PM Najib dan Utusan Malaysia "Legasi Black 505- Political Anecdote"..?



“MENANG DALAM KECEDERAAN PARAH.. KALAH DENGAN PENUH MEGAH”
Ehsan dari /http://omakkau.blogspot.com/


with King Jason Ori@FB

Editor by Wilhelmina

Mon ;13 May-2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  selepas keputusan PRU13 mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menganggap pilihan raya kali ini adalah “Tsunami Cina” dan kemudian Utusan Malaysia menyokongnya dengan mengeluarkan artikel berbentuk perkauman “Apa lagi Cina mahu”.

Akhbar milik Umno tersebut  ‘follow’ ucapan Najib dengan menambah ‘minyak atas bara yang mula menyala “ dengan  mengkritik dan menyalahkan masyarakat Cina ke atas prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya 2013 disamping menyerang DAP yang dikatakan menghasut masyarakat Tionghwa.

Selain itu, blogger pro-Umno Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris baru-baru ini juga ditahan pihak berkuasa kerana mengeluarkan artikel berbau perkauman ke atas masyarakat Cina dan beliau disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, tetapi telah dibebaskan semalam.
Apakah PM Najib dan utusan malaysia menganggap ucapan mereka diatas bagaikan sebuah political anecdote”..?

Tetapi rakyat Malaysia menanggapi hal diatas dengan penuh serius dan semangat ‘patriotik’ mereka membara dengan menyahut seruanLegasi Black 505
Sejarah akan mencatat bagaimana regim zalim Umno BN berkuasa di bumi Malaysia tercinta ini melakukan  pilihan raya ke-13/5May-2013 yang penuh dengan tipu daya.serta pengkhianatan terhadap agama, bangsa dan negara.  Kebangkitan rakyat menuntut pilihan raya umum yang bersih dari segala noda penipuan Umno BN.
-tidak pernah diperdulikan regim Umno/BN.



Foto-Foto dibawah adalah jawaban rakyat Malaysia

Black 505 Pekan Batu Kawan

Inilah jawaban rakyat pelbagai etnik/bangsa Malaysia.

Foto-Foto ehsan http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Pekan Batu Kawan Black 505

 Pekan Batu Kawan Black 505

  Pekan Batu Kawan Black 505

Pekan Batu Kawan Black 505

**********

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Tindakan mengapi-apikan isu perkauman adalah haram disisi agama Islam, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, ditengah-tengah kemelut kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bekas mufti Perlis tersebut berkata tindakan memainkan isu perkauman bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang mengajar ke arah keamanan dan kemakmuran.

“Haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya.

“Wajib kita mempamerkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia,” kata Asri dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Asri,masyarakat berbilang kaum dalam negara akan berpecah-belah dan menyebabkan situasi tidak harmoni sekiranya pemimpin politik negara terus menggunakan isu perkauman untuk kepentingan politik.

“Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.

“Ia hanya akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman,” katanya lagi.

Beliau juga berkata isu perkauman adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam yang mana ia tidak khusus kepada sesuatu kaum sahaja ataupun negara, berbeza di Malaysia dimana orang Melayu adalah secara tidak langsung ditafsir sebagai penganut agama Islam.

“Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. “Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama,” tambah tokoh agama tersebut lagi.

Ketentuan seseorang itu dilahirkan dalam bangsa tertentu bukan adalah pilihan individu tersebut tetapi adalah ditakdirkan oleh Allah, tegas Asri sambil menambah masyarakat di Malaysia sepatutnya memahami antara satu sama lain.

“Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah,” katanya lagi.

Asri kemudiaan memetik ayat Al-Quran yang menyebut, “Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.”
[ Adaptasi :]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s