Secebis Analisa :"Kongres Nasional Tahunan PARTI KEADILAN ke-9, 2013"

Integriti, Keyakinan diri, Kekuatan peribadi.

Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2012


Kongres Nasional Tahunan PARTI KEADILAN ke-9, 2013(Mei 24-25, 2013) Dewan Siviks, Petaling Jaya.

Written and Editor by Wilhelmina.

Sun ; 26May-2013.

Pada Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Petaling Jaya hari ini-Sabtu-25Mei Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pesanan kata2 azimat kepada pemimpin-pemimpin teras parti Keadilan beliau berkata; “Kita jangan kompromi dengan prinsip integriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti. 

“Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin tidak. Tapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampurkan urusan parti,”.

Meneliti ucapan beliau diatas yang orang Jawa gelar sebagai ‘wejangan’-samada kalimat nasehat atau mungkin juga sebuah peringatan buat penerus hirarki kesenambungan pimpinan di Parti Keadilan.

Masyarakat umum baik ahli parti Keadilan atau simpatisan parti diluar lingkungan parti ini -kebelakangan  ini agak digelisahkan dengan isu atau sikap segelintir pimpinan teras parti yang mula menunjukkan taringnya.
Tuntutan mereka lebih mengarah berupa payment of wages” atas kerja2 politik dan parti atas kesetiaan berjuang selama ini.


Memang tidak dinafikan selagi sebuah parti itu berasaskan demokrasi kepartian bahkan parti yang berteraskan Islam pun -tentu ada anggotanya yang berambisi besar baik merebut kedudukan tertinggi dalam parti atau juga menuntut habuan berupa payment of wages”
Disinilah peranan seorang ketua dalm sebuah parti untuk menyelesaikan polemik itu walau belum menjadi sebuah sirkit kemelut.
 
Kita salute dengan Integriti, Keyakinan diri, Kekuatan peribadi DS Anwar Ibrahim menghadapi situasi -ditambah pula polemik ini datang dari orang2 terdekat beliau yang sama berjuang dalam parti dengan kesetiaan yang tiada berbelah bagi.

Apabila bermula sedikit badai kemelut yang dilontarkan ke permukaan publik tentang jawatan Menteri Besar Selangor oleh pejuang terdekat DS Anwar Ibrahim yaitu YB Azmin Ali publik menduga-duga seakan ada sebuah gunung merapi yang memuntahkan laharnya.

Mengimbas kembali dari awal terlibatnya YB Azmin Ali dengan ‘reformasi’ bersama DS Anwar Ibrahim seawal ’98an -kita angkat topi kepada Yb Azmin Ali dengan kesetiaan beliau berjuang suka-duka bersama DS Anwar – kerana ramai rakan2 seperjuangan DS Anwar Ibrahim yang lari atau berpaling tadah kembali kepada Umno atas sebab2 tertentu seperti Zahid Hamidi, Zamri Kadir,Roslan Kasim Prof, Sidek Baba -sekedar sebut beberapa nama.

Bila mengenang perjuangan YB Azmin bersama Parti Keadilan dan DS Anwar-saya teringat kisah sebenar tentang sebuah ‘kesetiaan’ seseorang ajudan -[pembantu/pengawal]


[Jenderal Abdul Haris Nasution]

Kisah ini terjadi di Indonesia era akhir 60an sewaktu ‘kudeta’ rampasan kuasa oleh gembong2 kominis dari parti kominis Indonesia -PKI.Merasa mereka sudah kuat dan sudah waktunya untuk bertindak- Diwaktu menjelang dini hari 30September1965 sebelum merampas kota Jakarta ibunegara Indonesia mereka menagkap dan membunuh para jenderal penting pimpinan Angkatan Bersenjata.

Sewaktu para pemberontak mendatangi rumah kediaman  Jenderal Abdul Haris Nasution Indonesia-mereka menceroboh secara paksa dengan menembak pengawal keselamatan penjaga rumah AH Nasution.Sewaktu kedengaran tembakan diluar rumah ,Ajudan pribadi AH Nasution bernama Kapten TNI Anumerta Pierre Tendean. menyuruh Bosnya AH Nasution berlindung atau melarikan diri dan beliau membuka pintu sewaktu pintu rumah diketuk pemberontak-penceroboh tersebut bertanya “dimana AH Nasution kami mahu jemput atas arahan’..Tanpa ragu2 Ajudan bernama  Pierre Tendean terus jawab..’sayalah AH Nasution’



[Kapten CZI TNI Anumerta Pierre Tendean]

Kemiripan wajahnya dengan Jenderal AH. Nasution ditambah suasana pagi yang belum begitu terang membuat gerombolan PKI mempercayai pengakuannya sehingga membawanya sebagai Nasution. Dengan demikian pengejaran terhadap Jenderal AH. Nasution yang sedang melarikan diri pun dengan sendirinya berhenti. Tindakannya tersebut menjadi salah satu faktor lolosnya Jenderal Nasution dari penculikan dan pembunuhan tersebut.

Nasution kemudian hari menjadi satu-satunya jenderal yang bisa menjadi saksi hidup dari peristiwa berdarah tersebut. – gugurlah seorang ajudan atau pengawal peribadi  demi melindungi nyawa bos nya Jenderal AH Nasution.-AH Nasution  sempat menyelamatkan dirinya dengan melompat pagar rumahnya untuk berlindung dirumah seorang diplomat asing yang kebetulan berjiran dengan beliau.

Semoga siapan pun kini yang berjuang terdekat dengan DS Anwar Ibrahim samada YB Azmin Ali dan lainnya- Sadarlah dan bangkitlah dari bisikan2 syaitan atau hasutan teman2 seperjuangan yang akan menghancurkan wawasan pribadi apalagi parti.
Kita semua perlukan Anwar Ibrahim! Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan kerana dia punya kuasa tetapi kerana dia punya keyakinan diri dan kekuatan peribadi. Jelas kini, Melayu yang berani, Melayu yang punya keyakinan diri, Melayu yang punya kekuatan peribadi, Anwar Ibrahim lah diantara orangnya!


Ketika bercakap kepada media selepas ucapan penggulungannya, Anwar sekali lagi menegaskan, ahli parti tidak sewajarnya terlibat dalam mana-mana perkhidmatan awam atau dalam kerajaan negeri. 

“Isunya ialah individu itu perlu benar-benar profesional untuk mengendali sesebuah organisasi dan tidak mewakili parti.

“Parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri. Kita mesti mengasingkan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s