Serangan FITNAH dari Blogger Pelacur Bayaran Pro Umno Terhadap Rafizi Ramli.




Image di atas  adalah print screen dari sebuah Blog Pro UMNO yang mana pemiliknya pernah dipenjarakan kerana ‘nyekek’ rasuah sebanyak RM400(baca;empat ratus hinggit sahaja)

Kuala Lumpur 12April-2013-2.10am
Editor by Wilhelmina

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Kelang dikalahkan secara apapun dalam pilihan raya umum ke-13.

“Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

“Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina,” katanya.
Perkara ini telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perjumpaan tertutup antara beliau dan AJK Cabang Permatang Pauh baru-baru ini.-
Dan sewaktu Ceramah Jelajah Merdeka di Padang Gerai MPS Kampung Melayu Wira Damai -BatuCaves Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah nama Yb Azmin Ali sebagai target tambahan yang akan diserang habis2an oleh Umno atas arahan Najib.

Wahai blogger pro Umno kerja fitnah kalian ibarat kerja pelacur-Sadarlah!

Dan ianya semakin jelas dan terbukti kata2 amaran dari Datuk Seri Anwar Ibrahim bilamana hari ini Rafizi Ramli   menjadi sasaran serangan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO.

Kononnya menurut mereka Rafizi Ramli telah dipecat dari Petronas kerana didapati membuat tuntutan palsu dan beliau bukannya meletakkan jawatan.

Image di atas pula adalah print screen dari sebuah Blog Pro UMNO yang mana pemiliknya pernah dipenjarakan kerana mentekedarah rasuah sebanyak RM400.

Oleh kerana beliau telah disahkan bangkrap moralnya maka beliau cuba mengaitkan Rafizi Ramli dengan masaalah moral..

Benarkah dakwaan blogger2 pelacur bayaran UMNO itu atau sekadar satu lagi modal fitnah?


Berikut adalah penjelasan dari Rafizi Ramli. yang dipaparkan di blog beliau http://rafiziramli.com:

Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.

Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.

Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, men
yertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS.

Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah.

Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai.

Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi.

Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir.

Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap.

Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami am
bil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai.

Apabila Dato’ Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN.

Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN.

Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS.

Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan.

Untuk mengetahui samada beliau dipujuk supaya tidak meneruskan niatnya untuk meletak jawatan atau tidak  silalah baca di ( SINI )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s