#Healthy Life.Herbal: Ubikayu Dan Khasiatnya


Ubikayu(melayu) Singkong(jawa)

Written by Wilhelmina

#Healthy Life.Herbal: Ubikayu Dan Khasiatnya – Almarhum Ayah saya pernah bercerita semasa kami adik-beradik  masih belajar disekolah rendah beliau berkata “Sarapan perlu diamalkan sebelum pergi kesekolah,walau hanya dengan sepotong ubikayu rebus.Dikampung ayah dulu  ada seorang Imam Masjid yang hidup sederhana (maklum zaman penjajah Imam tak dibayar gaji macam sekarang) beliau memberi dua anak lelakinya setiap pagi sarapan dengan ubikayu rebus kadang2 ditabur kelapa parut atau gula putih..Kini dua anak Imam tersebut berjaya dalam pelajarannya dan dua-duanya  menjadi Doktor “kata ayah saya penuh semangat dan motivasi itu -masih terngiang-ngiang ditelinga saya hingga kini.

#Healthy Life.Herbal: Ubikayu Dan Khasiatnya- Setelah saya dewasa,sempat saya jejaki sang Imam tersebut-beliau bukanlah miskin hingga tak mampu beri sarapan anak2nya- sawah bendangnya luas dan kebun dusunpun ada.Ternyata sang Imam punya ilmu pengetahuan tentang makanan yang berkhasiat bahwa  “khasiat  ubi kayu boleh meransang fungsi otak”,

#Healthy Life.Herbal: Ubikayu Dan Khasiatnya- Seterusnya marilah kita ubah persepsi masyarakat melayu tentang pemakanan berkhasiat kerana banyak sekali penafsiran yang prejudis hingga masyarakat melayu segan dan merasa rendah-diri jika dikaitkan dengan pemakanan seperti pisang adalah makanan monyet..padahal orang barat khususnya yahudi memakan pisang dalam menu harian mereka.

Dan dilain artikel akan saya sentuh tentang khasiat pisang dan lainnya;

Sejatinya ubi kayu mengandungi ciri-ciri tambahan yang baik untuk diet disebabkan sifat-sifatnya yang sihat. Antaranya:

 

SUMBER TENAGA:

 Sesungguhnya ubikayu mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan karbohidrat dan kanji untuk menyiapkan badan kita dengan tenaga yang banyak.Dan bagi Anda yang menjalani ibadah puasa -tambahan menu ubikayu sangat baik untuk diet AndaTambahan pula ubikayu memiliki kadar kolesterol dan lemak yang rendah. Maknanya, ia adalah makanan yang baik untuk dimakan apabila kita mahu menambah berat badan secara sihat.

 

KANDUNGAN SUMBER MINERAL:

 

Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ia boleh digunakan untuk bancuhan mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu yang hamil.

 

Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Vitamin-K mempunyai peranan yang berpotensi dalam struktur jisim tulang dengan menggalakkan aktiviti perawatan dalam tulang.

Ia juga berupaya memainkan peranan dalam rawatan pesakit Alzheimer dengan menghadkan kerosakan neuron di dalam otak.

 

Ubi Kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic.

KANDUNGAN  SERAT:

 

Kita semua tahu betapa pentingnya memakan serat yang cukup. Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai sejumlah serat pemakanan yang benar-benar baik, yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, mengurangkan kadar kanser kolon serta membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

 

KANDUNGAN CIRI PENYEJUKAN:

 

Tidak banyak penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan untuk menyokong ciri ini, tetapi perubatan tradisional India telah lama menggunakan ubi kayu yang digabungkan dengan beras untuk membantu menyejukkan badan.

Gabungan dengan nasi diperlukan kerana ubi sahaja tidak memiliki ciri-ciri kesihatan yang lengkap. Oleh itu, walaupun ubi kayu mungkin menjadi makanan tambahan yang sihat untuk diet, ia hanya diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada diet dan bukan keseluruhan diet. Maknanya, jangan makan ubi kayu sahaja.

