Coretan Suka – Duka menjelang Pesta Demokrasi 5-Mei -2013

Bas chaterd yg membawa pengundi hantu di hotel Terengganu

Written by Wilhelmina.
Wed;1Mei-2013.


Raih Pahala -Bantu Sebarkan.!

I] Hari ini [1Mei] saya menghadiri taklimat akhir bagi petugas2 PACA-BA bagi Parlimen Gombak/Ampang di Hotel D’Palma Ampang Kuala Lumpur.Banyak input-info yang sangat berguna bagi petugas tsb-Majlis yang dihadiri YB Azmin Ali-Parlimen Gombak-YB Amirudin Shaari-Dun BatuCaves.YB Shaari Sungib


Azmin Ali dalam ucapannya kepada petugas2 PACA-BA yang hadir lebih 500 orang peserta – memberi semangat  agar jiwa tegar dan kental berjuang untuk menjaga pesta demokrasi PRU-13/5Mei berjalan dengan telus dan bersih.

Seyugyanya Pakatan Rakyat  bukan setakat bertanding melawan BN -malah sekaligus membanteras segala tipu-helah baruah2 BN seperti SPR yang terbukti ” lancung” non etika dalam tugas2 mereka.
Juga telah terbukti kerja SPR yang tidak amanah dipos2 mengundi awal -30April dimana dakwat yang digunakan boleh luntur dalam hanya beberapa jam sahaja.

.
Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim kena liwat

Sosok manusia yang tiada akauntibilti dan moral


2] Berita dari orang munafik

 Sekembali kerumah terus buka komputer…Alahai ada berita konyol yang sedari dulu memang tak ku layan langsung….

Azlan Mohd Lazim dah kena liwat minda. Kepala otak dia dah berserabut disaat usia tuanya Na’uzubillahminzalik.

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya tanpa segan silu penuh kemunafikannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.
Lantaklah hai manusia konyol nak bertukar sumpah pengakuan beribu kalipun ..Rakyat Malaysia dah tak peduli..Kami akan ke Putra Jaya besama Datuk Seri Anwar Ibrahim..InsyaAllah.
!

Peringatan dari Allah SWT tentang sikap munafik  Azlan Mohd Lazim


Qadzaf Dan Hukumannya

Qadzaf bermaksud melemparkan tuduhan. Menuduh wanita-wanita yang suci dan terjaga (kehormatannya) dan lelaki – lelaki terhormat adalah tergolong perbuatan yang haram, kecuali orang yang menuduh itu membawa bukti-bukti. Sekiranya orang yang menuduh (qadzif) itu tidak dapat mendatangkan empat orang saksi, maka di sisi Allah, merekalah orang yang berdusta. Bukan sekadar itu, malah mereka wajib dikenakan hukuman (hudud).

Haramnya qadzaf adalah berdasarkan Al-Quran dan juga As-Sunnah. Allah SWT berfirman,

“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik, kecuali mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya). Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Terj:AlQuran -surah an-Nur (24):4-5].

Walaupun ayat ini menyebut tentang tuduhan terhadap perempuan, namun qadzaf juga adalah termasuk tuduhan zina yang dilontarkan kepada kaum lelaki [Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir].

Firman Allah,

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang berdusta” [Terj:AlQuran -Nur (24):13].

FirmanNya yang lain,

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik, yang tidak pernah terlintas lagi beriman (berbuat zina), mereka dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab seksa yang besar”
[Terj:AlQuran surah an-Nur (24):23]. 

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, baginda bersabda,

“Jauhilah tujuh jenis keburukan’. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah ia?’ Rasulullah menjawab, ‘Syirik kepada Allah, Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, Memakan riba, Memakan harta anak yatim, Lari dari peperangan dan Menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina)”.

Berdasarkan nas yang jelas yang disebutkan di atas, barangsiapa yang melakukan qadzaf dan tidak mendatangkan bukti, maka dia akan disebat sebanyak 80 kali. Syaratnya adalah si penuduh itu telah mukallaf dan melakukan qadzaf atas pilihan dan kesedarannya sendiri [Abdul Rahman al-Maliki, Nidzamul Uqubat]-[ADAPTASI]
*************
3] Rombongan Pengundi Zombie Telah Bermula

 Namun yang paling menarik perhatian saya dari blog seorang kawan.(Adaptasi) tentang adanya rombongan pengundi hantu akan tiba dibeberapa negeri khusus yang diperintah Pakatan rakyat.

Pagi ini admin digemparkan dengan sebuah berita mengenai Pengundi Hantu zombie yang telah pun tiba di Terengganu PAGI tadi sekitar Jam 6.30 pagi di sebuah hotel terkemuka di Terengganu.(Foto diatas)

Saksi cuba untuk masuk ke dalam hotel untuk bertanyakan kepada penumpang bas mengenai tujuan mereka datang ke Terengganu, namun gagal kerana mereka dikawal ketat oleh pihak polis. Yang lebih mencurigakan semua yang hadir itu adalah orang tua2. UMNO sudah makin pandai bermain helah dengan rakyat.

*akan diberitahu kelak apabila mendapat maklumat lanjut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s