Pakatan Rakyat Perlu [5] Kerusi Parlimen Untuk Bertahta Di Putrajaya


Editor by Wilhelmina
Sun-28April 2013

Pakatan Rakyat mampu tambah 5 kerusi lagi berbanding pilihan raya 12- sekaligus mengambil alih Putrajaya sempena PRU13, kata Datuk Husam Musa.

Bicara Cinta Nik Aziz
“Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis,” katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf [15April-2013]


“Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka…tetapi kita baru dapat maklumat dari ‘sebelah sana’, kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini,” kata calon Pas bagi Parlimen Putrajaya semalam.

Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) turut hadir dalam ceramah yang dihadiri lebih 5,000 warga setempat.

Husam, Naib Presiden Pas yang juga calon Dun Salor -Kelantan berkata rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin Umno dalam usaha mereka melahirkan sokongan kepada PR pada PRU kali ini.
Katanya lagi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sama ada mengekalkan atau menjatuhkannya.

“…Tengku Adnan lagi takut pada kita (rakyat), sebab kita ramai.
“Kuasa ada pada kita, kita akan jatuhkannya pada 5 Mei nanti, kenapa nak takut?,” kata Husam yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Husam turut menekankan mengenai manifesto PR termasuk isu tol, minyak dan sebagainya.
Husam juga mengulangi janjinya kepada warga Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut jika diberi mandat pada PRU13.[SUMBER:]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s