Event Thrash Metal Metallica Stadium Merdeka K.L Tour-2013

Written And Reporter :Wilhelmina

Guns N’ Roses/Metallica Stadium Tour adalah Tour Heavy Metal dunia terkenal, yang diselenggarakan oleh 2 band rock asal Amerika Guns N ‘Roses dan Metallica sejak-1992. Ini terjadi di tengah-tengah Guns N’ Roses lebih lama “Use Your Illusion Tour,” mempromosikan mereka Use Your Illusion I & II album, serta bersamaan epik Metallica “Wherever We May Roam Tour,” mempromosikan album eponymous kelima mereka Metallica (The Black Album) . Pembuka tour itu adalah Faith No More, Motorhead dan Body Count. Axl Rose yang ingin band rock asal Seattle Nirvana menjadi pembuka, namun vokalis Nirvana Kurt Cobain menolak.

Metallica at The O2 Arena London 2008.jpg

Metallica di stadion The O2 Arena pada tahun 2008.
Dari kiri ke kanan: Kirk Hammett, Lars Ulrich, James Hetfield dan Robert Trujillo.

Ditengah kebosanan dan kejenuhan hati rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan bernegara di-palu suasana  politik haru-biru  pasca PRU-13 dan disaluti hidup dalam kebimbangan serta ketakutan dengan jenayah bermaharaja-lela -peristiwa tragis mengoyak-ngoyak kelestarian ukhuwah  beragama dalam masyarakat majemuk Malaysia.

Tiba-tiba kejenuhan jiwa “mereka2’itu bagaikan terjirus air mantra Kyai AlHikmah dari Banten layaknya.Dengan kedatangan pada 21 Ogos 2013 Band Genre Heavy Metal, Thrash Metal, Speed Metal, Hard Rock iaitu Metallica  mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013  hari keempat Ramadhan.


Sudah tentu Event Thrash Metal Metallica Stadium Merdeka K.L Tour-2013 ini ada pro dan kontra nya seperti Ahmad Nazri KhamisPenyanyi (1) ABC Band Batu Pahat, Johor mengantar surat bantahan kepada Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaludin -kapasitinya sebagai “anak zaman sekarang” selayaknya dia berbuat demikian.

Juga teguran datang dari artis muslimah  Wardina Safiyyah  kepada Mentri KJ  untuk perbandingan  Metallica atau Mesir dalam tweet-nya sebelumnya hari ini: MESIR atau METALLICA Yang akan menjadi perhatian Anda???

Namun saya kurang setuju komen  Blogger Anak Sungai Derhaka  dalam blognya “Jika kita dikatakan akan terpengaruh dengan Metallica hanya kerana kita menonton konsert mereka adakah kita juga akan terpengaruh dengan kelakuan binatang-binatang yang berada dalam Zoo setelah melawat Zoo?
Tentu tidak.. kerana akal kita yang digunakan sebaik mungkin akan mengelakkan kita dari berkelakuan seperti beruk-beruk dalam Zoo itu..

Ulasan saya :Tahukah Anda semua group band Barat genre apa pun mereka punya ‘misi – visi ‘ untuk dakyah peminatnya  mengikut aliran muzik mereka – Disini bukan timbul soal Anda peminat atau Anda tidak terpengaruh jadi berjiwa metal -Zaman Anda atau saya (Kita)tidak boleh disamakan dengan ‘zaman anggota band ABC’ tersebut..Saya juga pengagum muzik ala Gypsi 70an seperti CCR-Black Shabbath – Rolling Stone-memangpun tak merosak ‘life style” saya..Di zaman saya di Kawasan Chowkit Belakang Death..heheeee..pil Eramine5 dijual biasa jer dikaki-lima – Beli ganja macam beli Gudang garam jer di kawasan Kampong Baharu dahulu..itu dahulu.bro. Iman bro tak boleh samakan dengan Iman sebagian anak2 zaman kini !

So, perlu diketahui bahawa masalah sosial yang berlaku dalam  masyarakat kita hari ini  tidak lari daripada kepincangan sistem yang mengatur kehidupan yang diterapkan oleh pemerintah sekular demokrasi. Secara faktanya, rakyat dalam negara hari ini bebas untuk melakukan apa sahaja perkara-perkara yang melanggar hukum syarak selagi mana ia tidak mengganggu orang lain dan tidak melanggar undang-undang sekular ciptaan manusia yang ada. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan cara mereka berpakaian yang langsung tidak Islamik adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan di negeri-negeri umat Islam termasuklah Malaysia.
Jadi biasanya pada setiap show-konsert Heavy metal, thrash metal, speed metal, hard rock -TIDAK SAH kalau tidak disertai dengan minum Arak -Pergaulan dan Percampuran bebas antara muda-mudi yang menjurus kepada SEX Bebas-Inilah klimax misi – visi “mereka”

Natijahnya, kita kini sedang merasa hasil tuaian buah-buahan rosak dan busuk yang berguguran daripada pokok-pokok sekular kapitalisme yang tumbuh subur dan berakar umbi dalam kehidupam umat Islam pada hari ini.

Benarlah firman Allah SWT:

“Dan barangsiapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

[Terj; AlQuran-surah- Thaha (20): 124].

Penutup :

Satu sumber mendedahkan bahawa kejayaan Malaysia membawa masuk Metallica adalah hasil pelaburan sangat-sangat besar, – RM10 juta![http://www.malaysiandigest.com/]

Menurut sumber itu lagi, individu yag berpengaruh memainkan peranan penting dalam mendapatkan kelulusan permit untuk  kumpulan rock itu ialah Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, Datuk Seri Nazri Aziz.

 
“Dia seorang peminat Metallica dan beliau menyokong penuh konsert itu,” kata sumber tersebut seperti yang dilaporkan Red Carpet.net.my
 
Malah anggota band Metallica sendiri terkejut bahawa mereka akan melepasi ‘kawalan ketat’ negara kita dan berjumpa dengan peminat-peminat mereka di sini
 
“Malaysia! Kami akan melihat anda buat kali pertama pada 21 Ogos di Kuala Lumpur. “, tulis mereka di laman sosial Twitter.
 
Keseronokan mereka berterusan di web rasmi dengan menyatakan,  
 
“Kami telah berkata sebelum ini … dengan lebih daripada 30 tahun perjalanan di seluruh dunia di belakang kita, terdapat sesetengah tempat yang kita belum diterokai. Jadi ia agak menyeronokkan bagi kami untuk kembali dengan satu lagi pertama, berhenti di Kuala Lumpur, Malaysia. “
 
Kali terakhir band rock ini beraksi di rantau ini ialah pada tahun 1993 di Stadium Tertutup Singapura.
 
Metallica Live di Malaysia 2013 yang dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy dalam persatuan dengan LAMC Productions dan Rockstar Touring – dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
 
Tiket-tiket berharga RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195.Wowwh.!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s