[JOURNAL JENAYAH & SOLUSI ] JENAYAH MAHARAJALELA, APA SOLUSI PENYELESAIAN OLEH PEMERINTAH.!

https://i0.wp.com/hizbut-tahrir.or.id/wp-content/uploads/2012/04/penembakan.jpg

Editor by Wilhelmina


Keputusan pemerintah Amerika Syarikat untuk mulai mempersenjatai para guru-guru disekolah adalah  dilakukan dalam menanggapi suatu kejadian di pagi yang naas pada Jumat 14 Dicember 2012, ketika Adam Lanza menceroboh  masuk ke Sekolah Rendah  Kait Sandy di Connecticut, Amerika Syarikat. Sambil memuntahkan peluru tanpa rasa penyesalan, dia memburu dan membunuh 20 kanak-kanak kecil berusia antara 5 hingga 10 tahun.

Korban pertamanya pada hari itu adalah ibunya sendiri, dengan menembak bahagian muka ibunya, lalu dengan mengendarai keretanya ke sekolah di mana dia pernah menjadi pelajarnya, dan selain 20 kanak-kanak, dia juga membunuh 6 orang guru sebelum akhirnya dia bunuh diri.

Keesokan harinya, Presiden AS Obama mengakui: “Sebagai bangsa, kita telah mengalami terlalu banyak tragedi seperti ini dalam beberapa tahun terakhir.”

Memang, pembunuhan massal di AS(Amerika Syarikat) telah menjadi kejadian yang biasa.Penembakan massal di AS terus terjadi dilakukan  secara rambang, sebab pembunuhan tanpa alasan yang jelas.

Frekuensi pembunuhan seperti ini, dan jumlah korban yang maut di setiap kejadian, jauh lebih tinggi di AS daripada di negara-negara Barat lainnya, namun ini lebih terkait dengan kemudahan akses orang Amerika pada senjata otomatik daripada perbedaan pada derajat keterasingan atau kemarahan yang dirasakan oleh para pembunuh.

Misalnya, bulan lalu, bulan Julai 2013, terjadi dua kali pembunuhan  dengan senjata bukan pistol  yang dilaporkan di England (yakni di kota Shipley dan Brixton), yang masing-masingnya terjadi tanpa alasan yang jelas dan mengakibatkan kematian setidaknya satu orang. Dalam bulan yang sama, hukuman selama 20 tahun diberikan kepada Daniel Watkins yang “menikam dua orang warga asing dalam serangan rambang.”[1]

 Ahli perniagaan kaya-raya bergelar Datuk Seri yang pernah ditahan di Simpang Rengam  dibawah Ordinan Darurat kerana kegiatan kongsi gelap, pelacuran perjudian dan ah long ,bahkan  terkenal kerana pemilikan beberapa restoran dan kelab malam mewah di Kuala Lumpur terselamat dari maut apabila kereta mewah  Jaguar  diletupkan ketika beliau, pemandunya berada dalam kenderaan tsb


Namun fenomena yang berlaku di Amerika itu seakan telah menular kenegara kita Malaysia ini dalam bentuk penggunaan senjata api-pistol otomatik-,dengan skop indentiti perseorangan atau berkumpulan sebagai pembunuh upahan( bayaran) -berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang murah serendah RM1,000  (laporan:Sinar Harian, 5 Ogos 2013) [2]

GEORGETOWN Pulau Pinang seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi-Khamis 8-Ogos 2013

Masyarakat marhaen Malaysia seolah-olah diberikan  gambaran jenayah yang sedang berlaku adalah kejahatan yang modus-operandi nya serba sophisticated , terancang begitu rapi-canggih sehingga melampaui kemampuan undang-undang negara untuk mengatasinya.

Apakah Malaysia sudah bertukar menjadi negara koboi? Itulah persoalan yang diungkap oleh sesetengah orang melihat kepada kejadian tembak secara terbuka yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini

Kejahatan yang begitu banyak memakan korban sehingga melampaui apa yang dapat kita bayangan oleh akal sihat kita sebagai bangsa yang beradab dan berbudaya; kejahatan dilakukan dengan cara yang mengerikan (mengerat anggota badan-membakar korban) sehingga melampaui apa yang dibayangkan oleh nilai luhur kita.

