Mahathir & Sons – Najib-Rosmah " Political Hierarchy Dibayangi Dosa-Dosa "[Winnable Candidate UMNO sebenarnya adalah CRONI Candidate atau Withcable Candidate yang akan menghancurkan Umno/BN akhirnya-InsyaAllah.][ Part-4 ]


Kuala Lumpur 21 April – 3.00am.

Editor by Wilhelmina.

Raih Pahala , Bantu Sebarkan!

Aku setuju dengan Datuk Kamilia…
“Wanita tak da nilai dalam Umno”Terpaksa naik lori pengangkut haiwan demi prinsip.
Bahkan mereka sering dilayan seperti haiwan ternakan.

 Sesungguhnya sejak  di dunia lagi nasib para penguasa zalim berakhir dengan tragik, apatah lagi di akhirat kelak. Ini dapat kita fahami berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkenaan amanat sebagai orang yang memegang jawatan dalam kekuasaan dan pemerintahan. Ketika Abu Dzar RA meminta jawatan kepada Baginda,

Baginda SAW bersabda:

“Sesungguhnya jawatan (kekuasaan) itu adalah amanah, dan kekuasaan itu kelak pada hari kiamat akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan. Kecuali bagi yang mendapatkannya secara benar dan menunaikan kewajipannya dengan  sebaik-baiknya”.

Betapa berat dan pentingnya amanah ini perlu dipikul oleh para penguasa  ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak untuk menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia agar kamu menetapkan secara adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. [Terj;AlQuran- surah an-Nisa’ (4): 58]

Berkaitan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir di dalam tafsirnya memetik hadis yang diriwayatkan daripada Hasan daripada Samurah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepadamu, dan janganlah engkau mengkhianati orang yang mengkhianatimu.”
(HR Ahmad dan Ahlu Sunan)[1]

Dengan kuasa Allah SWT.. kini terbukti apa yg dinamakan oleh Najib.. Winnable Candidate UMNO sebenarnya adalah CRONI Candidate – Withcable Candidate menghancurkan Umno/BN akhirnya-InsyaAllah.



UMNO dilihat menggunakan isu perkauman bagi mendapat sokongan kaum Melayu. Malah UMNO memberikan ruang kepada calon-calon RACIST untuk bertanding bagi mewakili BN, terutamanya daripada Perkasa.


Siapa Croni Kandidate tersebut adalah Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin -senjata kedua-dua pengkhianat ini ternyata lebih ampuh untuk membodek Najib dibanding Datuk Kamilia Ibrahim yang ditendang begitu saja ,akibat pengaruh Sharizat Jalil yang tidak menyenangi Timbalannya Datuk Kamilia Ibrahim.

http://3.bp.blogspot.com/-eTYOIkR8Su4/UWzwbzzwe0I/AAAAAAAAhnM/Ku28H4TbYr4/s1600/rozaidah.jpg

Dr Rodziah Talib

BEKAS AHLI PARLIMEN YANG ADA MASALAH MORAL SEBAGAI CALON “WINNABLE” DI PARLIMEN  AMPANG!
[Photo by http://omakkau.blogspot.com/%5D

http://4.bp.blogspot.com/-tnOuMMfQryk/UWzwjF1xWKI/AAAAAAAAhnU/Rg8zDN5sErI/s1600/Capture+rozaidah+kena+cerai.PNG

http://3.bp.blogspot.com/-SdtOV6lMcTA/UWzwr3AjAFI/AAAAAAAAhnc/7EpEs7q6tiM/s1600/Capture+rozaidah+paling+kerap+keluar+negara.PNG

http://3.bp.blogspot.com/-raAgXGA5f9g/UW0ciU_GqjI/AAAAAAAAhno/i8EMKCirtmQ/s1600/fb+calon+gombak.jpg
Scandal Lembu Gate-NFC.


Datuk Kamilia Ibrahim juga sedang membakar dirinya.

Penentangan Datuk Kamilia Ibrahim terhadap bos nya Sahrizat Jalil adalah bermula dari isu moral Skandal Lembu Gate -selepas episod Lembu Gate terbongkar Datuk Kamilia Ibrahim jarang muncul bersama bosnya disetiap event Wanita Umno Malaysia

 Kamilia Ibrahim l kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau memang wajar  melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO dan dirinya  akhirnya memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai tanda protes dirinya terhadap Najib.

 Kamilia bukan saja mengumumkan beliau keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tentunya menjadikan beliau seorang wanita yang bermoral dalam berparti.Bukan sepert Sahrizat Jalil yang telah terpalit dengan dosa2 pecah amanah Lembu gate ttetapi masih tak ada rasa malu untuk masih tampil dikhalayak ramai.

Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian, lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang dan mempersenda UMNO.

Sebelum ini, Zulkifli Nordin yang melompat daripada PKR, diberi penghormatan oleh Najib bertanding atas tiket BN di Shah Alam kerana beliau dianggap rakan mesra kepada BN. Pemilihan beliau, walaupun tidak berapa mengejutkan melihat kepada tindakannya yang kerap membodek dan mengampu Najib serta aktif menyerang Anwar Ibrahim sejak keluar PKR, turut juga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti protes dan tutup bilik gerakan di Shah Alam yang ditandinginya itu.

