Keluarga Cina Non Muslim Hantar Anak Belajar Di Sekolah Rendah Agama Islam.

Lim Jia Piau Edward, 10 tahun

by wilhelmina

Misi dakwah syariat Islam kepada non Muslim disamping secara langsung kepada mereka jika situasi dan peluang mengizinkan agar tidak terjadi konflik.

Maka cara yang mudah adalah bergaul dengan mereka dan kita menunjukkan prilaku sebagai seorang muslim yang baik dan berhemah sebagaimana yang dipamerkan para sahabat2 Rasulullah SAW, menyebarkan dakwah Islam dahulu.

Walau dakwah kita mungkin belum dapat menembusi lubuk hati mereka-sekurang2nya mereka dapat menerima kehidupan secara Islamik dipersekitaran kehidupan mereka.

Saya postingkan sebuah kisah menarik keluarga Cina non Muslim di Tanjung Karang Selangor.ini
yang menilai syariat dan pelajaran agama Islam itu sangat baik.


Seorang pelajar Cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang  Selangor yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2.

” Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam. Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan  katanya lagi.


Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama. Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya… katanya lagi yang juga merupakan bekas Guru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011.



Saya telah menyemak sendiri bacaan al-fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi “.

Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta mata pelajaran lain dengan baik.

Dedication And Thank You for :
http://greenboc.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s