Episode Berdarah Pencerobohan Tanduo-Lahad Datu Sabah-[7] Lasykar Tausug Sulu ; Persoalan Kenapa Polis bukan Tentera ?

Pemandangan kawasan perkampungan air Simunul, Sabah iaitu lokasi tembakan yang mengakibatkan lima anggota polis terkorban dalam kejadian pada Sabtu.

SULU SABAH SULTAN MEN

HOMECOMING :Members of the Royal Security Force of the Sultanate of Sulu and North Borneo


Editor by Wilhelmina.

  Circuit kemelut untutan ‘Sultan Sulu’ semakin meruncing ekoran tindakan serangan terbaru di Semporna malam semalam yang melibatkan lima orang anggota polis terbunuh, seorang inspektor wanita ditawan dalam rumah.
 
Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa lima pegawai polis terbunuh dan dua cedera akibat serangan hendap puak militan walaupun dipercayai bukan kumpulan yang sama.


FOTO TERHANGIT :

Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim.

Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya Pemimpin Agung Sulu adalah tetamu Agung Najib Razak semasa PAU 2012.

( Info :http://omakkau.blogspot.com/2013/03)



Actor Robin Padilla kisses the hand of Sultan Jamalul Kiram III at the Kiram residence in Maharlika Village, Taguig on Saturday. ALANAH TORRALBA/INQUIRER


Bagaimanapun, Pasukan Perisik Sabahkini.net di Semporna mendapat maklumat bahawa puak militan yang mengaku sebagai Tentera Sultan Sulu berada di tiga lokasi yang berbeza di Semporna.
Sehingga ke saat ini PDRM belum mengesahkan berita mengenai nasib Inspektor Azra yang kononnya berjaya ditawan kumpulan militan semalam.
Dalam pada itu tiga orang militan berjaya ditahan di Simpang Jalan Haji Jalan di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; manakala lima lagi dapat meloloskan diri dari kepungan ketat polis berdekatan Tg Labian apabila pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka setelah operasi memburu saki baki militan @ tentera Mat Bom dilancarkan.
Menurut penduduk kampung, akibatnya mereka berada dalam kebuluruan kerana terputus bekalan makanan dan setakat ini belum ada sebarang bantuan yang diberikan kepada penduduk di 13 kampung tradisi berkenaan yang terperangkap dan mengalami risiko ditawan puak Militan.
Siasatan Pasukan Perisik Sabahkini.net mendapati bahawa bukan sahaja Suluk, malah Bajau Sibutu, Bajau Simunul dan Iyakan juga turut menjadi ‘Tentera Berani Mati’ Sultan Sulu yang membentuk sembilan kumpulan.
Setakat ini hanya dua kumpulan sahaja yang memunculkan diri di Kampung Tanduo, Tungku dan Sri Jaya, Simunul, Semporna; manakala enam lagi dipercayai akan menyusul pada bila-bila masa.
Kumpulan militan yang dianggarkan seramai 2,000 orang telah berada di Sabah sejak lima bulan lalu; kebanyakannya adalah warga Penyu yang memiliki IC Projek merancang untuk menyerang dan menawan Tanduo, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan yang sebelum ini adalah Wilayah Sultan Sulu.
Menurut maklumat tidak rasmi Militan Filipina, seramai 2,000 lagi sedang memasuki Sabah melalui Jolo bagi menjalankan Operasi ‘Magsabil’ (Jihad dan Shahid) untuk menawan Sabah yang sebelum ini didakwa sebagai Tanah Jajahan Sultan Sulu.
Dalam kejadian semalam, satu keluarga yang menjadi Tebusan di Semporna telah dapat diselamatkan oleh Pasukan Keselamatan namun agak malang kerana dua anggota keselamatan terkorban dalam kejadian serang hendap; manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati.
Bagaimanapun tiga anggota polis yang terkepung dalam sebuah rumah lain tidak dapat menyelamatkan diri dan tewas di tangan militan menjadikan kesemuanya 5 orang polis terkorban setakat ini.
PDRM juga masih membisu berhubung laporan penculikan Inspektor Azra, sekalipun keluarganya tidak menafikan kemungkinan beliau diculik adalah positif kerana tidak dapat mengesan beliau sejak semalam.
Pasukan Perisik Sabahkini.net turut menerima maklumat bahawa Kunak Kudat, Lahad Datu dan Sandakan akan diserang pada bila-bila masa dan pihak berkuasa telah mengambil berjaga-jaga sejak malam tadi.
Sebentar tadi,(3/3/13-2.45 petang) sekumpulan militan dilaporkan telah mendarat di Kampung Desa Bajau dan pasukan keselamatan sedang bergegas ke lokasi yang dilaporkan penduduk kampung untuk mencegah sebarang kemungkinan; bagi mengelak nasib malang yang menimpa penduduk Simunul semalam berulang.
Nampaknya Sabah akan menghadapi Gelombang Tsunami Reverse Take Over yang mengejutkan jika pihak berkuasa masih ‘berhidung tinggi’ dan enggan mendapatkan kerjasama penduduk kampung mengesan anggota Militan yang tinggal di kampung berkenaan; sebagaimana kejayaan pasukan keselamatan menahan salah seorang yang disyaki anggota kumpulan militan di Semporna, Haji Tampakan Pehakan.
Setakat ini PDRM belum mengesahkan tangkapan berkenaan sekalipun Pasukan Keselamatan di Tanduo dan sekitarnya masih menunggu arahan ‘Tembak’ daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara setelah berjaya mengesan saki baki militan berkenaan.
Persoalan yang bermain dibenak anggota keselamatan ialah bagaimana mereka dapat mengenalpasti kumpulan militan kerana wajah, bahasa dan budaya mereka hampir sama dengan penduduk kampung; terutama yang mendapat IC Projek; umpama musuh dalam selimut yang menghalakan peluru kepada kita dan menjadi ‘Si Kitul’ membenarkan militan masuk demi cita-cita ‘kosong’ Sultan yang kehilangan negara; Sultan Pasir Berdengung!

