Majlis Kenduri Kahwin ” Ayam Busuk Punca Kematian “

Editor by Wilhelmina

Sungai Petani – Kedah D/U

“Bakteria Salmonela” dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong untuk majlis kenduri kahwin sehingga menyebabkan kematian, laporan BERNAMA

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

 

Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

“Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala semalam (Selasa) seorang lagi meninggal dunia.

 

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Semalam, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi kelmarin.

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.


Sumber ; Agensi /Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s