Analisis Sekilas PRU-13 BN: "Umpan dimakan ,tapi tali pancing putus dilarikan ikan"


Sudah tiba masanya untuk menunjukkan kekecewaan.

Written and Editor by Wilhelmina

Thue;7Mei-2013 time: 11.00am.

Raih Pahala ,Bantu Sebarkan,!

Apabila tewas di Dun Bukit Katil, DS Mohd. Ali Rustam jelas sekali bersikap racis dan hipokrit tidak mahu menerima kekalahan .Dengan melemparkan segala dosa dan sikap non integrity semasa duduk di tahta Gobernor Melaka
Lalu dengan celuparnya menuduh Cina Melaka tak kena budi sebab tak undi penyandang Ketua Menteri Melaka itu.

Ungkapan beliau:

“Saya fikir, orang Cina langsung tidak mengambil kira jasa kita kepada mereka…takkan teruk sangat saya ni.

“Kalau dia (Cina) tendang kita, tendang seperti sampah,” kata Ali di Ayer Keroh semalam.
Ketua PKR Melaka, Samsul Iskandar Mohd. Akin mendapat majoriti undi 5,447 undi menewaskan Pengerusi BN negeri itu.


Bersih 2.0 dan Pemantau memberikan keputusan mereka berkenaan penipuan pilihanraya yang meluas dan amat ketara.

Apabila keputusan PRU-13 yang sangat mengejutkan kita ,dimana sokongan padu tanpa pamrih kepada Pakatan Rakyat oleh masyarakat Tionghwa diseluruh negara kerana menyahut tawaran PR yang ingin merubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik.

Kita sangat menghargai sokongan padu tersebut ,Walau ada suara2 sumbang dari kaum Ultra Melayu yang melihat kemenangan DAP dibeberapa kerusi yang ditandingi -Mereka menebar suara-suara racis yang tidak akan menguntungkan siapa2 bahkan puak Ultra Melayu

Penyebaran benih-bakteria  perpecahan kaum sedang ditabur oleh para Ultra Melayu racist  profesional ini, seperti dengan slogan “Tsunami Cina” atau “2-race systems”.

Majoriti pengundi Cina yang menyahut seruan PR ini.inginkan sebuah pemerintahan yang anti rasuah, mementingkan rakyat. mengurangkan kos sara hidup yang semakin mencekik leher rakyat..

Sementara pengundi melayu   tidak sekata. sesetengah tempat sokongan baik terutama dibandar-bandar yang celik maklumat ,Namun sesetengah tempat,terutama kawasan2 Felda dan perkampungan majoriti melayu ,hasil pengundian sangat  kurang baik.

Pengundi Melayu gagal membantu PR merubah Malaysia  . Bukan soal perkauman. . Jadi, pengundi Cina sudah melakukan yang terbaik untuk melihat perubahan di Malaysia
 

  Hanya MCA dengan komen “2-race system” dan UMNO dengan komen “Chinese Tsunami” sahaja yang cuba timbukan soal perkauman di benak pemikiran rakyat.Malaysia.

**********
http://1.bp.blogspot.com/-ZL5xBU8_evQ/UYdvjRHR4qI/AAAAAAAAiyg/hbr9kT-eiAI/s1600/poster+kemenangan+bn.jpg

BN berjaya memenangi semula Kedah,walau Pesuruhjaya PAS Kedah buat kenyataan ‘cover malu’ atas kekalahan tersebut ,tetapi penyokong tegar PAS dan akar umbi telah menyatakan pendirian ‘mereka’ melalui undi mereka.


Negeri Perak yang sangat diidam2kan PR tidak dapat dirampas dari BN -Alhamdulillah rakyat Selangor masih berdiri teguh dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat -walau lagu “Sayangi Selangor-Yakini BN’ ditayangkan ratusan kali di media TV-TV pro BN-seolah-olah stesyen TV tersebut dimiliki BN Selangor-Kerana kita tak dengar pula lagu ‘Sayangi Sarawak,Sabah ,Johor dan sebagainya

 Kelantan solid !,berkat sokongan padu anak-negeri yang sanggup ‘kelik kapo’ untuk mempertahankan Serambi Mekah dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz – Kelantan kini sudah melantik MB baru [ baca disini;]

Pulau Pinang tidak perlulah disebutkan lagi. Gerakan dan MCA punah di negeri itu. Umpan yang ditabur Mohd Najib  kepada orang Cina tidak mengena -” bagaikan umpan dimakan ,tapi tali pancing putus dilarikan ikan” Jelas sekali  warga Tionghwa menolak BN secara terang-terangan.


Najib terkejut beruk dengan keputusan itu dan menjanjikan perubahan kepada partinya Umno. Tetapi prestasi BN yang lebih buruk daripada 2008 menjadikan kedudukan beliau goyah.

  Seperti ungkapan racis DS Mohd. Ali Rustam yang kecewa kepada pengundi Cina .Najib pun tanpa sungkan menemplak masyarakat Tionghwa dengan ungkapan racis “Chinese Tsunami” 
Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan ‘Tsunami Cina” atau Cauvinisme kaum, tetapi Tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?
Walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi kekuatannya dalam semua DUN merosot. Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri.
Wallhumusta’an

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s