From JOLO To North Borneo Sabah -" With Love & Peace " [Part-1]- OPS DAULAT Vs OPS ADA ULAT?

Oleh : MUTALIB M.D – Wartawan Senior Sabahan,

Editor by Wilhelmina.

OPS DAULAT Vs OPS ADA ULAT?

PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah ‘Tip Of Iceberg‘ dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret ‘Musang Berbulu Ayam dalam PDRM’ yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.



Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

Penangkapan seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah ‘Berita Di Sebalik Cerita’ sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.
Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timoer) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.
Benjamin adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.
Penglibatan Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat  berkomplot dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya ‘Warganegara Penyu’ (Pemilik IC Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.
Penangkapan Hassan dan beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan masalah penyelewengan dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi menyiasat ‘Sikitul’ yang bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian seragam; demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.
Kampung Tanduo adalah ‘Zon Gelap’ seperti Pulau Languyan di Filipina kerana majoriti PATI mendarat di Tanduo dan Syurga bagi penyeludup barang bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula, minyak diesel, baja dan barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.
Sebelum ‘Pengganas Sulu’ mendarat di Tanduo atas jemputan ‘Komander Mat Bom’, penduduk sudah lama melaporkan kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan kemasukan senjata api kepada Ketua Kampung di sekitarnya, termasuk Yang Berhormat; tetapi semuanya ‘bagai ayam Jantan kehilangan telur’ tidak berani bertindak kerana tidak mahu menanggung risiko diculik atau dibunuh pengganas.



Dua Sahabat yang punya ‘mimpi ‘ lain2

‘Sikap Tidak apa’ dan bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi Tanduo yang indah disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah dalam pertempuran yang boleh dihindarkan jika pasukan keselamatan mendengar rayuan penduduk kampung membentengi mereka daripada Pengganas yang terkepung.
Namun PDRM belum sedar bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat dengan penyeludupan manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak kerja atau ‘merampas’ ladang kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan yang telah dikeluarkan daripada Felda Sahabat secara bersindiket.
Ramai pegawai kanan polis, termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen atau bersara sukarela yang melakukan kegiatan berkenaan secara terang atau bersembunyi di sebalik nama isteri dan sanak saudara; demi untuk memperkayakan diri dengan menghalalkan cara, termasuk menggaji PATI yang ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan Felda untuk menjual buah kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi dikeluarkan setelah pengukuran semula.
Kegiatan pengganas di Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Labian, Lok Buani dan sebagainya telah lama berlaku tetapi disembunyikan pegawai polis yang rasuah dan mencari makan sehinggalah menyembunyikan kematian dua anggota RELA di Lok Buani sekitar 1996-1997 dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan nasional.
Penglibatan Ahmad Malandi @ Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan pencerobohan oleh 76 pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum mereka menggaji lebih daripada 200 WargaPenyu yang memiliki MyKad Malaysia melalui ‘IC Projek Mahathir’.
Wargapenyu ini telah direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600 USD (mengikut pangkat) sebulan sebagai ‘Pengawal Keselamatan’ beruniform untuk menjaga tanah Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka dijenamakan semula sebagai ‘Tentera DiRaja Sulu’ yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan ‘kedaulatan’ Sabah oleh Sultan Palsu, ‘Setan Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim.
Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada kesilapan kerana Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal (berdasarkan risikan dan maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis) bahawa pengganas sudah memasuki Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas di Tanjung Batu; juga diremehkan PDRM.

Bezanya ‘Panglima perang’ di zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan hadapan dan bukannya duduk bersantai di resort ketika perwira negara bertarung nyawa. Paling menjengkelkan ada pegawai kanan kerajaan mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak berkuasa dan 20 keluarga ‘penduduk tempatan’ yang tinggal di situ akan ditempatkan di kawasan baru; akan dijadikan ‘Pusat Pelancongan’ adalah kenyataan yang paling tidak bermaruah.

Kampung Tanduo adalah salah satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah dirampas FELDA kerana termasuk dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan 245,000 ekar tanah adat kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya membatalkan lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran dan geran draf.

Namun malangnya FELDA mungkir janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai ‘Lombong Emas’ dan menjadi zon menternak PATI dan menyuburkan kegiatan keganasan. Ikuti episod akan datang ‘FELDA Lindungi Pengganas?’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s