Review pra-orbit buku "Awakaning The Abdullah Badawi Years in Malaysia"

Kulit Buku versi English “Awakaning The Abdullah Badawi Years in Malaysia.


Written And Editor by Wilhelmina.



“Mahathir is set in his ways. And he believes that his way is the only way. When I tried to do things differently, he believed that I was doing things wrongly. But that is Mahathir…”Itulah sebahagian ungkapan Tun Abdullah Badawi atau biasa dipanggil Pak Lah dalam buku  “Awakaning The Abdullah Badawi Years in Malaysia”

Sejatinya di’orbit’kan buku penuh  kontrovesi “Awakening,The Abdullah Badawi Years in Malaysia”-Ditengah-tengah  soksek-sok-sek politik Malaysia pasca PRU-13 yang masih bergelumang ‘sirkit kemelut” yang belum terlerai  dan juga tentang kebimbangan rakyat Malaysia akan peningkatan jenayah pembunuh bayaran  ala pembunuhan misteryus di Indonesia era 70-80an. Mungkin juga akan mengalihkan sebentar tumpuan rakyat Malaysia pada isu pasca PRU-13 dan jenayah pembunuh bayaran tersebut

 Isu tentang siapa penulis buku tersebut:

Ditengah kontroversi tentang buku tersebut ada bloggger pro Umno-Team Mahathir  yang menimbulkan isu penulis buku tersebut contohnya blogger APA blogspot :[1]

” Dollah menafikan yang dia adalah penulis buku kontrovesi “Awakening,the Abdullah Badawi years in Malaysia”.Tak payah menafikannya pun kita memang tahu yang Dollah takkan mampu nak tulis buku ratus ratus mukasurat dengan Bahasa Inggeris kelas propa kalau bukan orang saperti Kallimullah Hasan,Bridget Welsh dan James UH Chin yang jadi “hantu” tukang tulis.Selain dari pandai tidor dan kumpul harta bertimbun timbun,Dollah mana ada kepandaian lain..itu semua rakyat Malaysia dah maklum”

Namun penulis/ blogger  terkenal Aspan Alias telah menjawab dalam blognya:

” Sesungguhnya kita wajar mengetahui kenyataan yang buku ini bukanlah buku tulisan Abdullah Badawi tetapi buku yang diterbitkan oleh dua orang ahli akademik dan Abdullah hanyalah menjawab persoalan yang timbul semasa temu bual diantara editor penerbitan ini dengan Abdullah Badawi sahaja”[2]

Apa-apa pun yang mereka tulis tentang pro/kontra itu hak mereka leh,! Tapi sangat disayangkan blogger2 pro Umno yang sudah bertahun berblogging dimedia online ini -tapi masih berfikiran seperti ‘katak dibawah tempurung’ masih tidak mahu keluar dari kotak-kotak pemikiran yang jumud tersebut untuk membina pemikiran positif yang akan kita tinggalkan untuk ‘anak-bangsa ‘ kita nantinya.

Kita perlu sebagai “anak-bangsa” jika ingin menulis walau sebuah artikel pendek agar bermanfaat buat tatapan anak-cucu kita dikemudian hari-Jangan hanya sekadar ‘hantam-keromo’ lepas geram atas dasar politiking atau untuk membela/membenarkan sepak-terajang  idola politikus Anda.

Sebuah bioghrafi atau auto -biohrafi seorang yang terkenal dalam hidupnya baik memoirs atau sejarah hidupnya sudah pasti tidak terlepas dari sosok penulis ghost-writter atau juga penulis yang terdekat dengan profil tersebut

Contohnya sebuah buku yang diharamkan oleh rejim Suharto mantan presiden RI-ke;2
The Year of Living Dangerously adalah memoirs berbentuk sebuah novel karya penulis Australia, Christopher Koch, yang diadaptasi menjadi filem berjudul sama pada tahun 1982 dan disutradarai oleh Peter Weir dan ditulis oleh Christopher Koch, Peter Weir, dan David Williamson.
Buku ini dilarang di Indonesia sepanjang regim Orde Baru; larangan tersebut baru dicabut setelah Orde Reformasi mengambil alih pemerintahan pada tahun 1998

Cerita novel ini adalah sebuah plot psikologis rumit yang berlatarkan Indonesia pada masa digulingkannya Presiden Sukarno. Novel ini bercerita tentang sekelompok wartawan asing di Jakarta, sebelum dan selama upaya kudeta yang menurut cerita dijalankan oleh Partai Komunis Indonesia pada 30 September 1965. Peristiwa-peristiwa ini menjadi penting dalam membentuk sejarah Indonesia moden seterusnya.[3]

YB Nurul Izzah Anwar dipilih melancarkan buku “Awakening,the Abdullah Badawi years in Malaysia”
‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu akan menghangatkan gelora pra- perhimpunan agung Umno buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang  akan berlangsung tidak  lama lagi. Pengamat politik  berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu  isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.

