Benarkah Gaji Rakyat di Kelantan Terendah?

Editor by Wilhelmina

Gaji Rakyat di Kelantan Terendah

KOTA BHARU 8 Sept. – Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Kelantan adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain pada tahun lalu.

Berdasarkan hasil kajian Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan, purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat negeri ini ialah RM3,168, diikuti Kedah RM3,425 serta Perlis (RM3,538).

Jumlah tersebut amat rendah berbanding purata bulanan pendapatan isi rumah bagi Malaysia iaitu sebanyak RM5,000.

Pada masa yang sama, Kelantan merupakan negeri kedua termiskin dengan jumlah kemiskinan sebanyak 2.7 peratus manakala Sabah di tangga terbawah dengan 8.1 peratus pada 2012.

Bagaimanapun Kelantan mencatatkan penurunan yang drastik sejak 1990 yang ketika itu mencatatkan kadar kemiskinan sebanyak 29.6 peratus.

Sumber : Utusan Malaysia

 

Berdasarkan laporan UM diatas dengan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia yang tidak dipaparkan senarai carta yang asli dari Jabatan Kerajaan tersebut.

Untuk seketika biarlah kita gazetkan lapaoran UM itu kerana kita maklum akhbar UM ini adalah lidah rasmi Umno/BN yang tiada akan berhenti buat kajian tohmahan atau apa saja argumen/provokasi yang akan menguntungkan tuan besarnya Umno/BN Contoh kelancangan ulasan kajian UM diatas tertera dari tahun 1990 ; bermakana mereka kaji sejak Parti PAS memerintah Kelantan bukan semasa Umno perintah

Kelantan secara hukumnya  yang berdiri dibawah naungan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu WAJIB rakyat dan negerinya menerima kembali pembangunan /hasil cukai yang dibayar oleh rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat.Bahkan hingga kini isu royalty petrolium antara kerajaan pusat dan Kelantan masih tergantung Apabila Kelantan dipinggirkan atas alasan politik

Dimana akan kita lestarikan keluhuran Rukun Negara atas rakyat Kelantan ?

Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negeri atau negara disamping hasil-mahsul negeri itu adalah masuknya para investor atau pemodal samada domestik  atau asing.

Sejatinya  negara kita mempunyai  syarikat GLC yang sudah bertaraf multinasional.  Namun keengganan atau kurang berminat atas tekanan politik  untuk melabur di Kelantan. Kita tidak  pasti apa sebabnya. Contohnya perladangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan, tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa dipajak kepada syarikat persendirian termasuklah syarikat non bumiputra

Sabah-VS-Kelantan

Begitu juga negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam  seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia – Kerana kemiskinan di Sabah itu adalah salah satu komoditi aset politik bagi pemimpin BN yang rakus

Walau Datuk Seri Najib pernah menegaskan  tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia
Namun fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya.

Wallhu’alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s