Kejahatan secara terbuka dilakukan (membunuh di restoran atau di hadapan sekolah atau di lampu trafik)  melampaui nilai kemanusiaan; kejahatan begitu rapi direncanakan hingga melampaui undang-undang.
JENAYAH MAHARAJALELA, APA SOLUSI PENYELESAIAN OLEH PEMERINTAH.

Sebagai respons kepada isu ini, Perdana Menteri Malaysia berkata, terserah kepada polis untuk meminta daripada kerajaan apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam memerangi jenayah serius. Dengan kata lain, PM telah memberi lampu hijau untuk menambah peruntukan kepada pihak polis, walaupun hakikatnya sebelum ini sudah berapa banyak peruntukan diberikan, namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya kadar jenayah semakin meningkat dan mengerikan. Ada juga Menteri yang mencadangkan agar ditambah jumlah CCTV di tempat-tempat awam yang kita tidak nafikan kebaikannya, sebagaimana yang telah dibuat sebelum ini, namun tetap juga tidak dapat membendung peningkatan kadar jenayah.

Di sebalik semua cadangan yang dikemukakan, apa yang amat dikesalkan ialah tidak ada seorang pun dari kalangan pihak yang memegang pemerintahan atau pihak polis sendiri yang mengusul agar diterapkan hukum Allah SWT di dalam negara dan diterapkan nidzam al-uqubat(sistem hukuman) Islam ke atas para pesalah. Apakah alasan pemerintah untuk tidak menerapkan hukum Allah SWT? Apakah mereka tidak yakin bahawa hukum Allah dapat menyelesaikan masalah? Atau apakah mereka terlalu jahil atau degil untuk memahami dan melaksanakan apa yang Allah wajibkan ke atas mereka? Apa pun alasannya, mereka mungkin sahaja dapat menjelaskannya kepada manusia di dunia ini, namun yang pasti, mereka tidak akan dapat memberikan apa-apa alasan/hujah kepadaAllah SWT di akhirat kelak!

Islam Mewajibkan Uqubat(Hukuman)[3]

Terdapat 4 kategori uqubat(hukuman) dalam Islam iaitu jinayat/qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat. Uqubat disyariatkan untuk mencegah manusia dari melakukan jarimah (kejahatan).

Allah SWT berfirman,

“Dan dalam qisas (bunuh-balas) itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa” [Terj;AlQuran-surah al-Baqarah (2):179].

Maksudnya, di dalam pensyariatan qisas bagi kalian, yakni membunuh-balas si pembunuh, ada hikmah yang sangat besar, iaitu menjaga jiwa (nyawa). Ini adalah kerana, jika pembunuh mengetahui bahawa ia akan dibunuh (sebagai balasan ke atas pembunuhan yang dilakukannya), maka ia akan merasa takut untuk melakukan pembunuhan. Itu sebabnya, di dalam qisas ada jaminan hidup bagi jiwa. Pada kebiasaannya, jika orang berakal mengetahui bahawa bila ia membunuh,ia akan dibunuh balas, maka ia tidak akan melakukan pembunuhan tersebut. Dengan demikian, uqubat berfungsi sebagai zawajir (pencegahan). Ia disebut sebagai zawajirkerana dapat mencegah manusia dari melakukan kejahatan.

Kejahatan (jarimah) adalah perbuatan-perbuatan tercela (al-qabih). Al-qabihpula adalah apa jua yang dicela oleh Allah SWT. Itulah sebabnya, suatu perbuatan tidak dianggap kejahatan kecuali jika telah ditetapkan oleh syarakbahawa perbuatan itu tercela. Ketika syarak menetapkan bahawa perbuatan itu tercela, maka sudah pasti perbuatan itu disebut kejahatan. Hal itu tanpa memandang tahap ketercelaannya, yakni tanpa memperhatikan besar kecilnya kejahatan. Syarak telah menetapkan perbuatan tercela sebagai dosa (dzunub) yang wajib dikenakan hukuman (uqubat). Demikianlah, dosa itu substansinya adalah kejahatan.

