Tengku Razaligh Hamzah rancang ‘kudeta’ Undi Tak Percaya kepada PM Najib Tun Razak


Written by Wilhelmina
Kuala Lumpur  Fri ;June14-2013



Ditengah gelombang politik yang tidak menentu di tanah air tercinta ini – sementara itu umno-barisan nasional kembali mengganas pasca PRU-13 ini dengan penahanan beberapa aktivis pro Pakatan Rakyat- Tiba-tiba muncul berita panas tentang adanya usaha serta taktik  oleh’poros tengah’ Umno Tengku Razaligh Hamzah untuk melakukan ‘kudeta’ Undi Tak Percaya kepada PM Najib Tun Razak-demikian MalaysiaInsider melaporkan.

Taktik ‘poros tengah’ Ku Li  atau penyerang striker bahagian tengah ala  permainan bola sepak itu -mengingatkan saya pada Dr Amien Rais pimpinan Parti Amanah Nasional Indonesia[PAN] sewaktu era reformasi untuk memilih Presiden Indonesia pasca kejatuhan Suharto.

Dr Amien Rais  melakukan politik “Belah Bambu” dia ‘tusuk’ Megawati dan membentuk apa yang namanya “Poros Tengah”, padahal Suara untuk Megawati sudah menang mutlak untuk jawatan presiden, tapi Amien Rais licin, ia manfaatkan Gus Dur. Sampai-sampai  Gus Dur bilang ke Amien “Mas, sampeyan saja yang jadi Presiden”-maksudnya ‘Bro ,kamu aja jadi Presiden”

Prof Dr Amien Rais
Padahal “Poros Tengah” adalah kreasi Amien, tapi Amien Rais pengecut bila berhadapan dengan massa-PDI-parti demokratik nya Megawati Soekarno, makanya dia pasang Gus Dur. Lalu Gus Dur digandeng Amien Rais untuk dihadapkan dengan Mega, Mega yang sudah kenal dari kecil sama Gus Dur, jadi malu hati akhirnya. Inilah taktik politik Amien.akhirnya Gus Dur dilantik jadi Presiden Indonesia.
Namun Amien Rais menjalankan “politik belah bambu” lagi, dia pengaruhi  Megawati dan hantam Gus Dur, dengan jahatnya Gus Dur dijatuhkan lewat gossip-gossip tidak bermutu. Padahal Gus Dur dengan kejam akan menghabisi kaum koruptor – Tapi lagi-lagi Amien Rais bikin taktik licik ,dia jatuhkan Gus Dur dengan cara tidak gentelman.Amien Rais adalah politikus licik yang menanggung dosa terbesar  atas sejarah demokrasi Indonesia.

Kudeta Undi Tak Percaya

So, .Apakah menurut Anda pemain’ poros tengah itu adalah Tengku Razaligh.?  Menurut analisa analogi saya sama sekali ‘nihil’ mustahil sekali tanpa sokongan Dr Mahathir Mohamed yang tak mahu tunggu lama lagi supaya anaknya Mukhriz Mahathir duduk dikerusi Prime Minister Malaysia.


 Sejatinya, bila diperbandingkan dengan taktik Amien Rais- Tengku Razaligh sebenarnya tak ubah sebagai Gus Dur kerana pemain politik ‘belah bambu’ ini adalah Dr Mahathir . Kerana Mahathir ‘malu hati’ berdepan dengan PM Najib-Rosmah Mansor sebab Najib ‘bermurah hati’ dulu melantik Mukhriz jadi menteri waima dia kalah bertanding Ketua Pemuda Umno dengan Khairy Jamaludin.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu-Ini sudah terbukti adanya  ‘tangan ghaib’ Mahathir dibalik polemik baru ini.

 Kita difahamkan juga,,Ku Li putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah  ala White Housenya di Langak Golf  Ampang Kuala lumpur untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

Kita tunggu saja perkembangan seterusnya politik ‘belah bambu’ini  yang dimainkan pemain ‘poros tengah’ yang beraksi dibelakang tabir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s