JawabanTuan Guru Nik Aziz: UMNO dan PAS sama?

Illustrasi: keratan akhbar.
Reporter by Wilhelmina

Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan.Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.


Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti.

Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan.

Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat.

Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. –
Terj; AlQuran-Surah At-Taubah, ayat 19.

Perhatikan ayat ini di mana Allah SWT mengherdik sikap orang-orang kafir Quraisy yang berbangga dengan amalan mereka memberi minum para jemaah haji. Ya, benar itu amalan yang mulia.

Tetapi jika dibandingkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT, amalan memberi minum para jemaah haji masih jauh rendah nilainya.

UMNO hanya melaksanakan Islam yang kosmetik tetapi meninggalkan roh Islam yang sebenar. Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya.

Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh, dijadikan tajuk besar kononnya UMNO berjuang habis-habisan agar orang-orang Islam sahaja boleh menggunakan kalimah Allah.

Tetapi itu cerita sebelum pemilihan. Adapun selepas pemilihan, baru keluar cerita kecil bahawa keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak.

Dalam erti kata lain, barangkali hanya orang Islam di semenanjung sahaja jatuh murtad jika benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, adapun orang Islam di Sabah dan Sarawak lain hukumnya.

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama. Bahkan jika permimpin UMNO menyatakan sama sahaj di antara kedua-dua part ini, saya persilakan ahli-ahli UMNO untuk mengundi PAS kerana mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-duanya hanyalah sama.

Adapun ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya tidak sama.

Sebenarnya UMNO tidak usahlah memakai topeng. Wajah UMNO terlalu sukar untuk disembunyikan. Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan.

Pada UMNO, hanya orang-orang UMNO sahaja Melayu, selain mereka tidak boleh bergelar Melayu. Ini bukan perjuangan Melayu, ini sebenarnya perjuangan meruntuhkan Melayu.

Apapun tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menang di pemilihan UMNO baru-baru ini. Melihat kepada senarai kepimpinan UMNO yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah.

Sekian, wassalam.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS)

Tarikh : 17 Zulhijjah 1434H bersamaan 22 Oktober 2013M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s