Kejahatan bukanlah fitrah manusia. Kejahatan bukan pula profesyen yang diusahakan oleh manusia. Kejahatan juga bukan penyakit yang menimpa manusia. Akan tetapi, kejahatan adalah tindakan melanggar peraturan yang mengatur perbuatan manusia dalam hubungannya dengan Rabbnya, dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan manusia yang lain. Allah SWT telah menciptakan manusia lengkap dengan potensi kehidupannya, yakni naluri dan keperluan jasmani. Naluri dan keperluan jasmani adalah potensi hidup manusia yang mendorong manusia untuk melakukan “pemenuhan“(fulfillment-compliance) terhadap potensi hidupnya itu. Manusia mengerjakan suatu perbuatan yang muncul dari potensi hidup tadi sekadar untuk mendapatkan pemenuhan terhadap potensi tersebut.

Perintah dan larangan tersebut tidak akan bererti sama sekali jika tidak ada uqubat bagi orang yang melanggarnya. Syariat Islam menjelaskan bahawa bagi pelanggar syariat, akan dikenakan uqubat di akhirat dan di dunia. Allah SWT akan mengenakan uqubat di akhirat ke atasnya dan Allah akan mengazabnya.

Allah SWT berfirman,

“Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka” [Terj:AlQuran-surah- ar-Rahman (55):41].

FirmanNya juga,

“Dan orang-orang kafir, bagi mereka neraka Jahannam” [Terj:AlQuran-surahal-Fathir (35):36].

Firman Allah yang lain,

“Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang durhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, (iaitu) neraka Jahannam, yang mereka masuk ke dalamnya; maka amat buruklah Jahannam itu sebagai tempat tinggal” [Terj:AlQuran-surah-Sad (38):55-56].

Walaupun Allah SWT telah menjanjikan azab bagi para pelaku dosa, Allah juga memerintahkan kepada para pelaku dosa tersebut untuk berserah diri (bertaubat) kepadaNya kerana mungkin sahaja Allah berkehendak menjatuhkan uqubat atau mungkin juga Allah berkehendak untuk mengampuni mereka.

Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya” [Terj:AlQuran-surah-an-Nisa’ (4):48].

Berdasarkan keumuman dalil ini, taubat mereka boleh sahaja diterima oleh Allah SWT.

Siapa Pelaksana Uqubat?

Uqubat wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Dalam sebuah Negara Islam, uqubat dilaksanakan oleh Imam/Sultan/Khalifah yang merupakan ketua negara atau wakilnya, yakni diselenggarakan oleh negara melalui pelaksanaan hukum-hukum jinayat, hudud, ta’zir dan mukhalafat. Uqubat di dunia bagi pelaku dosa, atas dosa yang dikerjakannya di dunia dapat menghapuskan uqubat di akhirat baginya. Ini kerana, uqubat berfungsi sebagai zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus). Uqubat bertindak sebagai zawajir kerana ia mampu mencegah manusia dari perbuatan dosa dan tindakan pelanggaran. Manakala uqubat bertindak sebagai jawabir kerana uqubat(di dunia) dapat menebus uqubatdi akhirat. Uqubat akhirat bagi seorang Muslim akan gugur oleh uqubat yang dijatuhkan negara ke atasnya di dunia.

Dalilnya adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dari Ubadah bin Samit ra yang berkata:

“Kami bersama Rasulullah SAW dalam suatu majlis dan baginda bersabda, ‘Kalian telah membaiatku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, kemudian baginda membaca keseluruhan ayat tersebut. Barangsiapa diantara kalian memenuhinya, maka pahalanya di sisi Allah dan barangsiapa mendapatkan dari hal itu sesuatu, maka uqubatnya adalah kifarat (denda) baginya dan barangsiapa mendapatkan dari hal itu sesuatu, maka Allah akan menutupinya, mungkin mengampuni atau mengazab.”

Hadis ini menjelaskan bahawa uqubat dunia diperuntukkan untuk dosa tertentu, yakni uqubat yang dijatuhkan negara bagi pelaku dosa dan ini akan menggugurkan uqubat akhirat. Inilah antara keindahan hukum Islam apabila dilaksanakan yakni menjadi penghapus dosa pelakunya di akhirat.

