Benarkah Malaysia Selamanya Akan Diperintah Suku-Sakat Ini?


Photo; Benarkah Malaysia akan diperintah suku-sakat ini.

Editor by wilhelmina

Datuk Mahfuz Omar  mengecam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai tidak bertanggungjawab susulan pendiriannya yang hanya mahu memberi bantuan kepada mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan Mukhriz tidak layak menyandang jawatan Naib Presiden Umno kerana masih mengamalkan budaya politik yang tidak matang. “Kenyataan Mukhriz membuktikan beliau tidak layak untuk menjadi naib presiden kerana masih membawa budaya politik zaman 1960-1970-an.

“Beliau kata hendak bawa perubahan, tapi diri sendiri tidak berubah,” bidas Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mahfuz juga mempersoalkan kedangkalan Mukhriz apabila mengatakan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang menindas pembangkang BN di negeri itu.

“Masa bila kerajaan Pulau Pinang menindas? Adakah pemberian RM40 ribu baru-baru ini oleh kerajaan Pulau Pinang kepada pemimpin BN itu menindas,” katanya.

September lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk 10 orang Adun dari Umno akan diberikan peruntukan sebanyak RM40,000 setahun untuk projek pembangunan kecil mulai 2014.

Lim berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu dan diluluskan secara prinsip.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan sikap terbuka menghormati prinsip semangat demokrasi yang bertindak adil kepada semua bangsa dan agama tanpa diskriminasi di antara penyokong BN dan PR.
Mahfuz melahirkan kesesalannya terhadap pemimpin muda seperti Mukhriz yang masih mengamalkan budaya politik “dendam”.
“Sebagai seorang pemimpin muda, tidak wajarlah untuk beliau mengamalkan politik dendam begitu,” katanya.

Mukhriz semalam seperi dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press mempertahankan pendiriannya untuk memberi keutamaan kepada penyokong Barisan Nasional (BN) dan bukan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan misi mustahil memandangkan pengaruh bapanya yang sudah terhakis selepas melepaskan jawatannya.

One comment

  1. Kepada pembaca dan pengunjung blog ini yang saya hormati,
    Jika Anda melihat atau ternampak dibawah artikel ini ada pajangan iklan yang tidak senonoh atau vulgar.itu tiada hubungannya dengan saya dan blog ini..
    Setelah saya siasat rupanya pihak wordpress- pemegang hak web ini telah melantik pihak ketiga untuk membangun pajangan serta tayangan iklan.

    Untuk mudah difahami,seperti yang kita lihat disebelah kanan wall profil FB kita,Terpajang beberapa iklan.padahal kita tidak ada dapat faedah atau komisyen.
    Sebab itu hak-mutlak pihak Facebook sahaja ,untuk membiayai penggunaan FB yang kita gunakan secara percuma-free of charce.

    Saya mohon maaf atas kekurang-selesaan tetamu blog saya ini.
    Sebelumnya saya ucapkan ribuan terimakasih,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s