Utusan Malaysia (UM Berhad) “Untung RM3.3 Juta 2013”


PM, D S Najib Tun Razak merasmikan ibu pejabat baru Utusan Melayu  di Kuala Lumpur, Jumaat. Turut kelihatan, Isteri P M, D S Rosmah Mansor (tiga,kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan U M (Malaysia), T S Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kiri). -fotoBERNAMA

Editor by Wilhelmina

Utusan Melayu (M) Bhd kembali pulih dengan meraih keuntungan sebelum cukai RM3.3 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2013, berbanding kerugian sebelum cukai RM2.4 juta yang dicatatkan pada suku yang sama pada 2012.

Pendapatan meningkat kepada RM96.1 juta semasa tempoh tersebut daripada RM89.5 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata pemulihan itu adalah hasil daripada peningkatan pendapatan daripada edaran akhbar dan segmen pegangan pelaburan.

Utusan Malaysia Untung:

Begitulah  dengan usaha berterusan pengedaran berterusan ke pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, universiti dan banyak tempat lagi termasuklah tajaan berterusan daripada Datuk-datuk yang berkepentingan demi survival politik mereka, akhirnya Utusan Malaysia berjaya bernafas dan menaikkan kembali nilai keuntungan yang diperolehi mereka.

Berapa ramai Anda di sini yang membantu memberikan sumbangan daripada pembelian akhbar Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia dan sebagainya hingga meningkatkan kembali keuntungan syarikat Utusan Melayu Berhad?


Najib melambaikan tangan kepada kakitangan Utusan Melayu ketika hadir merasmikan Ibu Pejabat baru Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Dan hari ini Juma’at (13/913) PM -DS Najib semasa perasmian pejabat baru UM tersebut dengan bangga berkata :

“Kini, sudah 75 tahun Utusan Melayu melaksanakan visi pengasas-pengasasnya, memegang amanah dalam membela nasib dan bangsa Melayu dan Malaysia melalui pelbagai naskhah terbitannya.

“Peranannya diperakui dalam membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir, baik mengenai politik, ekonomi, pentadbiran, kerajaan, jenayah, hiburan, sukan dan sebagainya,” katanya semasa merasmikan bangunan baru ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd di sini hari ini ”

Najib berkata syarikat akhbar Utusan Melayu yang ditubuhkan atas keringat, air mata dan darah orang Melayu wajar dipertahankan, dan “oleh itu, jangan dipersia-siakan pengorbanan mereka terhadap titik peluh pejuang terdahulu.”(Bernama)
Apa komen anda tentang ucapan retorik Najib itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s