Bos SPR letak sahaja jawatan,!


Mohd Azlan Bin Mohd Sharif

Editor by Wilhelmina.
KUALA LUMPUR 9June-2013.


 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh kepimpinan badan itu didesak untuk meletakkan jawatan secara terhormat, bukannya sibuk menuding jari ke mana-mana pihak berhubung beberapa pertikaian yang dibangkitkan sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, PAS tidak teragak-agak untuk menggunakan pelbagai saluran yang sah, termasuk menghadap ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon campur tangan bagi memastikan satu suruhanjaya yang benar-benar berintegriti bagi menggantikan SPR yang ada.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, berkata sudah sampai masanya satu tindakan tegas terhadap SPR dilakukan memandangkan begitu banyak perkara berbangkit ketika dan selepas PRU13 lalu gagal diselesaikan secara profesional oleh SPR.

“Ini bukan masanya untuk SPR berdolak-dalik, tuding jari sini sana bagi menyalahkan segala kesilapan yang berlaku. Sebaliknya, SPR perlu bertanggungjawab bagi memastikan semua perkara membabitkan pilihan raya dilaksanakan sebaik mungkin,” tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily,

KE MANA HILANGNYA 62,286 UNDI?

Sementara itu seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamirkan.

Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelmaren, 7 Jun.
“Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti,” kata Azlan dalam suratnya.
Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).
“Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang(berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.
“Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/,” katanya.
“Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan Kebanyakan Maklumat Dalam Warta Keputusan PRU13 (22 MEI 2013) Dan Corrigendum Keputusan PRU13 (31 MEI 2013) Berbeza Dengan Pengumuman Oleh Pegawai Pengurus (mengikut Borang 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013,” kata Azlan dalam suratnya.
Salinan surat Azlan itu diperolehi Harakahdaily 7June. Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s