Opini Datuk Harun Taib-KDU PAS Pusat – MultaqaUlama se-Malaysia


Tuan Guru   Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Written by Wilhelmina

Ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib di persidangan Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut,Kedah DarulUmno (14/9/2013) Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia tersebut yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula ,menarik perhatian saya untuk  mengulas sepintas lalu.


Walau ucapan penuh beliau tidak ada sebaran amnya di media-media bahkan di Harakahdaily sekali pun,yang ada hanya ulasan dan komen para pimpinan PAS dan para penganalisa politik semasa Malaysia.
Untuk sementara waktu saya akan “tunggu dan lihat” sebab tidak mahu buat analisa yang gegabah kerana segala analisa dan pandangan yang semberono tentu akan membawa imej buruk parti kita sendiri

Disini akan saya paparkan ulasan dari beberapa individu /pimpinan Parti Pas dan penganalisa politik semasa tanah air ;

Agus Yusoff


1/
  Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya  sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain

Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

“Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

“Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

“Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013,” katanya kepada Sinar harian Online, hari ini.

2/ Tuan Guru   Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS:

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

3/  Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man:

PAS  ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak.

PAS melihat resolusi dari Dewan Ulamak hasil Multaqa Ulamak sebagai sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulamak sebagai sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang diwakili.

Cadangan bagi Majlis Syura dan PAS Pusat untuk menyemak hubungan dan Tahaluf Siyasi dengan rakan PR bukan bermakna memutuskan hubungan dengan PR. Ia adalah dua isu berbeza.

p/s Kita berdoa kepada Ilahi semoga pihak pimpinan Parti Pas dan anggota saf parti tidak tersilap langkah dalam mengambil keputusan penting ini ,demi Islam.ummah serta rakyat Malaysia keseluruhannya dalam menghadapi tugas berat sempena PRU-14  mendatang

Sources ; harakahdaily/ media online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s