Episode Berdarah Pencerobohan Tanduo-Lahad Datu Sabah-[9]; Jadi Pengungsi Dinegeri Sendiri.


 Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, bersama Sultan Sulu, Esmail D. Kiram II.
(Sumber: Facebook Esmail D Kiram)

Perrghhh!!!,Patutlah hari2 media2 pro UMNO/BN galak sangat tuduh Anwar Ibrahim bawa penceroboh ke Malaysia.

Rupanya ada lubang-aib  yang nak ditutup.


Kuala Lumpur 5Mac-2013 11-50am

Editor by Wilhelmina


  Kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan tidak mahu lagi para pimpinan UMNO/BN jadikan modal politik murahan dengan menjaja dan menyudutkan pimpinan Pakatan rakyat bahwa pencerobohan militan asing ini ada kaitan dengan mereka.



Laporan dari media portal berita on-line dari Filipina ini diyakini akan cuba digelapkan oleh media-media tunggangan UMNO samada Utusan mahupun TV3…
Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III (gambar atas) dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.
Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

PAS Kawasan Tawau.

Dengan memutar-belitkan fakta yang tiada kaitan langsung dengan DSAI .Selesaikan segera kemelut ini kerana pencerobohan pihak asing di Kampung Tanduo, Felda Sahabat, Lahad Datu yang berlarutan sejak 9 Februari 2013 lagi.



Kemelut daripada peristiwa tersebut merebak dengan kejadian berkaitan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Kehadiran penceroboh yang lebih 200 orang dengan bersenjata automatik bukan sesuatu yang boleh dibuat endah tak endah.

  Kita berharap dan memohon agar pihak kerajaan tidak memperjudikan kedaulatan dan keselamatan negara dan kehidupan harian rakyatnya dengan membiarkan kemelut ini berlarutan sehingga kini telah melebihi 20 hari.


Kita simpati dengan kesulitan dan kesengsaraan penduduk Kampung Tanduo yang terpaksa menumpang di rumah keluarga dan sahabat handai. Kita juga prihatin dengan kebimbangan yang tidak menentu penduduk Lahad Datu, Kunak dan Semporna khususnya dan seluruh Sabah amnya. Rata-rata pencarian mereka dan rezeki tidak menentu, kerja terus tergendala manakala pendidikan anak-anak sekolah tergendala.
Dalam pada itu PAS Kawasan Tawau yakin kemampuan pihak Keselamatan, Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Malaysia dapat menangani kemelut di Kampung Tanduo dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan di Daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna malah seluruh Sabah. Mandat, kekuatan dan semangat yang jitu pada Pasukan Keselamatan kita tidak pernah luntur dan PAS sentiasa bersama mereka dalam menghadapi saat-saat yang mencabar ini.

villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 2

Jadi pengungsi dinegeri sendiri.! Demi selamatkan nyawa sendiri dan keluarga.

Kita menyeru agar pihak bertanggungjawab menyelesaikan dengan segera isu tuntutan pihak asing ke atas wilayah negara khususnya Sabah. Tidak wajar kita membiarkan kedaulatan Negara menjadi jajaan berlarutan oleh tuntutan pihak-pihak asing apatah lagi ianya menjadi momokan dengan tuntutan pelbagai pihak yang sewenangnya mengaku sebagai pewaris pemerintahan atau penguasa kepada bumi tercinta ini.


PAS Kawasan Tawau menyeru semua pihak supaya bertenang dan beri kerjasama kepada pihak Keselamatan, Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia. Insya Allah kita akan selamat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Kita juga simpati, sedih dan merakamkan takziah kepada semua keluarga pihak keselamatan yang terkorban dan cedera dalam mempertahanklan kedaulatan negara.


Kita mendoakan semoga pengorbanan mereka diterima sebagai amal jihad dan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. Akhir sekali, kita mendoakan agar kemelut ini dapat diselesaikan segera dan keamanan dipulihkan.  

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s