Dan lebih menghangatkan lagi aura-politik Malaysia nantinya  dilantiknya Yb Nurul Izzah Anwar sebagai ‘primadona’ untuk pelancaran buku tersebut di Singapura.
Apa alasan atau liability- tendency Team Pak Lah untuk memilih Yb Nurul Izzah Anwar ,tentunya secara tidak langsung para penasehat /Team Pak Lah telah memberi ‘signal/ bahawa Nurul Izzah sememangnya memiliki ‘asset and material’ sebagai ‘PM-to-be’ suatu hari nanti?

Dengan perkembangan terbaru ini pastinya akan memaksa Tun M menangguhkan terlebih dahulu skrip serangan balas kepada Pak Lah sehingga selepas Nurul Izzah melancarkan buku berkenaan pada 30 Ogos ini di Singapura.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri.InsyaAllah

Untuk pengetahuan Anda -pembebasan pertama kali DS Anwar Ibrahim dari tahanan penjara oleh regim Mahathir atas fitnah sodomi  adalah semasa Pak Lah menduduki kerusi Perdana Menteri-

Kebijakan Pak Lah membebaskan DS Anwar Ibrahim dari terus dipenjara -adalah salah satu episod ke’murka’an Mahathir terhadap Pak Lah itulah akar-pokok masalah permusuhan mereka berdua

.Dan isu-isu lain yang dilemparkan  terhadap Pak Lah seperti“The Sleeping Prime Minister”atau isu jembatan bengkok ke Singapura hanyalah untuk menutupi sikap Mahathir seorang pendendam.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar agar Anwar bisa terkubur hidup-hidup karier politiknya di Malaysia  seperti  Datuk Musa Hitam dan lainnya.Tetapi takdir Allah SWT berkata lain.

Tun Mahathir Tuduh Tun Abdullah Badawi “The Sleeping Prime Minister”

Dalam buku ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam Umno, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, Khairy Jamaluddin yang dipertahankannya sebagai tidak pernah campurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Terbitanya buku ini menjelang pemilihan Umno pada 5 Oktober depan di mana Khairy Jamaluddin  sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam Umno, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.

Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kandungannya terlebih dahulu.

Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya.

Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini.

Sementara orang ramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura.

Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya.

Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?

Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini.

Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah.

Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir.

Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah?

Sebagaimana biasanya orang yang melancarkan buku, ia tentunya akan memuji kandungan buku tersebut, apakah kali ini Pak Lah akan menerima pujian yang sama daripada Nurul Izzah atau sengaja ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana anak seorang Ketua Pembangkang Malaysia yang juga musuh politik Mahathir akan melontarkan pujian kepadanya pula?

Memandangkan kandungan buku itu turut mengkritik Mahathir, apakah Nurul Izzah juga akan turut mengkritik Mahathir dalam ucapan pelancarannya nanti?

Oleh kerana majlis itu diadakan di Singapura, biasanya liputannya akan tersebar luas seantero dunia dan impaknya kepada Mahathir, Pak Lah serta Anwar tentunya akan menghasilkan kesan yang berganda.

Berbagai persoalan boleh timbul apabila Nurul Izzah disahkan akan melancarkan buku Pak Lah ini. Mungkinkah ia merupakan titik awal percantuman dua entiti sahabat untuk menyerang musuh yang sama?

Sebagaimana Mahathir masih berdiam diri dan enggan memberi ulasan mengenai buku Pak Lah ini, pengesahan bahawa Nurul Izzah pula akan melakukan majlis pelancarannya, ia tentunya akan menyebabkan suhu badan bekas Perdana Menteri paling lama itu turut naik dengan mendadak selepas ini.[4]

Nota Kaki :

[1] http://aku-tak-peduli.blogspot.com/

[2] http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/08/

[3] Ensiklopedia Indonesia.

[4] Malaysian Insider – AUGUST 10, 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s