#Malaysia & Indonesia”Koruptor Jadi Idola Baru”


Ketua Mahkamah Perlembagaan (MK), Akil Mochtar

Written  by Wilhelmina

Di antara kerumunan wartawan yang mewawancarai dan mendokumentasikan kedatangan Akil Mochtar,Ketua Mahkamah Konstitusi Indonesia(MK) saat tiba di bangunan  Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Khamis malam, 3 Oktober 2013 kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes pertikaian pilihan raya umum (PRU) Pegawai Daerah Gunung Mas, Kalimantan Tengah.

Penangkapan itu memberi tamparan hebat kepada institusi kehakiman Indonesia kerana Mahkamah Perlembagaan (MK)mempunyai reputasi sebagai satu daripada institusi paling bersih di republik itu.

Seorang wartawan media cetak nasional bernama  Okta, mengajukan  pertanyaan perihal ide Akil soal potong jari terhadap koruptor.Mungkin kerana tersinggung pertanyaan wartawan Okta.Secara reflek spontan Akil menampar Okta[1]

(kini isu itu menghangat di Indonesia-Sehangat isu Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Zahid Hamidi menepuk bahu sambil berkata dalam nada marah terhadap wartawan akhbar online MalaysiaKini)

“Bapak pernah bilang koruptor itu layak dihukum potong jari? Kalau Bapak terbukti bersalah, siap potong jari?” wartawan itu bertanya.

Alih-alih mendapat jawaban, tangan Akil mendadak mendarat di pipi wartawan tersebut. Akil melotot, terlihat marah.

“Tangannya melayang, tidak kencang tamparannya. Saya hanya kaget dan saya pikir saat itu dia marah,” kata wartawan.

“Ini ide saya, daripada harus dihukum mati, kenapa tidak dikombinasi pemiskinan (rampasan harta koruptor) dan memotong salah satu jari tangan koruptor agar jera,” kata Akil di Gedung MK, Jumat 9 Mac 2012.

“Saya fikir hukuman seperti ini yang patut diterapkan. Sekarang ada yang namanya memiskinkan koruptor. Tetapi kalau benar-benar semua hartanya dirampas oleh negara. Kalau dipotong jarinya itu kan membuat malu juga, sehingga memberikan efek jera bagi pelaku lainnya,” kata Akil ketika itu.

“Lebih baik dimiskinkan dan dipotong jarinya. Sehingga ketika berbaur di masyarakat, masyarakat tahu kalau dia adalah koruptor,” katanya.

Peristiwa yang saya paparkan diatas adalah untuk renungan kita bersama   Rasuah,Korupsi atau penyelewengan Dana atau apa saja namanya.Akan menghampiri atau menjebak siapa saja yang tak kuat Imannya dan tidak takut akan azab Allah Ta’ala hingga   tergoda dan terpana,terkesima akan umpan habuan ringgit atau dolar dan sebagainya

Demikian juga dinegara tercinta Malaysia minggu ini Laporan Ketua Audit Negara 2012 diedarkan kepada 222 anggota Parlimen yang menyaksikan wang pembayar cukai dibazirkan (diselewengkan ) dengan sewenang-wenangnya.

Laporan Ketua Audit Negara juga membuktikan rasuah, pembaziran,penyelewengan  dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas dan sudah menjadi budaya masyarakat negara ini terutamanya di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.


Bayangkanlah kakitangan kerajaan boleh menuntut RM300,000 untuk lawatan empat hari bagi mengkaji penggunaan sistem kecemasan 999 tanpa sebarang tindakan diambil dan bebas begitu sahaja.

Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen atas talian menerusi Facebook dan Twitter yang merupakan media sosial yang boleh digunakan secara percuma.

Selain itu Jabatan Kastam pula didedahkan membelanjakan lebih RM600,000 untuk membeli kasut dan but yang tidak digunakan.

Laporan itu juga mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan yang bernilai RM1.33 juta.

Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

Banyak lagi yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang tidak dapat dinyatakan di sini.
Di kala pembaziran wang pembayar cukai dilakukan oleh kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan apa alasan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semasa Bajet 2014 nanti untuk menambahkan pendapatan Fiskal negara?
Apa pula alasan untuk memotong lagi subsidi RON 95 nanti?

Apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibayar gaji oleh pembayar cukai?
Apakah SPRM hanya melihat sahaja dan berharap rakyat Malaysia akan melupakannya?[2]

Khatimah :

Sesungguhnya segala kebejatan penguasa dan pemerintahan sekarang ini bukanlah sekadar rosaknya moral mereka, tetapi disebabkan oleh kebusukan sistemnya. Sudah sewajibnya umat mencampakkan sistem industri politik demokrasi barat yang hina ini dan menggantikannya dengan sistem yang diredhai oleh Allah dan RasulNya, yang bakal menjamin keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh itu, untuk menghindarkan umat daripada semua kemaksiatan ini dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik, maka tidak ada jalan lain kecuali dengan mencabut sistem industri politik  yang menjadi akar kepada kesemua permasalahan dan menerapkan petunjuk hidup dan sistem yang telah diberikan oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Allah SWT sendiri telah memberikan jaminan bahawa Islam akan memberikan kehidupan yang sejahtera kepada seluruh umat manusia secara umumnya.

Adakah tidak cukup umat menderita dalam sistem demokrasi ala barat dengan setiap hari kita menyaksikan kerosakan demi kerosakan ditimbulkan oleh sistem ini yang diterapkan oleh para penguasa pada hari ini? Sesungguhnya Allah telah pun memberikan pelajaran dan pengajaran kepada kita semua agar kita dapat memahaminya serta melaksanakannya. Maka, hukum siapakah yang lebih baik jika dibandingkan dengan hukum Allah SWT.

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah dalam membuat hukum bagi orang-orang yang yakin?” [Terj;AlQuran-surah al-Maidah (5): 50] Wallahua’lam[3]

Referensi idea :

[1] media online Indonesia
[2] Amin Iskandar@Black.marhaen
[3] mykhilafah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s