Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat " :Rehat, Bukan Berhenti."

Editor by Wilhelmina.

SUN: 6Mei-2013 time;11.pm
Raih pahala -Bantu sebarkan.!

Baru dapat jumpa ayahanda sejak semalam. Rehat pertama ayahanda selepas berpenat 23 tahun. Rehat, bukan berhenti.

Saya bawakan hidangan istimewa, ‘mahsyi’, merpati kukus yang diterbangkan khas dari Mesir oleh seorang pelajar al Azhar yang pulang ke tanah air semata-mata untuk mengundi pada PRU13.

Tahniah anak muda!

Kredit : Nik Abduh

**********

Kelantan Dapat Menteri Besar  Baru,

Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu.

Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan.

Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan.

Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan.


Hari ini juga Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai TMB Kelantan. Mungkin pemilihan Ahmad Yaacob sebagai MB tidak mengejutkan kerana senioritinya dalam parti, tetapi pemilihan dan perlantikan Mohd Amar sebagai TMB sedikit ganjil.

Perlantikan Mohd Amar itu tidak mengikut senioriti di dalam parti seperti amalan sebelum ini. Mohd Amar adalah Timbalan Pesuruhjaya III, di mana Ahmad Yaacob adalah timbalan pesuruhjaya I, manakala Husam Musa adalah Timbalan Pesuruhjaya II.

Dari segi kemunasabahan Husam sewajarnya dilantik menjadi TMB.

Berdasarkan hirearki ini mungkin perlantikan Mohd Amar itu sedikit mengejutkan. Gabungan Mohd Amar dan Ahmad Yaacob menampakkan PAS cuba meletakkan dua ulama di tonggak pentadbiran. Ahmad Yaacob adalah timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Malaysia.

Manakala Mohd Amar seorang Ustaz yang berkelulusan sekular. Beliau kelihatan Ustaz atau mirip Ulama kerana bapanya dikenali sebagai seorang Ustaz dan bekas pemimpin PAS Kelantan yang juga kawan kepada Nik Aziz.[sumber:]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s