Tetapi oleh kerana Najib begitu menyanjung dan menghargainya, malah Muhyiddin pula menyifatkan Zul Nordin sebagai calon yang “winnable”, segala protes itu dibiarkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja. Zul kekal bertakhta di hati Najib walaupun rekod lamanya menyerang dan mencerca UMNO begitu dahsyat sekali, termasuk tindakannya mengubahsuai lagu UMNO untuk mempersenda UMNO dan Mahathir.

Ramai ahli UMNO marah dan menganggap tindakan Zul Nordin mempersenda lagu UMNO itu dulu satu  perbuatan yang yang biadap dan kurang ajar, malangnya disisi Najib beliau tetap dianggap mulia. Berbanding dengan Kamilia yang mencurahkan khidmat dan pengorbanan sejak puluhan tahun lalu dengan penuh setia dan jujur bersama UMNO, beliau tidak dianggap mulia dihati Najib berbanding Zul Nordin.

Begitu juga dengan Ibrahim Ali yang bertanding Bebas di Pasir Mas. Semua orang tahu rekod dan kelakuannya selama ini. Beliau telah melompat beberapa kali dan tindakannya keluar masuk UMNO umpama pergi ke tandas saja. Ketika di luar UMNO pula, serangan dan hentamannya terhadap UMNO bukan kepalang lagi. Bukan saja UMNO, semua pemimpin UMNO juga diserang dan dicaci-makinya.

Ibrahim walaupun tidak dipilih bertanding menggunakan tiket BN tetapi tindakan calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa yang tidak mengemukakan borang penamaan calon untuk memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Pas, jelas membuktikan calon BN itu memang diarahkan berbuat demikian.

Sejak seminggu lalu bila Ibrahim tidak dinamakan sebagai calon BN, sudah bertebaran SMS dan khabar angin yang mengatakan akan berlaku wayang kulit di Pasir Mas pada hari penamaan calon nanti iaitu dengan sebab-sebab tertentu calon BN dikatakan akan hilang kelayakan bertanding dan akhirnya Ibrahim akan menjadi calon Bebas yang disokong oleh BN. Alasannya wayang kulit sedemikian terpaksa direka kerana kononnya Najib tidak mahu dilihat BN dikaitkan secara langsung dengan Ibrahim yang juga merupakan Presiden Perkasa demi menjaga hati pengundi Cina di seluruh negara.

Dengan terbukti wayang kulit itu menjadi kenyataan dan kekecewaan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN hanyalah sandiwara saja, sekali lagi disisi Najib, watak seperti Ibrahim ini lebih bernilai dan menyentuh hatinya berbanding kesetiaan Datuk Kamilia terhadap UMNO selama ini.

Walaupun UMNO Kelantan dilaporkan kecewa dengan tindakan Johan Che Pa itu tetapi jika tiada arahan daripada Najib, mustahil beliau berani berbuat demikian. Tidak syak lagi Najib memberi arahan kepada Johan supaya jangan menyerahkan borang pencalonan demi untuk memberi laluan karpet merah kepada Ibrahim Ali.

Di mata kasar, tindakan Kamilia bertanding Bebas tidak menguntungkan dirinya. Meskipun sudah mengumumkan keluar UMNO, beliau pasti akan dipecat sekali lagi, selain kehilangan ramai kawan-kawan dan jika ada kontrak atau perniagaan dengan kerajaan, ia juga mungkin terjejas.

Untuk menang sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar juga tampak sukar tetapi dengan rekod 2008 di mana BN hanya menang dengan 1400 undi, perjuangan calon BN di kawasan itu menjadi lebih sukar lagi. Dengan penyertaan Kamilia sebagai calon Bebas, BN hampir pasti akan kehilangan kerusi Kuala Kangsar itu pada kali ini.

Namun sisi yang lain, tindakannya Datuk Kamilia ini memberi mesej yang jelas kepada pengundi, bukan saja di Kuala Kangsar tetapi juga di seluruh Malaysia tentang “ hodohnya wajah UMNO dan tidak beretikanya Najib dalam mengemudi UMNO dan BN. Kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin dan parti tidak akan mampu mengatasi kehebatan membodek, mengampu dan mencium tangan pemimpin Mesej ini jika mudah difahami akan memberi kesan penolakan yang besar kepada BN dalam pilihanraya kali ini.[2]

Kamilia mungkin pemimpin kerdil dan tidak ternama tetapi beliau salah tapak untuk berjuang demi moral dan integriri -Umno/BN bukanlah wadah perjuangan beliau yang sepatutnya – Sewajarnya beliau menceburi dunia politik yang hakiki bersama Parti Pas atau Parti Keadilan Rakyat.

Sejarah tercatat di Tunisia telah membuktikan bahawa punca utama yang merangsang kebangkitan rakyatnya sehingga kerajaan Ben Ali tumbang ialah bila seorang penjual buah-buahan yang terasa dianiaya oleh kerajaan telah membakar dirinya sebagai tanda protes. Kematian pemuda yang tidak dikenali itulah akhirnya yang menyebabkan rakyat bangkit dan menolak kerajaan Ben Ali.

Datuk Kamilia Ibrahim juga sedang membakar dirinya sekarang, dan marilah kita tunggu perkembangan beliau serta  penentuan nasibnya  di arena politik tanah air pada 5 Mei ini, .


https://helmysyamza.files.wordpress.com/2013/04/268f7-drrahmanismail.jpg

BEKAS AHLI PARLIMEN YANG ADA MASALAH MORAL SEBAGAI CALON “WINNABLE” DI PARLIMEN GOMBAK !


SUMBER ;

[1] Referensi .

[2] Adaptasi .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s