 

Ubi kayu bebas daripada gluten(zat prekat-glue)

Dalam hubungan ini orang yang menghidap penyakit celiac (sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil and gangguan penyerapan nutrien daripada makanan),
tidak boleh menerima (cannot tolerate) gluten.

Maka ubi kayu adalah menjadi alternatif untuk orang yang alah kepada makanan dari tepung gandum  yang mengandungi banyak gluten. Ubi kayu mungkin mengandungi gluten jika diperoses bersama bahan yang ada gluten seperti digoreng dengan minyak masak yang tercemar dengan gluten.

KANDUNGAN DAN CIRI-CIRI LAIN:

Linamarin ialah sejenis bahan cynogen (racun) yang ada pada daun dan ubi berfungsi melindungi pokok dan ubi kayu dari dimakan oleh serangga atau haiwan. Daun ubi kayu mengandungi lebih linamarin berbanding dengan ubi.

Untuk membuang kandungan cyanogen ini, daun muda dan ubi kayu hendaklah diperoses dengan betul sebelum dimakan. Maknanya tidak boleh dimakan mentah. Ketika dimasak, cyanide yang terbentuk akan dilepaskan ke udara kerana toksin ini tidak menentu (volatile) sifatnya, dan tidak tinggal di dalam makanan. Kaedah pemprosesan yang betul memastikan kandungan cyanogen dalam ubi kayu berada dalam kadar yang boleh diterima.

Ubi kayu juga mengandungi tahap yang phyto-kompaun yang dikenali sebagai saponin yang bertindak sebagai steroid semula jadi. Apabila kompaun diekstrak dari ubi kayu ia membuat sabun yang sempurna semula jadi atau syampu.

Saponin membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya di bahagian sendi dan di dalam badan secara umum. Ubi kayu sering digabungkan ke dalam formula untuk merawat keadaan radang seperti keadaan artritis dan reumatoid.

Kajian menyebut bahawa ubi kayu mempunyai keupayaan untuk memecahkan deposit mineral dan bukan organik. Maknanya ia membantu untuk memecahkan atau menghalang terbina kapur batu karang, batu karang hempedu atau kalsifikasi sendi. Kerana ciri-ciri anti-radang, ia juga boleh membantu dalam usaha pemulihan bagi gejala seperti radang prostat.

Orang yang mendapat protein yang sedikit atau tiada dalam diet lebih mudah terdedah kepada keracunan cyanide, kerana kekurangan asid amino yang diperlukan akan menyebabakan kegagalan dalam membantu menyahtoksik racun.

Orang zaman dahulu makan ubi kayu dengan kelapa. Tujuannya untuk menyahkan sisa racun dalam ubi kayu tersebut. Ini kerana kelapa mengandungi protein yang boleh memainkan peranan anti-toxic ini. Ia juga menjadikan ubi kayu lebih enak. Ubi kayu juga boleh dimakan dengan gula putih-merah ,sambal belacan, budu, cencaluk dan ikan kering. Semua makanan tradisional tersebut mempunyai khasiat yang tinggi. Hebat  nenek-moyang kita kan?

KHATIMAH :

 

Tidak ada satu bahan harus dianggap sebagai sumber makanan untuk semua atau dapat merawat semua – ia perlu digunakan bersama-sama dengan pelbagai tumbuhan lain.

Penyelidikan untuk menghasilkan ubikayu  dengan kadar linamarin yang terkawal dan khasiatnya yang lain masih berterusan.

Oleh kerana ubi kayu boleh meransang fungsi otak, Dan telah terbukti salah-satunya cerita-pesanan ayah saya diatas ‘
Sejatinya kita meneliti kembali pemakanan kita khususnya masyarakat kita yang terlalau taksub akan makanan barat seperti yang dihidangkan restoran Fast-Food.Wallajua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s