Sesungguhnya Najib Lupa Terhadap Dosa-Dosa nya?

(Foto ; Ehsan dr Blog OmakKau)

-Dua foto ini memberi ‘makna ‘ tersendiri –

( Datuk Seri.Anwar Ibrahim )

Raih Pahala , Sebarkan !

By Wilhelmina 

Najib kini dilihat semakin pandai berbicara tentang dosa besar. Mungkin disebabkan ingin menagih simpati umat Islam di Kelantan secara khususnya,  dan Malaysia secara amnya, maka dia terpaksa menggunakan kalimah-kalimah yang bernuansa Islam seperti kalimah dosa bagi menyerang musuh politiknya iaitu PAS.  Ketika bahang PRU-13 semakin terasa dan keadaan yang semakin terdesak, Najib nampaknya terpaksa menggunakan apa sahaja peluru yang ada untuk menyerang lawannya tanpa menyedari bahawa pelurunya itu akan memakan tuannya sendiri.

Apakah Najib tidak sedar ataupun sengaja buat-buat tidak sedar dengan dosanya selama hampir 4 tahun memegang jawatan sebagai orang nombor satu di Malaysia selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pak Lah, dia masih menjadi penyambung mata rantai sebagai pemimpin yang terus menerus membuang dan membakul sampahkan perintah dan larangan Allah SWT serta Rasulullah SAW.

 Walhal, keterikatan kepada hukum syarak adalah kekuatan utama umat Islam sejak dahulu sehinggalah ke hari kiamat. Tetapi tatkala umat Islam melepaskan diri mereka daripada hukum syarak, maka sejak itulah penghinaan demi penghinaan terus menyelubungi hidup umat Islam.

 Ketika mana Allah SWT memerintahkan untuk berhukum dengan hukumNya, Najib pula masih terus mempertahankan dan berhukum dengan Perlembagaan Persekutuan yang dihadiahkan oleh penjajah kafir Lord Reid. Siapakah Tuhan yang wajib ditaati sebagai seorang Muslim, adakah Lord Reid atau Allah SWT? Tidak pernahkah Najib mendengar ancaman firman Allah SWT yang mengatakan bahawa :


..barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik
[Rujuk TMQ Surah al-Maaidah (5): 44,45 & 47]. 


Firman Allah SWT lagi, 

“Dan hendaklah engkau berhukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. Dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah  mahu menimpakan musibah terhadap mereka disebabkan sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia itu adalah orang-orang yang fasik”.  [TMQ al-Maaidah (5): 49].


Ketahuilah, bahawa kemungkaran yang paling besar bagi seseorang Muslim, termasuklah para pemimpin, adalah apabila ia tidak menerapkan sistem dan hukum-hakam Islam dalam seluruh perkara sama ada individu, masyarakat dan negara.'”Kuasa untuk menerapkan Islam dalam konteks bermasyarakat mahupun bernegara berada sepenuhnya dalam tangan seorang pemimpin negara seperti Najib ” Perkara ini perlu diinsafi dan diubah secepat mungkin sebelum terlambat.
( Adaptasi dari web-mykhilafah )

*************

Selepas umum 7 dosa, ribut pun datang


TANAH MERAH: 20-Mac 2013

 Tidak lama sejurus Datuk Seri Najib Razak merasmikan Majlis Bekwoh Bersama PM di sini Jumaat lalu, tiba-tiba datang ribut kuat menumbangkan enam khemah.


(Seorang peserta perhimpunan bersama PM cedera selepas khemah roboh akibat terkena ribut)


Ekoran itu 10 penduduk yang hadir di majlis berkenaan cedera ringan dan beberapa orang lagi agak parah sehingga terpaksa diusung ke hospital.
“Sebaik sahaja selesai Perdana Menteri berucap merasmikan program berkenaan di Sekolah Menengah kebangsaan Tanah Merah 1 tiba-tiba langit menjadi gelap.
“Saya ingat seperti jam 8 malam. Semua orang menjadi panik. Perdana Menteri masih lagi berada di dalam dewan ketika kejadian berlaku.
“Banyak kerusi terbalik, peti televisyen litar di bawah khemah jatuh ke bawah kerana meja terbalik. Hujan turun dengan lebat sekali,” kata beberapa saksi ketika ditemui di tempat kejadian.

(http://bm.harakahdaily.net)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s