#Harga Rumah 2013;Spekulasi Para Kapitalis

Harga Rumah 2013

Antara 1970-2012 : Harga Rumah vs Peningkatan Pendapatan?
Rumah Teres Setingkat RM300k RM400k!

EditorbyWilhelmina

#Harga Rumah 2013; Apakah ini kerja Spekulasi para Kapitalis Konglomerat Syarikat Pemaju Perumahan atau apa penyebab sebenarnya?
Hingga
Harga Rumah di Malaysia semakin meningkat daripada hari demi hari  apatah lagi  di sekitar Lembah Klang.

Kenaikan harga rumah yang berlaku sekarang sangat  membebankan calon  pembeli rumah, lebih-lebih lagi jika membabitkan pembeli rumah pertama. Memang sukar untuk membeli rumah di kawasan bandar-bandar besar Malaysia   terutamanya Kuala Lumpur atau  Lembah Klang. Inilah Realiti yang berlaku sekarang ..!


Jadual  diatas Harga Rumah  2011, bagaimana kini harga-2013?

 Rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita hartanah yang kononya, menampakkan bahawa ekonomi Malaysia semakin meningkat dan sebagainya.Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Baca kenyataan akhabar di bawah:

Harga rumah 2013 : Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit.

“Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

 Para pemain  industri hartanah dan perumahan  di Malaysia mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negara jiran kita. Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk memilki rumah sendiri. Kenaikan mendadak harga rumah dan hartanah sejak beberapa tahun lalu adalah sangat tidak masuk akal dan Rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan mendapati sukar untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur hari ini.

 

Harga Rumah 2013 : Pembeli Rumah Mangsa Spekulator

 

 Masalah harga rumah ini bukanlah perkara dan isu baru.  Spekulasi mengenai harga rumah memang telah melanggar etika-adab masyarakat  zaman ini.  Pemaju perumahan yang dahulunya, mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah, sekarang sudah mula mengambil 60% (walau bagaimanapun ini pun sudah menjadi kebiasaan pemaju hari ini). Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah.

 

Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga spekulator yang seolah-olah, berpakat dalam hal ini. Itu belum termasuk dengan masalah rumah atau projek terbengkalai, yang akhirnya menyebabkan pembeli-pembeli rumah menanggung hutang dan banyak lagi perkara-perkara yang menyusahkan.

Namun dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan konsep Bina Dahulu & Jual Kemudian (BTS) menjelang tahun 2015 kelak, Rakyat Malaysia berharap  isu mengenai projek terbengkalai akan dapat diatasi sedikit demi sedikit.InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s