SENARAI CALON UMNO Yang TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN.

Eleehh..Tun..bagi jer minum arak mana2 calon Umno yg merajuk tak terpilih tu.!

Pembodek2 sedang tunggu nak cium berkat tangan Najib.

Kuala Lumpur 12 April-2013 12.30am.
Written by Wilhelmina.

Penangguhan pengumumuman calon Umno dan BN oleh mantan PM Najib  pada hari ini adalah disebabkan beberapa faktor yang muncul tanpa diduga
.Pertama –  Kerana Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihanraya umum kali ini.-
Kenyataan Chua datang di tengah-tengah rungutan ahli-ahli MCA terhadap usaha Umno untuk mengambil kebanyakan kerusi MCA di Johor, setelah meramalkan MCA bakal terkubur di dalam PRU13.


Chua juga mengumumkan hari ini, kerusi MCA di Kuantan diberi pinjam kepada Umno untuk pilihan raya ini kerana Umno mendakwa mereka boleh menang berbanding MCA.


Kuantan adalah kerusi tradisi MCA sejak dahulu. Anggota Parlimen Kuantan sebelum ini adalah bekas timbalan presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek-.
Jadi kini pertikaian besar antara MCA dan Umno adalah  kerusi  Gelang Patah, Tebrau, Wangsa Maju dan Kuantan.


https://helmysyamza.files.wordpress.com/2013/02/8df50-dosaumno1.png

Kedua – Menurut beberapa penganalisis politik semasa .kerana adanya pemimpin yang merajuk kerana digugurkan,  dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib
Harakahdaily sempat menghubungi sumber Umno untuk mendapatkan komen perkembangan terbaru ini.

“Semalam kan saya dah kata, strategi Tingkat 2 B4 ini memang tak boleh pakai. Presiden parti kedua terbesar BN tak bertanding – ini bagi isyarat apa pada rakyat?

“Rakyat akan lihat BN ini dah gelabah. Selepas berita lawan kerusi semalam, MCA sekarang tengah bergaduh kuat dengan Umno.

“Apakah Chua buat sedemikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar kata-katanya untuk tidak melantik Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon?

“Kamu tunggu sahaja. Najib kan semalam dah umum calon BN belum selesai,” katanya dengan seloroh.
.

Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori yaitu:

a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik

b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan

c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua

Mendahului senarai adalah BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti BEKAS ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas.

Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:

1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:

1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)
2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)

KEKAL TIADA DALAM SENARAI:

1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM)
2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA)
3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar)
4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)

Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:

1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)

Setakat maklumat ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari ibu pejabat Umno bagaimanapun senarai ini belum muktamad kerana Najib Altantuya masih belum berpuas hati dengan senarai terbaru yang ditapis hari ini.

Besar kemungkinan lebih banyak BEKAS penyandang yang bakal gugur akan memprotes keputusan Najib  yang menyebabkan dia kini dalam dilema.

(Daftar senarai nama2 calon diadaptasi dari blog JalanPulang)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s