Epilog Berdarah Pencerobohan Tanduo-Lahad Datu Sabah [2]

By Wilhelmina,

Calon terunggul untuk menduduki kerusi Prime Minister-{7} Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
NONE

“Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar bertanya mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini.

“Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku,” tegas Anwar.

  
Sementara itu, mayat kedua anggota polis yang terkorban itu dibawa ke Hospital Lahad Datu. Dua anggota polis yang cedera pula diterbangkan ke hospital yang sama untuk dirawat manakala seorang lagi diterbangkan ke sebuah hospital di Sandakan.

  
Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Februari apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke kawasan itu pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk
 rumah dan surau di kampung berkenaan sebagai pangkalan mereka.
   
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.[1]

 Kenyataan Media dari SAMMyang mempersoalkan di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion..



Kenyataan Media 1 Mac 2013

Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah Segala Bidang

Pertempuran darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian dua komando PDRM adalah kemuncak ‘kelemahan’ kerajaan yang dipimpin oleh Umno Barisan Nasional. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras Najib Razak (PM) dan Sepupunya Hishamuddin Hussin (KDN) bertanggungjawab sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan akan datang.

SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru kerajaan nak bertindak?

Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakkan, dan teragak-agak sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara? Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi mangsa.

Seterusnya SAMM tetap mempersoalkan bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

SAMM juga persoal di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku terhadap rakyat negara ini walaupun telah ratus bilion dihabiskan oleh Kementerian Pertahanan. Sudah lengkap bersenjata, tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika waktu genting satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Cukuplah, cukuplah mandat buat Barisan Nasional. Najib Razak membuktikan dialah Perdana Menteri paling konsisten kadar penakutnya. Apakah rakyat mahu si penakut yang kurang bijak lagi penindas rakyat terus menerajui negara?

Sekian,

che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
http://www.anakmudamalaysia.com
email: samm4anakmuda@gmail.com



Berikut pula kenyataan media dari AMK yang mengecam sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat..



Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Mac 2013

Tragedi Lahad Datu: Kegagalan Kerajaan Membahayakan Keselamatan Negara

Angkatan Muda Keadilan Malaysia merasa begitu pilu apabila mendapat khabar dua anggota perajurit kita, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando telah tewas dalam satu pertempuran di Lahad Datu dalam satu insiden atau lebih layak dipanggil drama apabila sekumpulan lelaki bersenjata kononnya daripada Kesultanan Sulu menuntut hak mereka dan mengepung sebuah kampung bernama Kampung Taduo.

AMK Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang terancang semata-mata untuk memastikan sesetengah pihak terus memegang tampuk kekuasaan di negara yang tercinta ini. Tragedi Lahad Datu tidak lebih kurang plotnya berbanding insisden Sauk dan Memali yang pernah terjadi, menjelang beberapa siri pilihanraya yang kelihatan tidak memihak kepada pemerintah.

AMK Malaysia juga mengecam sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, dan dalam kes ini jelas sentimen ketakutan itu cuba dicetuskan kepada masyarakat Sabah, diambang mereka kelihatan begitu bersedia bagi menamatkan badi pemerintahan Barisan Nasional yang jelas tidak mampu sama sekali membawa arus perubahan ke negeri di bawah bayu itu.

AMK Malaysia mempersoalkan yang pertama sekali bagaimana sekumpulan lelaki ini dapat mendarat di Lahad Datu, di sebalik kononnya gah buah kapal selam Scorpene menjaga perairan kita di Laut China Selatan? Adakah mereka ini begitu hebat hingga gagal dikesan oleh kapal selam canggih ini? Atau adakah unit peronda marin kita juga gagal melaksanakan tugas dengan baik?

Atau sebenarnya semua unit keselamatan pertahanan negara ini diarahkan memberi ‘laluan’ kepada kumpulan lelaki bersenjata ini?

AMK Malaysia juga mempersoalkan kenapa sepanjang lebih tiga minggu tragedi ini berlangsung, tidak ada sebarang maklumat tepat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia atau sebarang kenyataan rasmi yang meyakinkan daripada kerajaan sehingga pelbagai spekulasi dilakukan di media sosial.

Adakah keadaan ini dibiarkan berlaku bagi membina tekanan minda terhadap masyarakat Sabah khasnya , dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mengalihkan isu sebenar di sebalik kepulangan PI Bala untuk isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan juga pembentangan Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat yang jelas menggoyahkan Barisan Nasional.

AMK Malaysia juga mengecam tindakan kerajaan yang terlalu berlembut dengan kumpulan bersenjata ini, sehingga mereka boleh dibiarkan bertahan berminggu-minggu di dalam kedaulatan wilayah kita sendiri. Keadaan ini jelas berbeza apabila Kementerian Dalam Negeri dalam sikapnya menangani isu tempatan seperti siri demonstratsi Bersih dan sebagainya.

AMK Malaysia percaya jiwa yang terkorban ini, samada dua perajurit kita dan juga dari pihak Sulu ini boleh dielakkan jika langkah-langkah bijak dilakukan segera serta penuh berani. Rundingan yang dicanang-canang akhirnya tetap mengorbankan nyawa manusia sebagai bukti Barisan Nasional sebagai kerajaan gagal untuk menangani masalah dengan baik.

AMK Malaysia mengucapkan takziah kepada dua perwira yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu ini, dan meminta seluruh anggota Angkatan Muda Keadilan yang beragama Islam memberi sedekah Al-Fatihah kepada wira negara ini. Dua perwira ini haruslah disemadikan dengan penuh istiadat ketenteraan dan penghormatan negara. Keluarga mereka juga haruslah terus dibela dan diberi bantuan yang secukupnya sebagai menghargai pengorbanan dua perwira ini.[2]

AZMIZAM ZAMAN HURI
Naib Ketua AMK Malaysia

Dedication Anda Thank’s for :

[1] http://www.malaysiakini.com/news/222660 [2]   http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/03/14-terbunuh-3-cedera-di-lahad-datu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s