DR AZIZAN OSMAN MELETAKKAN JAWATAN

Dr Azizan Osman Seminar Marketing Power
Dr Azizan Osman

Editor by Wilhelmina

“Tanda arasnya bukan berapa kali anda jatuh tetapi berapa pantas anda dapat bangun dengan keazaman yang lebih hebat untuk belajar dan bertindak demi menjadi lebih baik daripada semalam!” Azizan Osman.

Shah Alam,Selangor DarulEhsan
1 Okt 2013:

Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor & Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini.

Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta. Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd

  • Penulis buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan”

  • Seorang Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan & multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura

  • Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia

  • Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah

  • Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi

  • Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti

  • Sejak 2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar|

  • Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA.

 

Wisma Richworks, No 77 Jalan Badminton 13 29, Tadisma Business Park Seksyen 13, Shah Alam, Selangor 40100, MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s