Coretan Suka – Duka Era Reformasi Hingga PRU-13. "Kejayaan BN Kegagalan Najib"

[SIMPLE MAJORITI]


Written & Editor  by Wilhelmina.
Sun;6Mei-2013 time;7.00pm

Raih Pahala – Bantu Sebarkan.!

Ya Allah! Saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan..
Ya Allah! Saksikanlah bahawa kami telah berjuang menegakkan Sunnah Mu..
Ya Allah! Saksikanlah bahawa kami Ikhlas dan Redho atas segala taqdir ketetapan Mu ..

(Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah kerana unsur-unsur penipuan.

Ekoran itu,  Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui keputusan PRU13 awal pagi tadi.

*********


[i] Catitan Era Reformasi dan Era PRU 13.

Gelombang rakyat menuntut perubahan dan laungan reformasi yang bergema di era ’98 di Malaysia sangat mempengaruhi serta menggugah hati-jiwa raga anak2 muda untuk ikut berpartisipasi dalam wadah perjuangan bersama DS.Anwar Ibrahim.Tidak ketinggalan diri saya sendiri -Apatah lagi saat2 DS.Anwar Ibrahim dipenjarakan Mahathir – atas dasar fitnah-rekayasa politik BN.

Yang paling menggugah hati untuk ikut berjuang waktu itu adalah bagaimana Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Nurul Izzah Anwar berjuang membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia atas kezaliman Mahathir/BN terhadap DS Anwar Ibrahim dan sahabat2 seperjuangannya hingga meringkuk di penjara-bagaikan perjuangan rakyat Mesir dan sahabat2 serta keluarga Assyahid Syeikh Hasan alBana yang dipenjarakan rejim diktator Mesir waktu itu.

Apabila dunia internet merentasi masa selepas era reformasi .Saya pun ikut terjebak dipangkuannya.Maka dunia penulisan yang sebelum ini hanya sebagai hobby sampingan  kini saya terjuni secara ‘full-time.
Disini perlu ada komitmen dan fundamen yang kokoh untuk terjun didunia penulisan seterusnya dunia blogger politik-Maka saya memilih wadah perjuangan Islam yang diperjuangkan parti PAS – ‘entah pengaruh lingkungan atau komitmen waktu itu yang memerlukan fundamen asas penulisan Islamik’ -waima saya sangat menyanjungi perjuangan DS Anwar Ibrahim di era awalnya.

Setelah berkecimpung dalam parti PAS baik usrah dan dakwahnya selang beberapa tahun – Ada satu perasaan ‘ganjil mungkin aneh’ menyelinap pada diri pribadi saya – Yaitu rasa tidak suka atau kurang menyenangi watak dan ketokohan dua sosok PAS ini yaitu Nasaruddin Mat Isa dan Ustaz Azizan sehingga beliau dilantik jadi MB Kedah.

Namun sebagai seorang Muslim dan ditambah ada pegangan  kesufian Tarikat saya bersikap ‘husnuzon’ berprasangka baik kepada sesama insan apalagi seorang muslim-Akhirnya Allah SWT membuka hijab prasangka prejudis saya pada mulanya dengan tersingkirnya Nasarudin Mat Isa dari persada parti PAS.

Dan kini pula Ustas Azizan -walau ketika beliau jadi MB Kedah -saya tidak pernah menulis tentang kelemahan dan apa2 saja cerita2 tentang beliau didunia penulisan.-Begitu juga tentang Nasarudin Mat Isa walau  kedok politik munafik beliau sangat saya benci.

Namun kata-kata Ustaz Azizan semasa ditampuk kekuasaan,sangat memperanjatkan saya  Siapapun takut  nak tegur Azizan.

Orang Pas amat maklum  semua ini.

“Hampa gheti ka perintah? Aku perintah ikut cara Muawiyah…” Itu antara ucapan angkuh Azizan apabila ditegur.

Jauh berbeza dengan ketokohan Azizan dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sangat muhasabah  dan merendah diri ditampuk kekuasaan.
*******


[ii]  Catitan  PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.

[essei- adaptasi]

Kejayaan buat BN namun kegagalan buat Dato Seri Najib. Walaupun BN berjaya menubuhkan kerajaan tetapi BN masih gagal memperolehi 2/3. Lebih malang lagi BN juga masih gagal untuk menawan kembali Selangor walaupun UMNO Selangor di pengerusikan sendiri oleh Dato Seri Najib.

