Analisa Kabinet DS Najib:"KABINET BONEKA MAHATHIRISME "

PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Editor by Wilhelmina.

Friday :17May-2013.

[1] Analisa Kabinet DS Najib: Ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.


Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan UMNO tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat2 belaka.!.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?


Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.

Oleh: PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

[ SUMBER ]

*****

[2] Analisa Kabinet DS Najib:

Najib martabatkan Kristian dan Hindraf?



VIDEO :Terkini – Kenali Siapa Kazim Elias…Phuiih!..


Lantikan Timbalan Menteri Wanita ini sebagai hadiah khas buat Ostad Kazim Elias..
sesuai dengan apa yang diperjuangkannya  bermati-matian  sebelum PRU 13 berlalu…

Dengan jelas dan fasih ia mengatakan Pas berkerjasama dengan komunis… sebelum ini dia juga yang duk pertahan kalimah Allah… 

Namun semalam,, apa kazim nak kata bila Najib PM kesayangannya dengan rela hati melantik menteri wanita ni sebagai timbalan menteri pelajaran….

  Apakah kamu wahaiOstad Kazim sedar apa yang akan berlaku pada anak-anak bangsa kamu yang sebelum ini bagai nak rak kamu perjuangkan keselamatan akidah orang melayu?..

Akhirnya, pejuang bangsa melayu umno, Ibrahim Ali dan Zul Nordin,Ostad Kazim Elias umpama katak-katak yang digilis tayar lori balak. Kabinet Najib lebih mengutamakan usaha pejuang Hindraf berbanding Perkasa.

Begitu juga dengan Hasan Ali Akidah yang terlalak ke sana ke mari, Mubaligh Kristian juga yang menjadi pilihan dan keutamaan menganggotai kabinet Najib.

Kita tidaklah berniat hendak melaga-lagakan antara kaum dan agama, tetapi sekadar ingin menimbulkan semula ‘perjuangan’ Perkasa dan Jati, yang selama ini membidas Pakatan Rakyat siang, malam, pagi dan petang dengan isu-isu perkauman dan soal negara yang akan diperintah oleh orang Kritian. Seolah-olah, bila Pakatan Rakyat memerintah, habis tunggang-langgang bangsa melayu dan agama Islam…

Maka timbullah cerita yang dijaja oleh JKK umno,
Pakatan Rakyat memerintah, habis kampung halaman akan jadi kandang babi. Inilah salah satu contoh ‘bahan kempen jijik’ yang dilakukan oleh JKK kepada masyarakat kampung dan pedalaman yang saya dengar dengan telinga sendiri!

Jadi, soalnya sekarang, SIAPAKAH YANG BERBOHONG kepada bangsa melayu yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan pedalaman?

Sekarang, apabila Najib membawa Hindraf dan pemimpin sekolah mubaligh Kristian ke dalam kabinet, ke mana perginya Perkasa dan Jati? Sunyi sepi tak bersuara.

Atau masih mengasah dan mencium keris?
SIAPA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN INI….?
Datuk Mary Ya Kain Ching., Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia

Sentimen yang ditiupkan kepada orang Melayu semasa kempen PRU-13… 1 undi kepada Pakatan Rakyat bermakna satu ancaman kepada kedudukan Melayu dan Agama Islam di negara ini…

Mudir sekolah agama / pensyarah institusi Pendidikan Islam di negara ini belum layak untuk diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran seperti wanita ini

Selamat Hari Guru… Inilah ahli kabinet Najib yang menjadi kebanggaan Perkasa, Jati dan umno siapa Timbalan Menteri Pelajaran ini….? Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Petikan: FaceBook Bicara Che Wan


Antara sumbangannya:

Resolusi –resolusi FCCMSM dapat diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

  1. 1) Bible Knowledge boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah mubaligh;
    2) Penubuhan Kelab/ Persatuan yang bukan beragama Islam;
    3) Pemberian Quota 10% untuk memilihan dan penempatan murid je sekolah mubaligh;
    4) Bible Knowledge termasuk dalam senarai matapelajaran SPM;
    5) Peruntukan untuk sekolah mubaligh melalui Pakej Praransang;
    6) Perlantikan Pengetua dan Guru Besar untuk sekolah mubaligh mengikut prinsip konsultasi maxima dengan Mission Authorities;
    7) Sekolah mubaligh dapat status yang sama dengan sekolah kebangsaan;
    8) RM100 juta diagihkan kepada sekolauh mubaligh di bawah bajet 2013.
    9) Serorang pegawai dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjaga kebajikan sekolah mubaligh.

Baru je org Melayu ditakutkan dgn Negara Kristian dan PM Kristian….. tapi kini PM lantik org kuat mereka …..jaga pendidikn pulak tu !!!!!!..

.Dr Mohammed Agus

Hebat sandiwara Najib… Lagi satu, kedua-dua ekor pahlawan PERKASA, Brahem Ali dan Zul Nordin,Ostad Kazim Elias. tergolek ibarat kupang tembaga kepada Hindraf.. Hidup umno..! hidup Hindraf!! Go to rot PERKASA jadi pekasam..!

Kena tipulah orang-orang kampung, dulu kini dan sampai kiamat,!
[SUMBER]


Foto-Foto dibawah adalah kronologi perjuangan P. Waythamoorthy dengan tidak  bersusah payah masuk bertanding PRU sila ikut petua beliau jika Anda punya ambisi dan cita2 politik di Malaysia.

[Foto by http://omakkau.blogspot.com/]




Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy telah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s