”Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal Dunia”

Writter by  Wilhelmina

Intipati Penting Pembentangan Bajet 2014 :

  • Tema Bajet 2014 : “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji
  • Jumlah Bajet 2014 : RM264.2 bilion
  • Perbelanjaan Operasi Bajet 2014 : RM217.7 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2014 : RM46.5 bilion
  • Pendapatan per kapita negara : RM31,000
  • Rizab antarabangsa : RM432.2 bilion.
  • Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
  • Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
  • Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
  • Defisit kerajaan 2013 : 4.0% [1]

Variety Explorer.com—Di paragraph pertama Tema Bajet 2014 diatas : Ada kalimat “ Melaksana Janji

Sejatinya, Pakatan Rakyat memproklamirkan  Manifesto-PRU-13 bukan sekadar janji dan akan melaksanakannya jika dapat menang PRU-13 dan menerajui Kerajaan tetapi  Barisan Nasional telah pun memerintah kembali dan telah membuat akujanji untuk melaksanakan semua janji-janji mereka sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang telah berlalu,

Dan sekarang kita rakyat Malaysia masih ternanti-nanti apa dasar dan perancangan seterusnya daripada pihak kerajaan BN mengenai penurunan harga kereta. Bagaimana? Bila? 1 tahun? 2 tahun atau………..

Jikalau sesuatu dasar untuk menjurus ke arah kenaikan dan perolehan tambahan pendapatan negara yang istilah ekonominya dipanggil FISKAL dilihat begitu pantas sekali tindakannya kerajaan BN ini..Contoh : “GST – Kenaikan Harga Rokok, Kenaikan harga Gula”

Tetapi jikalau sesuatu dasar itu begitu ‘menguntungkan’  rakyat Malaysia di mana bakal membantu kalangan rakyat Malaysia meringankan beban kos sara hidup setiap hari …
di Malaysia agak “sukar” sekali Kerajaan BN untuk melaksanakan secara drastik walaupun pada kadar yang minimal.

 Dan akhirnya rakyat Malaysia telah mendapat jawapannya. Anda baca  petikan pandangan daripada Menteri Perdagangan & Industri, Datuk Mustafa Mohamad ini :

  • Kerajaan begitu sayang sekali untuk kehilangan banyak pendapatan yang diperolehi setakat ini setiap tahun iaitu sekitar RM7 bilion
  • Jadi mereka (kerajaan Malaysia) tidak akan sesekali mengurangkan harga kereta dengan cara mengurangkan duti eksais
  • Nampak? Tidak mahu mengurangkan duti eksais tetapi tidak mahu mengurangkan duti eksais yang berlegar sekitar
    65%-105%.[2]

    The Ten Most Expensive Places To Buy A Car
    These have a problem understanding what a luxury car is.  put Malaysia on this list:

        I would like to nominate Malaysia. Where in Malaysia, the Toyobaru twins cost around $75,000 new while Mercedes SLS AMG cost around $600,000 brand new . This is where a beige mobile such as the Accord and Camry are consider as a luxury car. Plus, Many Malaysian spec car lacks in many safety features but still sold at a higher price. Due to high excise tax and Protection policy for our Local car maker Proton, Many people here only can dream owning a BRZ or a Miata.[3]

Laporan berita diatas  saya petik dari  sebuah portal kereta yang berpengaruh, http://jalopnik.com/ yang telah meletakkan nama Malaysia popular di seluruh dunia sebagai negara yang menawarkan harga kereta yang kedua paling mahal di dunia kepada rakyatnya.

Hakikatnya….rakyat Malaysia seperti Anda, sebenarnya terpaksa membayar 2 kali ganda harga berbanding model yang sama di Amerika sehingga menyumbang ke arah peningkatan mendadak hutang isi rumah rakyat Malaysia.

Sebenarnya kita perlu semak kategori kereta-kereta mewah di Malaysia.

 

1,Jikalau Toyota Camry di Malaysia masih dianggap ramai kereta mewah, maka apa yang boleh kita katakan sememangnya harga kereta di Malaysia memang mahal.


2,Ini kerana jikalau di negara lain, ia hanyalah dianggap sedan biasa-biasa sahaja. 

 3,Conroh Indonesia ,ramai rakyatnya guna Toyota Camry untuk transport Travel/Teksi -Sementara peniaga Siam/Melayu  Thailand guna untuk kenderaan perniagaan ulang-alik Malaysia-Thailand,

 

Persoalan Harga Kereta Malaysia Mahal?

Ada beberapa persoalan yang boleh dijawab mengenai isu Harga Kereta ini, antaranya :

1) Kenapa kereta Honda, Toyota dan Nissan dijual mahal?

  • Sebab kerajaan kenakan cukai tinggi (cukai eksais, cukai import, cukai jualan)

2) Tetapi kenapa Ford dan Kia dapat jual murah walaupun dikenakan cukai yang sama dengan spesifikasi yang lebih lengkap dan enjin yang lebih baik?

  • Pengimport-pengimport Honda, Toyota dan Nissan ( Tan Chong, UMW ) menggunakan “brand trust” untuk menaikkan lagi harga mereka.
  • Mereka memberi alasan kenaikan harga disebabkan tax yang tinggi.

3) Jikalau cukai dimansuhkan, adakah harga kereta akan jadi lebih rendah?

  • Ya, dan Honda, Toyota dan Nissan tiada lagi alasan untuk menjual dengan harga tinggi.
  • Jika ini berlaku, harga Proton dan Perodua juga perlu dijual lebih rendah atau par dengan harga kereta lain dengan spesifikasi lengkap.
  • Jadi mereka yang mahir mengenai kereta, mereka akan memilih kereta yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dan enjin lebih advance.
  • Tetapi “brand trust” ini juga akan mempengaruhi pembeli, seperti Inspira dan Lancer ( walaupun spesifikasi sama tetapi masih ramai yang memilih Mitsu)

Apa pendapat anda pula mengenai isu harga kereta dan cukai kereta di Malaysia ketika ini?
So, Share komen Anda disini,!

Sumber penulisan :

[1]  Berita Semasa-Bajet 2014
[2]  Kantor Berita Bernama,
[3]  http://jalopnik.com/the-ten-most-expensive-places-to-buy-a-car-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s