Dengan Plan Transformasi Negara, Model Ekonomi Baru, pelbagai macam bantuan terutamanya kepada kaum Cina dan juga dengan ‘ Win-able Candidates ‘nya, beliau masih gagal untuk meraih keputusan 2/3 buat BN. Kemenangan yang memalukan buat BN. Lebih memalukan dari keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.


Mana perginya ‘Win-able Candidates’? What’s wrong with them? Why they couldn’t win a 2/3 majority?

Tun Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal meraih 2/3 pada 2008 -walau secara logika politik kejatuhan beliau adalah akibat tangan2 kotor Mahathir-bagaimana pula dengan Dato Seri Najib ? Sanggup kah beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya? Sememangnya Muhyiddin punya ambisi besar atas jawatan tersebut.

Kesimpulannya, keputusan PRU 13 membawa mesej besar bahawa Dato Seri Najib bukanlah ‘ Win-able Candidate ‘. Beliau di tolak di Selangor dan beliau juga di tolak oleh Malaysia. Sudah terbukti beliau sebenarnya tidak setanding Tun Abdullah apalagi dengan Dato Seri Anwar.Ibrahim

PRU 13 membuktikan bahawa secara politik Dato Seri Anwar Ibrahim di terima oleh rakyat Malaysia. Dan dari segi undang-undang pula beliau sudah bebas dari sebarang tuduhan liwat .Sejarah akan menulis bahawa UMNO telah menzalimi Dato Seri Anwar Ibrahim dan sejarah juga akan menulis bahawa UMNO juga tidak menghormati undang-undang.

http://1.bp.blogspot.com/-ZL5xBU8_evQ/UYdvjRHR4qI/AAAAAAAAiyg/hbr9kT-eiAI/s1600/poster+kemenangan+bn.jpg

Tun Mahathir Mohamad satu nama besar dalam arena politik Malaysia. Seorang legenda moden. Setiap tutur kata ‘kotor -provokasinya dan tindakan ‘adu-domba nya mampu memberikan impak dan mempengaruhi suasana politik di Malaysia.

PRU 13 menyaksikan beliau turun berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan BN. Bersandarkan ‘political hierarchy  beliau, anaknya Datuk Mukhriz berjaya merampas kembali Kedah dari tangan PAS.

Persoalan besar di sini, bagaimana agaknya prestasi BN tanpa kehadiran beliau pada PRU 13 ini?

Dan…apa akan jadi kepada UMNO dan BN bila beliau sudah tidak ada nanti?

Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah sampai kepenghujung hayat. Kini hanya tinggal sisa-sisa hayat. Yang ada hanya tinggal harapan dan keinginan untuk bertahan. Sisa-sisa hayat yang ada akan di jadikan kesempatan untuk mengenang sejarah lalu buat ikhtibar anak-anak dan cucu-cucu.kita.
Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah kehabisan waktu. Saat mereka untuk berada dalam lipatan sejarah sudah semakin hampir.

Inilah perubahan sebenar yang di perlukan oleh orang-orang Melayu/Muslim demi ‘ survival ‘ bahkan rakyat Malaysia amnya menuju Malaysia Baru -tanpa politik ‘fitnah-pornoghrapi-adu domba sentimen kaum yang dijadikan modal politik BN semasa kempen PRU 13 berlalu -belum lagi kempen2 kotor guna pendatang asing untuk mengundi atau sogokan uang ringgit serta lain2 komoditi kepada pengundi melayu dan india khususnya.

  Rakyat Malaysdia tidak perlukan  ‘ Transformer ‘ untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah seorang  ‘pemimpin’ . Seorang pemimpin yang akan memperkokohkan  urusan agama mereka. Memberikan interpretasi yang baru dalam melaksanakan Islam. Mengangkat Islam ‘ to next level ‘. Daripada menjadi satu cara hidup kepada menjadi satu sistem dalam kehidupan. Sistem kehidupan yang bukan sahaja dapat di nikmati oleh orang Islam bahkan juga oleh orang bukan Islam.

Hanya Islam yang mampu mengangkat darjat dan mertabat Melayu.dan rakyat Malaysia amnya Tetapi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW bukan Islam ala UMNO  !Islam jalan yang lurus. Jalan yang di redhai Allah SWT. Jalan yang di janjikan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s