Ramai di kalangan kaum Muslimin yang apabila melakukan kesalahan, telah menyatakan taubat mereka kepada Rasulullah SAW. Mereka mengakui pelanggaran yang mereka lakukan agar mereka dikenakan had oleh Rasulullah SAW sehingga mereka terbebas dari azab Allah di hari akhirat. Mereka rela menanggung sakitnya had dan qisas di dunia, kerana takutkan azab akhirat. Semua ini dilakukan mereka kerana memahami fungsi uqubat sebagai zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus). Untuk meraih itu, Ma’iz mengakui perzinaannya, kemudian ia direjam hingga mati.

Demikian pula Ghamidiyyah, ia mengakui perzinaannya kemudian direjam hingga mati. Seorang wanita dari suku Juhainah mengaku berzina, lalu direjam hingga mati.

Rasulullah SAW bersabda tentang mereka,

“Sungguh ia telah bertaubat, seandainya dibahagi antara 70 penduduk Madinah, sungguh akan mencakup semuanya.”
Mereka meminta negara agar menjatuhkan uqubat atas pelanggaran mereka di dunia, bagi menggugurkan uqubat akhirat untuk mereka.

Kerana itulah Ghamidiyyah berkata kepada Rasulullah SAW,

“Ya Rasulullah sucikanlah aku!”
Uqubatyang dijatuhkan oleh pemerintah atas dosa dan kejahatan merupakan satu-satunya metode untuk melaksanakan perintah dan larangan Allah. Allah SWT mensyariatkan hukum-hukumNya, sekaligus mensyariatkan pula hukuman terhadap pelanggarannya, yakni hukum-hukum uqubat. Contohnya, syarak telah memerintah kaum Muslimin untuk menjaga hartanya.

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak halal harta seorang Muslim (untuk diambil) kecuali dengan kerelaan dirinya.”

Rasulullah SAW juga bersabda,
“Sesungguhnya darah dan harta kalian adalah haram (untuk diambil/dirampas oleh orang lain).”
Untuk melaksanakan perintah Allah tersebut, Allah mensyariatkan hukum potong tangan ke atas orang yang mengambil/merampas harta orang lain tanpa kerelaannya.

Firman Allah,:

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [ Terj:AlQuran-surahal-Ma’idah (5):38].
Ketika Allah melarang perzinaan melalui firmanNya,

“Janganlah kamu menghampiri zina…” [Terj:AlQuran-surah-al-Isra’ (17):32],

Allah juga mensyariatkan hukuman sebat sebagai hukuman bagi mereka yang melanggar laranganNya dalam hal itu. FirmanNya,:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” [Terj:AlQuran-surah-an-Nur (24):2].

Demikianlah, seluruh perintah dan larangan Allah SWT, telah ditetapkan metode pelaksanaan uqubatnya, yang menjadi kewajipan atas pemerintah untuk melaksanakannya.

Sesungguhnya keindahan Islam dan hukum Allah yang diterangkan di atas telah sirna seiring dengan jatuhnya Daulah Islamyah pada 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924), lebih 90 tahun yang lalu. Hukum Allah telah digantikan dengan hukum kufur buatan manusia melalui negara demokrasi yang diajar oleh Barat kepada umat Islam. Hasilnya, berlakulah kerosakan dan kejahatan yang cukup mengerikan di dalam masyarakat baik dalam aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan banyak lagi. Umat Islam dipaksakan dengan sistem sekular oleh pemerintah, yang memisahkan agama dari kehidupan. Natijahnya, ajaran Islam hanya terhad kepada persoalan ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata.

Islam dinyatakan sebagai agama rasmi tetapi hukum-hakamnya dicampakkan. Al-Quran dibaca, diperdengarkan malah dipertandingkan tetapi hukum-hukum yang terkandung di dalamnya tidak pernah diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak hairanlah segala bentuk kejahatan merajalela dan tidak dapat dibendung dan manusia merasakan hidupnya penuh kesempitan walaupun hakikatnya bumi ini cukup luas untuk mereka. Benarlah firman Yang Maha Esa

“…dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta” [Terj;AlQuran-surah- Taha (20):124].
Wallahumusta’an.

Referensi Artikel :

1] Sumber  media-media Amerika.
2] http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/
3] http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/4250-sn357

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s