( info : Sabahnet)

*********************************************************************************


Unit
VAT 69


  Mengapa Polis di Barisan Hadapan, Tentera Barisan Ke-2

Terdapat banyak pihak yang mempersoalkan tindakan pihak keselamatan kita  yang mengerahkan kemasukan polis terlebih dahulu untuk menyerang. Jangan salahkan pihak keselamatan  dulu !

Negara kita ada undang-undang, ada perancangan yang teratur. Majelis Keselamatan Negara  tidak akan sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tanpa ada perancangan yang teliti.

Walau kita faham pihak keselamatan  kini begitu trauma dengan kejadian yang tiada disangkakan ini.

Kerana Lasykar Tausug atau Tausug Warriors ini yang setia kepada pimpinan mereka “Kesultanan Sulu” mereka sebahagian memang telah menetap lama di Sabah dan berulang alik kenegeri mereka.

Jadi kesimpulannya ‘mereka’ memang sudah ada disekeliling kita di Sabah..Inilah BAHANA projek I/C Dr Mahathir yang memBIRUkan rakyat selatan Filipina demi kelangsungan hayat UMNO/BN.

Harap info ini menjawab persoalan Anda, Sila baca info di bawah:


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa Polis bukan Tentera ? :

1) Jika kita guna Tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.


2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.


3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:


1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.


2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.


4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika Tentera ambil alih sudah jadi kes lain.


Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan


Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.  Kerajaan dalam hal ini perlu berhati-hati dalam tindakan!  Menuruti langkah satu persatu?


Nota Tambahan :

Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai Combatant Perang.


Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.


Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.

Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat Wallnya sering juga di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau Bangsa Padang Steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).




Komen Kita  :

Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit Komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas (UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas (PGK).

UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai Tiger Platoon dari 2 Bn PGA…Komando di bawah ATM adalah Grup Gerak Khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera Darat..

PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.

Jadi sekiranya Anda pakar dan selalu menang game Counter-Strike-Saya cadangkan Anda mendaftar jadi tentera sukarelawan membantu pihak keselamatan kita..hehehee!


SOURCES :


Sabahnet /Agency.

Written anda Editor by Wilhelmina.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s