Malaysia pasca PRU-13" Apa Muslihat KARPAL SINGH MAHU DIMANSUHKAN FUNGSI DEWAN NEGARA "

 

https://i2.wp.com/mk-cdn.mkini.net/637/77e542d281ccc8864732921156feda26.gif

https://i1.wp.com/mk-cdn.mkini.net/637/441b06241b92426097445f125e1efddb.gif

Karikatur by Zunar-MalaysiaKini.

Written and  Editor by Wilhelmina.
Frie; 24May-2013

BELUM pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang. Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Ditambah pula dengan seruan terbaru beberapa hari lepas oleh Pengerusi DAPKarpal Singh supaya Dewan Negara dihapuskan

Mari kita analisa secara kepala dingin .Apakah cadangan beliau itu suatu muslihat terselindung atau memang sebuah cadangan yang terbaik untuk sebuah demokrasi tulen terwujud di Malaysia.

                Kita tidak perlu melatah seperti NGO-NGO atau kumpulan2 siluman pro BN yang kerja mereka wujud bila ada isu yang boleh dimainkan untuk kepenrtingan survival UMNO/BN sahaja,bukan demi rakyat marhaen Malaysia amnya.

Cadangan daripada Pengerusi DAP ini  untuk memansuhkan Dewan Negara, memerlukan kuasa dua pertiga undi Parlimen diperlukan.  Dewan Negara signifikan kerana ia adalah sebahagian daripada komponen Parlimen.

 Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan menyatakan komponen Parlimen hendaklah terdiri daripada Yang di Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ini sesuai dengan Parlimen Malaysia yang mengamalkan sistem dua Dewan (bicameral),Sama seperti Indonesia ada MPR-Majlis Permusywaratan Rakyat-dan DPR-Dewan Perwakilan Rakyat -walau Indonesia sebuah negara Republik- Bukannya dewan tunggal (unicameral)seperti Republik Singapore  Selagi peruntukan Perkara 44 Perlembagaan kita tidak dipinda, maka tentunya Dewan Rakyat sahaja tidak memadai kerana komponen parlimennya yang tidak mencukupi.

Dewan Negara amat penting kerana peranannya untuk menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Dewan Negara penting kerana ia mempunyai kuasa untuk menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Contohnya, Dewan Negara boleh menangguh Rang Undang-Undang Kewangan selama 30 hari dan rang undang-undang lain selama setahun. Tempoh penangguhan ini penting untuk membolehkan rang undang-undang yang tidak menepati kepentingan umum diteliti dan dibincangkan semula.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan Persekutuan menetapkan orang yang layak menjadi ahli Dewan Negara hendaklah berumur tidak kurang dari 30 tahun. Ini kerana orang yang telah berumur lebih dari 30 tahun sebagai telah cukup matang untuk menilai penggubalan rang undang-undang terbaik untuk negara. Selain itu, bagi menjaga tahap kematangan ini, Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapat Baginda telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau yang telah mencapai keunggulan dalam profesionnya atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli

Penutup

Jika begitu pentingnya peranan Dewan Negara, mengapa Karpal Singh mencadangkan supaya Dewan Negara dimansuhkan? Adakah cukup cadangan Karpal Singh ini hanya berlandaskan kepada faktor-faktor seperti peranan Dewan Negara dengan ahli yang dilantik hanya sebagai “rubber stamp” kepada Dewan Rakyat, beliau tidak puas hati senator yang dilantik sebagai menteri yang beliau anggap sebagai pelantikan melalui pintu belakang dan meningkatkan perbelanjaan wang negara?

Dan kini terbukti peranan Dewan Negara dengan ahli yang dilantik hanya sebagai “rubber stamp” kepada Dewan Rakyat,
Dan beliau tidak puas hati senator yang dilantik sebagai menteri yang beliau anggap sebagai pelantikan melalui pintu belakang dan meningkatkan perbelanjaan wang negara?


Mari kita simak kenyataan Dr Chandra Muzaffar dibawah untuk pembuktian isu tersebut.

“Batal pelantikan, angkat sumpah kali ke-2”

22-05-2013 07:05


Post Pic


SHAH ALAM: Ahli Sains Politik veteran, Dr Chandra Muzaffar menggesa kerajaan membatalkan pelantikan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tiga Timbalan Menteri yang mengangkat sumpah sebelum dilantik sebagai Senator.
 
Kata beliau, pelantikan tersebut tidak sah kerana kelima-lima individu berkenaan bukan ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat ketika diangkat menjadi ahli Kabinet pada 16 Mei lalu.
 
“Tidak sah. Mereka harus dilantik sebagai Senator atau anggota Dewan Negara dahulu, baru mereka boleh angkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri,” ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan berhubung tindakan kelima-lima ahli Kabinet yang hadir untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong pada majlis minggu lalu.
 
Dua Menteri berkenaan adalah Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kedua-duanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) manakala tiga Timbalan Menteri ialah Waytha Moorthy (JPM), Dr J. Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
 
Mengulas lanjut Chandra yang juga pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1Malaysia berkata cara terbaik untuk memperbetulkan kesilapan tersebut adalah melalui tindakan angkat sumpah kali kedua memandangkan tiga dikalangan mereka telah mengangkat sumpah sebagai Senator, semalam.
 
“Mungkin yang paling mudah, mereka ini harus angkat sumpah sekali lagi sebagai Menteri dan Timbalan Menteri kalau kita nak ikut peraturanlah. Kerana mereka telah dilantik sebagai senator, bermakna sudah sah kedudukan mereka.
 
“Prosedurnya mungkin Ketua Setiausaha Negera (KSN) harus membatalkan pelantikan mereka dahulu. Pelantikan mereka mungkin sah, tapi angkat sumpah perlu dibatalkan dan mereka perlu angkat sumpah kali kedua. 
 
“Ini satu prosedur pentadbiran yang tidak begitu sukar dari segi undang-undang kerana ini adalah satu kesilapan, satu kekhilafan yang dilakukan. Inilah cara untuk mengatasinya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s